Showing posts with label positive parenting. Show all posts
Showing posts with label positive parenting. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

4 TIP untuk ibu yang bekerjaya..

Siapa sini ibu bekerjaya macam aku? Sep!Give me five! Sama la kita.

Walupun kadang-kadang orang berkata : " hang tak apalah, hang kerja cikgu. Separuh hari" Aip, kekadang tak dapek separuh hari. Sepenuh hari pun ada. Bila di sekolah kita sibuk mengajar. Kadang kala kerja kerja seperti siapkan soalan, skema soalan, buat persediaan mengajar, tanda buku budak itu semua buat di rumah. Takpun, stay kat sekolah siapkan.

Pendek kata , kerja takkan selesai. Aku rasa kerja kerja lain pun macam tu jugak. Kerja mana pernah nak selesai. Siap satu, sampai yang lain. Kalau tak, tak ada la namanya kerja.

IMAGE : GOOGLE
Seharian, aku google tentang ibu bekerjaya. Tujuannya, aku nak cari tip dan panduan supaya hidup lebih teratur. Bukanla sekarang tak teratur tapi aku nak LAGI TERATUR.

Kalau korang ada maid, it is so lucky. Aku pun bila dah tak leh handle, aku panggil daily maid datang kemas. Since , daily maid aku dah pindah, semua kena buat sendirian berhad.

Kat sini, aku bagi list beberapa tip

1. http://siraplimau.com/tips-ibu-bekerja-tanpa-pembantu/
2. http://www.reenaonline.com/2013/03/tips-rutin-harian-ibu-bekerja.html
3.http://pama.karangkraf.com/famili/tip-pantas-ibu-berkerjaya-1.150702
4. http://anakbonda.blogspot.my/2015/02/tips-pantas-masak-untuk-ibu-berkerjaya.html

Itu antara web/blog yang aku buat sebagai panduan. Memandangkan hari ini hari ahad, aku kena mula merancang semuanya.

TIP 1 : MERANCANG. Segalanya PERLU PERANCANGAN yang rapi macam orang nak pergi berperang.

Setelah membaca, aku dapat rumuskan adalah semua mesti ada PERANCANGAN. Nak masak apa, nak buat apa lepas masak. Semua kena rancang. Bila dah rancang wajib follow yang di rancang. Aku pernah je rancang bagai nak rak tapi tak laksana. 

Jadi, sebelum kita nak rancang wajib bagi kita untuk terapkan DISPLIN dalam diri. 


Guna planner macam ni, tampal di peti ais dapur. Banyak free di internet. Tinggal print aje. Yang ni untuk sebelum. Jenuh mati kutu nak fikir menu untuk sebulan.
image from : http://ribbonwoodcottage.blogspot.my/2014/11/free-printable-christmas-organizer.html


Free Menu Planner with Grocery Shopping List
Macam ni ok sikit sebab plam untuk  seminggu sahaja. 

images from : http://www.fabnfree.com/2011/12/13/20-free-menu-planner-printables/



TIP 2 : KENAPA MESTI BERTANGGUH?


Pernah aku baca satu buku tajuknya Eat that frog. Yang paling aku ingat bila ditulis yang mengapa kita mesti tangguh kerja yang memang kita kena buat pun. Contohnya, basuh pinggan. Dah memang nanti kita kena buat juga kan. Dah tu, mengapa perlu tangguh. 

MULAI sekarang, mesti berusaha untuk tidak tangguh kerja. 
Faham dan hadamkan ayat tu betul betul.
Image : http://wardahilmu.blogspot.my/2012/06/jangan-suka-tangguh.html

TIP 3 : BUAT TO DO LIST


Oleh kerana kita ini manusia yang 

mudah lupa, 
kadang kadang buat lupa atau
memang lupa langsung, 

memang elokla sangat kita buat to do list. Benda ni kalau tulis berjeler jeler, Pastu kalau dah buat, kita tickkan rasa macam best sangat. 



image : google





TIP 4 : CARI MASA UNTUK ALLAH, ALLAH AKAN SEDIAKAN MASA UNTUK KITA.

