Setiap kali saya buat kerja.rumah seperti masak, sidai kain, lipat baju , basuh baju anak anak mesti nak buat sama.
Pada mulanya, saya malas betul nak melayan permintaan mereka. Yelah kalau kita,masak kita nak cepat. Kalau diorg.ada habis dapur kita.
Tqpi, itu dulu. Sehinggalah pada suatu hari anak kambar saya mencebik muka lalu berkata "umi ni , ira suka masak tapi umi tak bagi tolong."
Bila difikirkan semula, apa la sangat yang saya nak berkirakan . Saya lupa yang anak anak saya akan gembira bila mereka.dapat bantu saya memasak di.dapur.
Bagaimana dengan anak anda? Syabas saya ucapkan jika anda seorang ibu yang memberi peluang untuk anak kecil anda membuat kerja rumah.
Gambar gambar di bawah diambil semasa sesi melipat kain. Mengambil inspirasi mesin melipat kain dari internet. Seronok juga.
No comments:
Post a Comment
thanks you for the comment :)