Showing posts with label Dunia blogku. Show all posts
Showing posts with label Dunia blogku. Show all posts

Sunday, March 27, 2016

Suku tahun 2016

2016 sudah masuk bulan mac. Aku anggap suku tahun pertama ini sesuatu permulaan yang baik. Walaupun minggu lepas aku diuji dengan keadaan kesihatan yang agak membimbangkan. 

Semoga 2016 terus membuka kisah kisah yang positif untuk aku.

last note!

Saturday, June 27, 2015

Cara download video Youtube paling Mudah

Kanak - kanak zaman dulu Y for Yacht .Takpun Y for Yoyo,

Kanak-kanak zaman sekarang,, Y for YOUTUBE..


Sekarang ni boleh dikatakan Youtube ni dah jadi macam cikgu kan. Macam saya kalau nak tengok cara cara masak resepi, mesti cari di youtube dulu. 


Nak cari video tentang apa sahaja pun boleh di youtube. 


So, ini  cara saya download video dari youtube. Saya rasa inilah cara paling mudah. Kalau ada yang tahu cara cara lain, bolehla inform kat saya ya :)


cara-caranya adalah : 

1. Pergi ke youtube, pilh video yang you all nak download.




2. Tengok pada link url video u all nak download tuh. Then, taip huruf ss di hadapan perkataan youtube. Then klik enter.




3. Ia akan keluar seperti gambar di bawah ini. Klik button download.



4. Secara automatik, kat bawah tu akan keluar fail movie yang u all nak download tu. Lepas tu, tunggula . Kadar menunggu bergantung kepada kadar kelajuan internet di rumah anda. :)



5. Last, enjoy the video.



Ok, sekian dulu. Itu cara nunu download video dari youtube. Yang ini paling senang sebab sambil masak pun boleh download. he he he 

Amaran : Sila download video yang baik baik dan memberi manfaat sahaja :) 

last note!

Thursday, August 15, 2013

Cubaan buat watermark yang mudah tanpa photoshop

Sekiranya anda seorang blogger, korang tentu sekali tahu betapa pentingnya untuk meletakkan watermark dalam photo yang akan dipublish. Sebenarnya, saya ingatkan buat watermark ni susah sebab kena guna adobe photoshop. Saya ni kalau bab photoshop tak berapa mahir. Pening kepala nak kena duduk mengadap.

Cara tradisional yang saya buat.

Sebenarnya, saya pernah cuba buat watermark menggunakan Microsoft power point. Ha ha ha kuno kan. Lepas tu saya printscreen dan pastekan di PAINT. Kemudian, saya crop dan save image. Masa yang diperlukan agak lama.. Ini contoh hasil watermark yang saya buat guna versi tradisional.
 
 
 
 
Cara baru buat watermark. Mudah sahaja. Gunakan photoscape

Baiklah, kalau korang rasa photoshop tu sangat susah  (macam saya), korang boleh gunakan photoscape. Terima kasih banyak banyak buat ana felt box di atas tutorial cara buat watermark. Sangat mudah dan cepat.:)
Jadi, inilah hasilnya.
 
cubaan pertama




cubaan seterusnya.

 


Macam mana? Saya rasa okla kalau nak dibandingkan guna cara lama .Sekiranya korang nak tahu bagaimana cara buat watermark guna korang boleh klik di sini. Lastly, terima kasih asma felt box. :)

Tip yang sangat mudah dan senang :)

Nunu : watermark cik nunu biasa aje..Korang punya mesti lagi cantik kan.

Thursday, June 20, 2013

Salam sahabat,
Ada sebuah buku tulis " Buatla apa sahaja perkara yang menggembirakan anda..Buatla sekarang. Bila lagi? "

Ia membuatkan cikgu terfikir.Sebenarnya, apakah yang cikgu suka? Ye, cikgu suka menulis. Cikgu suka blogging. Cikgu suka bila ada orang baca blog cikgu. Cikgu suka bila ada aorang respon dan memberi comment apa yang cikgu tulis. Jadi, cikgu mula mengumpulkan tenaga, masa dan fikiran untuk blog ini.

Seakan bayi yang baru hendak mula melangkah, biarla cikgu mulakan langkah pertama...
Bertahtih dahulu..:)
last note : masih pikiq lagi

Sunday, January 27, 2013

dilema seorang blogger yang tidakla sefamous fatin liyana,maria elena, ataupun cik epal apa lagi hanis zalikha he he

Sudah tiga puluh tahun aku hidup..Entah kenapa, boleh pulak tadi tiba tiba sahaja aku terfikir apa benda ye yang aku suka buat sekarang. Aku rasa macam tak ada je. Eh aku lupa pulak, aku suka blogging lah!Sebab itu aku ada blog ni! Jadi, sebab itula lahirnya blog aku yang tidakla seberapa ini. 

Aku pernah berangan untuk menjadi blogger sefamous fatin liyana,cik epal, maria elena mahupun hanis zalikha…Ish bohongla kalau tak berangan begitu…Takpe, mereka itu aku jadikan inspirasi untuk aku menulis di blog ini. Sebenarnya,aku tahu dalam penulisan blog ini perlu ada satu “aura” ataupun “identity” yang tersendiri supaya orang boleh jatuh hati dengan blog kita.

