Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Kurus!Big Issue untuk orang perempuan!

Losing weight is a BIG issue for women!Pada pendapat nunu, orang perempuan ni ada dua BIG issue mereka.

1 ) losing weight
2 ) pimple 
Ye ke dua aje, rasa macam banyak lagi aje kan.
Adakah kamu nampak apa yang nunu tulis???

Hari ini nak cerita tentang Losing Weight. Bagi orang yang suka makan seperti nunu Losing weight memang susah.Tambahan pula faktor genetik yang juga menjadi penyumbang besar kepada permasalahan isu Losing Weight ini. Amboi, di salahkan genetik pulak!!

Semalam, nunu baru lepas tengok cerita katun Barbar The Adventures. Ait , apa kena mengena pulak kartun ni dengan losing weight ni!He he. Sebenarnya, ada sesuatu yang nunu belajar daripada kartun Barbar ni. 

"Jangan kelam kabut. Cuba tarik nafas dalam dalam. Releks"

Maksudnya, nak lose weight ni tak boleh la kelam kabut. Tak boleh nak cepat cepat. Contohnya hari ni diet, jangan la harap esok nak turun 10 kg. Losing weight is not about miracle! Jangan ko harap begitu ok!

Baiklah, sekarang mari kita tukar perkataan Losing Weight dengan KURUS. 
Bagi mereka yang masuk dalam kategori yang "comel ", perkataan KURUS itu sangat ALERGIK.

Bila orang lain dah start concern tentang weight ko, takkanlah kamu mahu duduk diam sahaja. Takkan kamu tak nak concern tentang diri kamu sendiri..
Itula kata hati nunu sejak dua tiga bulan yang lalu.

Jadi, nunu start on my diet.Sometimes i failed, sometimes success. Now, nunu dah tak nak failed lagi. I have to move on. 

Actually, posting tentang kurus kurus ni agak malu. Tapi, rasanya i need to share dengan kawan kawan. I need support. Maybe my blogger friends boleh bagi motivasi kepada saya. Last,let my blog keep my own story on losing weight.


Friday, August 31, 2012

Pengalaman bertemu dr Muhaya

Ia pertemuan yang sangat singkat.Namun, kata katanya membuka mata saya..

"Alhamdulillah, anak tiga orang.Didik anak masuk syurga ye...You must be very grateful,,Didik anak masuk syurga yee...didik anak you jadi anak sholehah.semoga you jadi ibu dan cikgu yang baik.sentiasa bersyukur dengan allah."

Itu kata katanya...Saya pegang hingga kini..Dia begitu postifi.Kata-katanya banyak yang positif.. Hidup jangan fikir apa orang boleh beri pada kita, tapi fikir apa yang kita boleh beri pada orang.. Terngiang kata kata itu di corong radio kegeramaran saya, ikim fm..


Terima kasih dr muhaya atas kata kata itu.Pertemuan yang singkat tapi penuh nikmat..Terima kasih :)
Tiga anak sholehah..:)

Last note:Siapa la lagi yang nak bawa anak anak pergi ke syurga.tentulah kita ibunya...dan bapanya juga:)

Friday, January 27, 2012

Tiga Kaki dan angka tiga






Welcome 2012...eHhhh dah nak habis bulan januari baru nak welcome 2012. Okla kan, never too late ait..
Banyak sebenanrnya resolusi nak dilaksanakan on 2012. :)
 
Melangkah ke tahun 2012, angka tiga ni dekat aje kat hati saya. Suspen pun ader sebab, tahun 2012 umur saya akan mencecah 30 an..iShh belek sikit,  ada kedut tak...??hi hi
 
Umur 30 an adalah penanda aras umur matang seseorang. Matang sebagai orang dewasa kan.Bukan lagi matang sebagai remaja atau orang muda.
 
