Sunday, December 25, 2016

Movie Sing : Projek Cuti Sekolah 2016

Salah satu aktiviti cuti hujung tahun adalah menonton wayang. We only watch movie once a year. Last year is my first time brings all my kids to watch The Good Dinasour. Tahun ni, plan nak tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Sebabkan review kurang menarik, so terpaksa batalkan hasrat. Jadi, saya pilih cerita Sing untuk movie tahun ini sebab I tengok trailernya macam menarik.

image : google


Cerita ini mengisahkan seekor Koala Bear yang bernama Buster Moon. Buster Moon ni mengusahakan sebuah muzikal teater. Buster Moon ni ada seorang pembantu iaitu seekor iguana namanya Ms. Karen Crawley. Iguana ni usianya 100 tahun. Memang karektar iguana ni lawak sangat. Tapi, aku paling suka karektar Buster Moon sebab this koala bear is so optimist walaupun pada masa muzikal teater nya hamper bangkrap. Quote yang aku paling ingat si Buster Moon cakap “Jangan biarkan ketakutan menyebabkan anda tidak buat apa yang anda suka” So, Buster Moon selalu cari solution untuk selamatkan muzikal teaternya. Antaranya, Buster Moon akan pinjam duit pada kawannya, seekor kambing biri-biri yang sangat stylo can hidup mewah, Suffolk Sheep.


Sampailah, pada satu hari Buster Moon ni plan untuk buat singing competition dengan hadiah $1,000. Malangnya, semasa Ms Karen taip pamphlet, si iguana ni dah tersilap tekan (something relate to the eyes) hadiah $1,000 menjadi $1,000, 00. Ramailah binatang yang pergi audition.


Rosita(babi), Meena(elephant), Mike(tikus), Johnny (cimpanzee), Punk Rocker Ash(landak) Cerita ni menarik sebab setiap haiwan ni ada karakter tersendiri dan menarik. Contoh Rosita, seorang housewife yang mempunyai 25 ekor anak. She is struggling with all the housework. Suaminya pula sangat workaholic. Rosita ni minat menyanyi dan berbakat. So, masa dapat pamplate pertandingan menyanyi memang dia sangat excite nak pergi tapi dia risau macammana dengan anaknya yang 25 ekor tuh. Korang kena tahu strategi apa yang Rosita buat.

 Next karakter aku suka adalah Johnny. Sangat taat pada bapanya. Tapi bapanya ni orang jahat. Pencuri. Johnny selalu kena suruh dengan ayahnya untuk tolong masa mereka pergi merompak. Tapi Johnny ni tak de langsung talent nak jadi penjenayah. Sampai satu masa, Johnny ni yang menyebabkan ayahnya masuk penjara. Kat sini, movie ni angkat story pasal hubungan anak dan ayah.
Konflik terjadi bila Buster Moon baru sedar yang nilai wang hadiahnya salah. Kemudian, teaternya runtuh dan Buster Moon yang memang sangat optimis terus down sangat-sangat.
pic : google image


Kesimpulannya, aku puas hati la tengok cerita ni. Sebab sangat enjoy dengan setiap karakter .It is worth it to watch since I hanya tengok wayang setahun sekali sahaja :p

Friday, September 16, 2016

Lukisan anak anak ( Ogos 2016)

last note!
LUKISAN 1 : Nur Balqis 

KISAH LUKISAN : Seorang puteri elsa , memakai crown, berkasut tumit tinggi 




LUKISAN 2 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN 2 : Satu keluarga makan ber sama sama di atas meja. Banyak lauk pauk dihidangkan



LUKISAN 3 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN : Sebuah sketsa komik tentang umi dan abah. 



LUKISAN 4 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN 4 : Melukis kad kepada umi. Kadnya penuh dengan love iaitu cinta dan kasih sayang



LUKISAN 5 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN 5 : Peta jalan ke rumah. Ini semua pengaruh bila selalu tengok kad kad jemputan kawin yang sampai ke rumah.


Friday, June 10, 2016

Wajahku..dari kaca mata suami

last note!

Sunday, March 27, 2016

Kenangan Planner aku tahun lepas,2015

Sesiapa yang kenal aku memang tahu yang aku memang seorang kaki planner. Aku rasa pengaruh ni datang daripada abah aku. Dulu, abah aku selalu bagi sarung planner kat aku. 