 Sebenarnya aura dan identity tu belum aku temui lagi. Masih tercari cari lagi walaupun aku dah kenal blogspot ini daripada tahun 2006 lagi.. Aku Tanya lagi dalam diri aku sendiri kenapa aku nak tulis blog. Satu, sebab aku memang suka menulis. Kedua, aku suka bila orang baca apa aku tulis. Kalau kat sekolah dulu, bila aku tulis karangan cikgu aku akan baca. Lepas tu dia bagi remark. Sekarang aku dah tka sekolah, jadi kalau aku tulis siapa yang nak baca. Makanya..aku buat blog supaya kalau aku ada karangan nak ditulis, bolehla korang baca.. Ehh..melalut plak aku ni.. 

Ini maskot aku. Maksudnya aku la tu. Aku buat ini pakai powerpoint je. Lepastu aku printscreen di paint.Sungguh konvensional...
Sempena post ini, aku kongsikan dilemma aku dalam dunia blog ini… 

Dilema 1 seorang blogger 0Penggunaan perkataan ganti nama diri iaitu aku ataupun saya. Itu dilemma pertama aku. Kadang kala aku rasa sungguh kurang ajar bila membahasakan diriku “aku” .Tetapi bila aku guna perkataan “saya” aku rasa macam idea penulisan aku disekat sekat. Aku bingung juga. Jadi, kalau korang baca entry post aku memang sekejap sekejap aku bahasakan “aku”, kadang kadang “saya”..

 Dilema 2 seorang blogger Blog aku ini nak tulis pasal apa. Pasal apa??Pasal apa?????Itu yang aku kata seorang blogger perlu ada identity. Itu yang aku masih mencari. Aku nak tulis pasal apa ni?Pasal benda yang kamu suka la nunu. Masalahnya, banyak benda yang aku suka…he he he 

Dilema 3 seorang blogger Sebuah blog mesti ada tagline. Contonya blog aku ini tagline dia dari rumah ke syurga. Pada pendapat aku, tagline blog aku ni memang ok dah. Cuma, aku rasa intipati blog aku ini seperti tidak terarah kea rah tagline aku. Sebenarnya, ini juga berbalik kepada masalah identity blog.. 

Jadi, kalau kamu Tanya aku blog aku tentang apa… Atau kamu klik tentang blog, jawapannya.. Blog aku adalah tentang apa yang aku suka…Boleh gitu???
last note!

Thursday, December 20, 2012

Sumbangan Untuk Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam.Mari kita gembirakan hati mereka

Pada suiatu hari, saya dan suami sedang bersembang-sembang.

"Kat sekolah ayang mesti ramai anak yatim kan. Boleh la sedekah."
Saya pun jawab "Memangla .Tapi anak yatim kat kelas ayang tu pun mewah juga tau. Pakai iphone lagi

Suami menghela nafas."Sayang, kegembiraan memiliki iphone tidak sama dengan kegembiraan memilik ibu atau ayah.Sebab itu Allah suka orang yang menggembirakan anak yatim"
Sampai kini, ingatan itu kekal dalam diri ...

Apa yang saya nak sampaikan ini adalah sedikit ilham yang Allah berikan untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Pertemuan saya dengan blog nadia juga adalah kebetulan dan saya kira Allah telah memberi perancangan yang baik untuk saya membantu nadia dalam usahanya terhadap Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam.



Mungkin ada orang berpendapat, mengapa harus dicanang canang segala kebaikan yangi mahu dibuat. Diam diam bersedekah sudahlah. Janganla begitu kawan. Fikirla positif. Anggapla sahabat kita nadia sedang mengajak kita untuk berbuat kebaikan. Bukankah itu perkara yang baik? Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada usaha dan sedekah kita ini.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar rumah anak yatim tersebut. Semoga usaha dan perkongsian rezeki kita akan memberikan mereka sedikit lagi keselesaan lalu menggembirakan hati mereka ini.




Kawan-kawan semua, jika ada rezeki yang lebih sudikan diri anda untuk menderma kepada Rumah Amal Kasih Bestari.Semoga ALLAH merahmati usaha kita dalam membantu menggembirakan hati insan insan yang terpilih ini.



Untuk blogger nadia dan rakan rakan yang akan bersama pada 24.2 nanti, semoga ALLAH merahmati dan memudahkan urusan kita. Amin.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di blog nadia. Sila klik sini.

Kredit gambar gambar di atas adalah daripada blog nadia.

"Bloglist Setahun Dari ciklaili.com".

Jom kawan kawan. Mari kita sertai bloglist setahun dari ciklaili.com 

Salam cik laili dan salam perkenalan. Saya seperti juga cik laili, merupakan seorang guru. Saya mula mengenali blog ciklaili semasa saya goggle "jadual gaji kakitangan awam 2012"(masa tu sibuk tentang skim gaji baru).

Blog cik laili sangat up to date terutama tentang hal hal pendidikan sehinggakan saya merasakan ciklaili ini merupakan seorang guru data di sekolah sebabnya guru data sekolah saya sangat efisyen dari segi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pendidikan. he he he.


Entry yang saya suka adalah kebanyakkannya adalah entry yang berkaitan dengan parenting. Saya percaya dalam menyelusuri dunia "parenting" ini kita perlu banyak membaca sebagai bekalan untuk mendidik anak-anak.Ini adalah entri yang saya paling suka.



Saya juga suka entri post pasal nuffnang. Tak sangka blogger part time pun dapat hasil lumayan. Banyak saya kena belajar ni...Kalau anda mahu baca sila klik pada label pendapatan blog. Semua post itu saya suka!!

Oklah,sampai sini dulu ye. Buat cik laili,

Cadangan saya untuk cik laili adalah
1= keep on blogging
2=teruskan memberi maklumat yang terbaik dan terkini terutama hal hal  pendidikan 
3= jemput la like blog saya..hi hi hi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015