Thursday, June 20, 2013

Tentang cikgu nunu

Nama cikgu nunu. Semasa belajar pendidikan di ukm dahulu,ada seorang teman sekuliah memanggil nama cikgu nunu. Ini kerana nama cikgu bermula dengan nurul. Makin lama, nama ini semakin serasi di alam blogging ini. Terasa comel nama nunu itu. Maka, cikgu kekalkan ia hingga kini. Terima kasih lulu(nama teman cikgu) kerana memanggilku nunu.

Gambar di bawah adalah maskot cikgu nunu . Jangan kata cikgu pandai doodle. Cikgu buat ini menggunakan power point sahaja.Uwaaaa...terasa kono sangat. Dulu selalu explore adobe photoshop, tapi sekarang sudah tidak mampu. Oh, masa terlalu cemburu. :(
Ini maskot ciptaan cikgu sendiri. :)Guna power point aje. Then printscreen di PAINT. Oh, sungguh konvensional!

Cikgu sudah berkahwin dengan suami yang sangat penyayang dan sudah memiliki tiga orang anak. Semuanya puteri belaka dan anak pertama cikgu adalah sepasang kembar perempuan tidak seiras.Syukur nikmat Allah.


Hidup cikgu bermula dari rumah ke sekolah. Di rumah cikgu Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Di sekolah, cikgu menjalankan tanggungjawab cikgu mengajar, mendidik dan menyampaikan ilmu untuk anak anak murid.

Dari rumah ke sekolah. 
Begitula rutin harian. 
Tiada apa diharapkan . 
Mudahan mudahan perjalanan ini menuju ke syurga...


last note!

No comments:

Post a Comment

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015