Aku selalu tengok abah aku tulis appoinment dr dekat planner, important date, no phone and address. Abah aku memang jenis orang yang suka organise. Dulu masa kami duduk di kuartes kerajaan di Jalan Peel, KL, abah aku gigih organise stor. Marvellous aku rasa stor yang abah aku buat. Kalaula dulu ada handphone, bolehla aku ambil gambar macam mana abah aku organise stor.

Bila aku ada rumah sendiri, aku suka organise itu organise ini. Buat susun atur kat bilikla, kat depan rumah la. Aku rasa aku mewarisi bapa aku dalam hal hal susun atur ni.

Ni cerita planner aku tahun lepas. Masa ni aku tak kenal lagi #PlanneraddictMalaysia. Aku kalau beli planner aku suka beli planner yang fancy yang bukan plain. Memang citarasa aku begitu. So, planner ni aku beli di DIY. Kalau beli di DIY dah tentula murah kan.






siap aku tampal sticker kat depan untuk menambahkan fancy lagi planner aku ni.

Insert dalam planner ni aku buat sendiri . Aku print dan tebuk lubang sendiri. Tak la cantik mana, tapi aku puas hati la juga sebab aku buat sendiri. Tapi, penat juga la buat.



Yang ini insert dalamnya. Semua aku buat sendiri. Masa ni aku tak kenal lagi washitape.




Ini monthly templates. Semua program dan tarikh penting aku catat di sini. Termasukla to do list. Tahun lepas, aku ada satu planner aje. So inilah work and personel planner aku.




Setiap bulan, aku beli la sticker untuk tambahkan aksesori planner aku. Paling less pun, aku warnakan aje.


Bahagian ini aku catatkan semua tugasan aku di sekolah. Kalau korang nak tahu, kerja dengan jabatan kerajaan kena isi sasaran kerja tahunan (SKT). Jadi, supaya tak lupa kerja kerja sepanjang tahun 2015 aku catatkan tarikh dan ajk yang aku terlibat.



Aku kalau tulis planner suka banyak banyak pen. Planner yang aku beli ni, slot pen ada satu aje. Dan memang kebanyakkan planner memang ada satu slot pen aje. Jadi, aku ambil pencil case dan dengan gigih aku punch . Jadila seperti gambar di atas. 



Disebabkan tak dapat nak masukkan banyak kertas, aku beli satu buku kecil untuk letak bersama sama dengan planner aku. So, kalau ada meeting aku tulis kat buku putih ni.






Inilah planner aku tahun lepas. Dah tiga bulan aku ucap selamat tinggal. Tapi, insert dalamnya aku masih simpan. Kalau boleh aku nak jadikan planner aku ni arkib diri aku sendiri. hhe he he. Pastu jenuh aku memikir nak letak mana la planner aku . :)



say goodbye to my 2015 planner 

!


Aktiviti Homeschool : Anak anak melukis.


Aku tiada bakat melukis. Tetapi aku memang suka melukis. Oleh kerana aku suka melukis, maka aku ambil subjek lukisan sebagai matapelajaran tambahan masa SPM. Aku dapat C+ je. Tapi aku enjoy . Banyak juga benda aku belajar.

Dalam tiga orang anak aku ni, aku tak pasti siapa yang ada bakat melukis. Mungkin terlalu kecil untuk aku nilai mereka. 

Bila kita sebagai mak tak tahu lukis, aku rasa satu kekesalan juga. Anak aku selalu minta dilukis itu ini. Tapi aku tak tahu dan kurang kemahiran melukis. Kekesalan aku tak lama la juga. Sebab dekat youtube ada tunjuk cara-cara nak lukis. Pergghh memang senang la kan. 

Bayangkanlah kalau zaman dulu, mesti berderet buku aku nak kena beli. He he he

Semalam hari anak anak melukis. Mula mula aku bagi diorang tengok youtube, macam mana cara nak lukis rumah. Lepas tu, aku lukis dahulu.

Anak aku, Ara dia suka nak follow macam mana aku lukis. So, inilah hasil lukisan rumah anak aku.

Yang tepi tu aku yang lukis. 

Ara lukis atuk dan nenek kat luar rumah nak naik kereta

Nampak ada dua orang dalam gambar tu. Ara lukis guna pensil.



Lepas ni, aku nak cuba lukis objek lain pula. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015