Pernah aku dengar ceramah, ada ustaz pesan orang perempuna kalau nak solat memang payah. Sebab kena pakai telekung, kena pastikan tak nampak rambut, kain kena labuh supaya tak nampak kaki. Oleh itu, orang perempuan kena solat awal awal. 


Cari masa untuk dekatkan diri dengan Allah. Kejar dunia, dapat dunia. Kejar akhirat, dapat dunia dan akhirat.

So, aku nak siapkan to do list aku untuk minggu ni. Nanti kita tulis lagi. :)


Friday, July 10, 2015

Kebaikan aktiviti Role play : Doktor, bear and vaksin

Play role adalah satu aktiviti yang dapat merangsang daya kreativiti dan imaginasi anak anda. Have you try this activity with your kids?

Apabila anak anak terlibat dalam aktiviti ini, secara natural anak anak akan menjadi orang lain. Contohnya, apabila anak anak bermain play role "i'm a doctor", mereka akan belajar pelbagai kemahiran.


(i) belajar and develop kemahiran memujuk bila pesakit menangis

(ii) pupuk nilai empati dalam diri anak anak


(iii) anak anak boleh express all their feelings.

(iv) improve their language, the way doctor communicate. anak anak akan gunakan experience mereka semasa mereka di klinik.

(v) improve kemahiran bergerak/psikomotor


(vi) aktiviti play role ini selalunya dalam team. Anak-anak akan belajar bekerjasama dan tolerate. contohnya sebelum bermain, mesti ada yang dah tetapkan dia yang nak jadi doktor, nurse atau pesakit. Anak anak akan buat pembahagian peranan mereka sendiri. Dari situ mereka belajar tolerasi dan teamwork.



Aktiviti kali ini. semua nak jadi doktor. jadi kita minta bear jadi pesakit.. 
dah selesai diberi vaksin 
 Anak anak develop new vocab iaitu vaksin. ibu ibu boleh ambil peluang terangkan pada anak apa itu vaksin dan kenapa perlu ambil vaksin.

espress her feeling : bear demam, kena tolong bear



tengah fikir apa perlu dibuat. Ibu boleh buat soal jawab dengan anak masa ni. tanya pada anak untuk rangsang daya berfikir. Contoh kalau bear sedih sebab sakit, kakak nak buat apa pada bear?

bear baru lepas injection


injection di bontot bear.

tukar peranan pula, sorang pesakit sorang doktor.

aktiviti ini memberi peluang dan ruang kepada anak anak anda untuk merangsang daya imaginasi mereka. It will be more interesting when you ( parents) , involves in this activity. 

You can  see your children reaactions.I am so amused to see and to hear when my children having role plays with me. 

“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.”
Albert Einstein
 note!

Saturday, December 6, 2014

sweet parenting 2 : Cara kawal anak anak bawah 6 tahun daripada tab/handphone

Ibu bapa zaman sekarang melalui cabaran yang sangat besar dalam soal mendidik anak anak. Pada zaman kini, anak anak kita terdedah dengan pelbagai gajet canggih seperti handphone, tab, computer, ps2 , xbox dan sebagainya.

Melihat kepada situasi ini, adakah kita tidak merasa risau? Apakah kesannya kepada anak anak kita bila terlalu didedahkan dengan gajet gajet moden ini. Ada pro dan kontra nye. Ada baik dan buruknya. 

KIRI   : Zaman kita  KANAN : Zaman budak sekarang
sumber gambar : google
Tapi , saya lebih melihat kepada banyak kesan buruk apabila anak terdedah dengan gajet. Mungkin saya agak "kuno" . Saya masih belum bersedia memberikan anak anak saya handphone apabila sedang menikmati makanan di restoran luar.


Namun, tidakla juga anak- anak saya tidak tahu tentang handphone atau tab. Anak anak saya masih boleh memegang handphone, memicit skrin handphone, bermain game di tab. Saya cuba limitkan, kehendak anak anak pada zaman kini masih perlu dipenuhi tapi tetap dikawal.