Dalam usia yang nak mencapai 30 an ni,saya sudah berkahwin dan punya anak tiga..Memiliki kerjaya yang baik iaitu sebagai seorang guru walaupun masih belum bergaji tangga tiga :p
 
Suami sudah membelikan rumah yang comel. Walaupun rumah saya tidak bertingkat tiga namun ia sudah cukup selesa. Apa la lagi yang perlu saya rungutkan kerana hidup saya sudah sempurna berbanding orang lain. Ya ALLAH, AKU Bersyukur dengan pemberianmu yang tak terhitung nilainya. Semoga kau merahmati umur ku ini..
 
Tiga kaki comel yang perlu di jaga :)
last note: Menjaga nilai angka tiga :)

Tuesday, December 20, 2011

Syafiqah

Friday, September 28, 2007

SYAFIQAH ;)

Memang betul kata kawan mualaf saya...Kita perlu berusaha menjadi orang yang baik , untuk dapat jodoh yang baik.Selamat Bakal menjadi Pengantin Baru buat Nurul syafiqah Abdullah @Yap Chia Yee.
Masa tahun satu di UTM
Semalam aku dapat berita gembira tentang kawan aku masa belajar di utm dulu. Kawan aku ni sahabat baru/mualaf.Aku teringat masa mula-mula dia memeluk islam. Masa tu kami tahun satu di UTM.Pada 8.11.2001, dia bagitahu kami yang dia sudah masuk islam.Namanya Nurul Syafiqah.(Aku sungguh hepi sebab dia guna nurul..Same ngan nama aku :). Masa mula-mula, tak ramai yang tahu.Tambahan masa tu, dia tak pakai tudung lagi. Aku ingat lagi, setiap kali masuk azan, kami akan ke masjid utm. Ramai gak yang tertanya mengapa amoi ni masuk masjid ni?Aku ingat lagi, masa mula-mula Syafiqah belajar solat, dia akan ikut aku dari belakang.
Aku ni bukan la waraq.Kadang-kala aku sendiri rasa malu nak bimbing syafiqah sebab ilmu agama aku yang memang kurang.Namun, aku rasa bersyukur sangat sebab mak ayah aku memang menitik beratkan soal agama, solat, puasa dan adab sopan dengan orang tua. Apa saja ilmu yang aku tahu, aku kongsi dengan syafiqah. Aku ingat lagi syafiqah kata ’Bila la dia nak lancar baca al-quran’...InsyaALLAH, lambat laun syafiqah akan lancar juga.Aku yakin, hari ini setelah hampir 6 tahun memeluk islam, bacaan syafiqah mesti lancar.
Sepanjang aku berkawan baik dengan Syafiqah, dia banyak membimbing aku.Walaupun dia saudara baru, dia lebih banyak dan dalam ilmunya. Masa tahun 2, kami kena pilih subjek kokurikulum. Syafiqah ajak aku masuk kelas IQRA di masjid utm.Di situlah, aku recall balik hukum-hukum tajwid, makhraj-makhraj dan macam-macam lagi. Kalau Syafiqah tak ajak, rasanya aku pun tak join.

Bila syafiqah mula pakai tudung, aku lagi malu. Aku hanya bertudung biasa. Tapi, dia menutup lebih dari tudung biasa. Hati aku tergerak nak seperti itu. Cuma hati aku belum cekal untuk melakukannya. Syafiqah selalu pesan kat aku, ”Kadang-kadang kita kena paksa diri kita untuk berubah.Apa salahnye, berubah untuk kebaikan”Dan.sampai sekarang.aku masih pegang kata-
kata Syafiqah ....
Bulan depan, Syafiqah akan berkahwin. Paling suprise bakal suaminya adalah kawan coursemate aku juga masa di UTM.Ikhwan namanya.Tapi, nama glamer Awe. Aku memang kenal dengan Awe.Aku pun percaya Awe memang terbaik buat Syafiqah.Aku pasti Awe dapat bimbing Syafiqah dengan lebih baik lagi. He deserved it.Moga adik Syafiqah bahagia di samping suami.Selamat melayari bahtera rumahtangga..:)
Kita kena berusaha menjadi orang yang baik, supaya mendapat jodoh yang baik..kan betul tuuu:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015