Saturday, July 5, 2014

Kisah Adik Syafiqah, from my point of view as a teacher.

Few days ago, kita sama sama tergelak melihat telatah comel adik syafiqah ini. Honestly, i shared this video into my facebook account.
Sumber gambar daripada infodalam talian







Today, i regret. 100% REGRET! I should not shared and laugh at this video.

My husband told  me "kalau saya jadi maknya, saya saman cikgu ni. Ni mesti cikgu ni suruh berlakon"

Silent..

I am not doing the right thing. In fact, i should not share and laugh at this video because i am in teaching profession.

I just thought that this little girl look so cute lagi lagi bila jawab macam itu.
Next, i should be more selective if i want to share any video.

I pray to Allah, syafiqah will be a good and a sholehah person. May Allah bless her.


We as a teacher been taught that we cannot say the bad word to our students. Even kalau budak tu tak pandai we cannot say the bad words. Never never say that. 

In this case, kita pun dah macam malukan this little girl.She is innocent. I am so sad to read this lagi lagi bila tahu yang dia tak nak keluar rumah sebab kawan kawan ejeknya. 

Masyallah, what we have done teacher!!

Moral of the story
ESPECIALLY TO ALL THE teachers , take it as a lesson. 

Yes, the best word is respect ! Even they just a little girl/boy.

Salam sayang,
cikgu nunu
julai . 2014
last note!

craft.We made ice cream!

Hari ini saya nak kongsi kraftangan yang saya buat bersama anak anak baru-baru ini. It was unplanned.
Kebetulan, ada satu bantal peluk anak terkoyak. Anak saya yang kecil, Balqis keluarkan semua kapas-kapasnya. Melihat kapas-kapasnya tu berselerak, saya pun buat kraf aiskrim bersama anak-anak.

Bahan-bahan kraf:
1. kapas.
2. Kertas - untuk buat kon
3. Kertas warna warni dipotong kecil-kecil
4.Gunting
5 .Gam

Cara buat.
1.Kertas putih digulungkan sehingga menjadi seperti kon.
2. Masukkan seberapa banyak kapas. Ia akan jadi seperti gambar di bawah.
3. Gamkan kertas warna dengan gam dan taburkan atas aiskrim.

 Dah siap.. he hee he

aiskrim made by zahrah

ice cream made by ira

balqis fokus memasukkan kapas ke dalam kon.

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Boleh cuba buat dengna anak anak nanti ye .


last note!

Perkongsian Aktiviti-aktiviti Homeschool

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers

Kita tidak menafikan bahawa sekolah adalah tempat anak anak kita menuntut mencari ilmu. Namun, kita sebagai ibu bapa mesti letakkan niat dalam hati bahawa anak anak kita sebenarnya belajar sejak kecil lagi dan ia bermula dari rumah.

Semoga kita menjadi the best ibu bapa untuk anak anak kita.

Di sini saya akan kongsikan . beberapa idea dan aktiviti homeschool yang saya lakukan di rumah bersama ketiga-tiga orang anak saya. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk semua. Saya sangat mengalukan idea dan perkongsian daripada readers juga.

  Salam sayang, 
Cikgu nunu 
7.7.2014

1. Biasakan anak dengan kerja-kerja rumah
2. Tingkatkan kerjasama anak anak walau dengan sebuah tudung saji
3. Aktiviti cokodok pisang
4. Solat bersama saudara
5. craft ice cream
6. Rekativiti : buat teropong
7. Buku mini zoo dengan sticker 
8.  Role play : Main doktor doktor, injection introduce word vaksin pada anak anak 

Tuesday, June 10, 2014

Roti Canai Transfer Road, Penang

Cuti sekolah baru baru ni kami sekeluarga bercadang nak round penang. Kebetulan, ada kenduri sepupu d parit buntar. Alang alang dah ke sana, kami nak p ronda ronda penang. Lama dah tak mai penang. Rasa dah sepuluh tahun kot. 

Orang kata kalau nak makan best, p la penang. P pekena pasemboq dan nasi kandar. Jangna lupa jeruk pa ali sama. Tapi kami suami isteri ada sedikit kerisauan memikirkan apala anak anak nak makan. Depa bukan makan nasi kandaq. Takapala, roti canai kan ada. 

Sebut pasai roti canai, ada satu roti canai yang sedap kat penang. Camne nunu tahu? Nunu dan suami ada google kat internet. Ramai bagi best review kat tempat ni. So, hari kedua sebelum naik penang hill, kami p pekena roti canai transfer road. 

 Sejarah jalan transfer road 

Menurut cerita bapa nunu ( yang masabujang memang tinggai di penang ), dulu dulu kat George town ni ada satu je kedai melayu. Yang lain semua kedai mamak. Satu satunya kedai melayu ni kat jalan transfer road la..aaaa tu je la . he he he

 Lokasi roti canai transfer road 

Sebenarnya nak cari roti canai transfer road ni senang aja. yang susah adalah nak cari parking nya. Kami round dekat tiga kali juga baru jumpa parking. Dah jumpa parking jangan lupa letak kuponnya ye. Takut nanti hangpa kena saman pulak. Kupon boleh beli kat stesen minyak caltex yang comel, dekat je dengan kedai ni.

inila dia kedainya

senang nak cari sebab kat tepi bangunan aje.

ni kedai yang di sebelah roti canai transfer road


Kami order teh tarik, roti bakar atasnya telur separuh masak dan roti canai kuah kari ayam. Ayamnya besar bet.ul. Saya suka teh tariknya sebab rasa teh dan susunya balance. ermm sedap. Harga teh tarik ni 1.10 satu. Makan kat sini, dah sampai je minuman/makanan, terus kena bayar



TEH tarik

inilah roti bakar dengan telur separuh masak atasnya. Kata suami nunu memang sedap sebab memang favorite dia telur separuh masak. Nunu tak makan sebab tok leh telan..Harga roti bakar ni rm 3.00 satu.


"abang mau ka roti bakar kasi telur separuh masak atas." explain mamak tu.

memang sedap la. ara makan telur nya je. rotinya ditinggalkan.
Yang ini memang  favorite nunu. Roti canai dengan kuah kari ayamnya. ermmm memang sedap. Seketul ayamnya memang besar. Kalau nak share dua orang makan pun boleh. Harga untuk dua roti canai dengan dua kuah kari ayam rm 13/

tu diaaaa habaq hang seketul ayam bukan main besaq lagi tuh. .

penuh meja

ermm sedapnya
ara ikut abanya suka makan ni.




lepas dah habis makan, ada sorang mamak dengan basikal datang dan jual karipap. Pekerja kat kedai ni pun beli so kami pun beli jugak.  Seketul harganya rm 1.20/



besaq sungguh. 

last note!
Jadi, kalau singgah penang, jangan lupa pekena ROTI CANAI TRANSFER ROAD. :) 

ini alamat kedai ni


                                   Transfer Road Roti Canai
                                      no.56 Jalan Transfer,
                                             Georgetown,  

                                                            10050 Penang



Wednesday, June 4, 2014

Bolehkah anak kecil membuat kerja rumah?

Setiap kali saya buat kerja.rumah seperti masak, sidai kain, lipat baju , basuh baju anak anak mesti nak buat sama.
Pada mulanya, saya malas betul nak melayan permintaan mereka. Yelah  kalau kita,masak kita nak cepat. Kalau diorg.ada habis dapur kita.
Tqpi, itu dulu. Sehinggalah pada suatu hari anak kambar saya mencebik muka lalu berkata "umi ni , ira suka masak tapi umi tak bagi tolong."
Bila difikirkan semula, apa la sangat yang saya nak berkirakan . Saya lupa yang anak anak saya akan gembira bila mereka.dapat bantu saya memasak di.dapur.
Bagaimana dengan anak anda? Syabas saya ucapkan jika anda seorang ibu yang memberi peluang untuk anak kecil anda membuat kerja rumah.
Gambar gambar di bawah diambil semasa sesi melipat kain. Mengambil inspirasi  mesin melipat kain dari internet. Seronok juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015