Disini saya nak kongsikan, cara saya limitkan penggunaaan tab dan handphone kepada anak anak


(a) Berikan handphone pada anak anda kalau mereka minta sahaja. 

 Contohnya “ umi , nak main game kejap kat handphone umi” 

 Elakkan daripada member tab dan handphone tanpa mereka minta atau            untuk keperluan lain. 

 Contohnya “ nak, ambil handphone ni main senyap senyap. Umi nak masak” 


(b) Berikan handphone pada anak anda bila bateri handphone dah nak kong/mati 

Inilah yang saya selalu buat pada anak anak saya. Apabila bateri handphone     saya tinggal 5 % dan mereka minta handphone, saya akan berikan. 

Dalam kelekaan melihat gambar di handphone, tiba tiba ia padam. Tetapi,         cara ini tidak Berjaya juga jika anak anda pandai caskan semula handphone. 


(c)tutup talian internet

Cara ini saya selalu lakukan apabila anak –anak saya asyik melihat video di       youtube. Apabila mereka melihat video terlalu lama, saya akan tutup talian       intenet. Cara ini hanya sesuai jika anak anak anda masih tidak tahu                 kewujudan modem dalam rumah anda. He he he. 

(d) Sikap ibu bapa itu sendiri 
Kita percaya yang ibu bapa addalah model terbaik untuk anak. Jika ibu bapa   24 jam dengan handphone, anak anak kita akan menganggap bahawa           handphone itu sangat penting. 

Ya, sudah tentu ia penting sebab mereka melihat kita duk kepit handphone tu   memanjang. Saya teringat kata kata ustaz hasrizal@ saifulislam, seorang         pakar motivasi. Kalau anak melihat ayah selalu memegang dan membaca alquran, dalam        minda seorang anak ia akan menganggap bahawa al-quran itu penting.

Dan begitulah sebailknya. Maka kita fikirlah sendiri.. 

Bagaimana dengan anda? Kongsikan cara anda limitkan masa anak anak dengan handphone/tab. 

" Cara yang saya lakukan rasanya hanya valid untuk anak anak yang berumur 6 tahun ke bawah :) "


last note!

Thursday, December 4, 2014

sweet parenting 1 : role model untuk anak anak

Assalamualaikum. Hari ini sudah hari jumaat. Semoga dengan bertambah usia kita, bertambahlagi keimanan kita kepada yang maha esa.

Bila saya duduk sendirian, saya sering berfikir bagaimana saya pada 10 tahun akan datang. Bagaimana dengan anak anak saya? Adakah mereka gembira? Bagaimana pencapaian mereka dalam hal hal dunia dan akhirat. Sesekali terlintas’ kalau aku dipanggil allah dahulu, bolehkak anak anak mendoakan aku?”

Allah bekalkan kepada saya tiga orang anak perempuan. Saya faham bahawa ini satu tugas yang mencabar. Apatah lagi pada saat saat hujung dunia ini yang kita sering disaji dengan hal hal yang meruntuhkan nilai akhlak morak anak anak. Nauzubillah, semoga kita semua dilindungi oleh allah sepanjang masa. 






 Pada usia anak anak yang masih kecil, kita mesti selalu menasihatkan mereka secara lisan. Sentiasa refresh kan minda anak anak kepada perkara kebaikan.

 Paling utama, ibu bapa sendiri menjadi role model pada anak. 

 Kalau ada bapa yang merokok, cuba fikir adakah kita mampu jadi role model pada anak kita 

Kalau ada ibu yang malas, adakah kita mahu anak kita juga malas. 

Kalau ada ibu yang derhaka pada orang tuanya, adakah kita fikir anak kita tidak akan melakukan perkara yang sama pada kita 

Kalau ada ibu bapa yang masih suka melepak di waktu tengah malam, adakah kita mahu anak anak kita juga begitu? 

Ayuh kita fikirkan…

kesimpulannya, dua kaedah paling utama untuk menasihatkan anak kepada kebaikan adalah

(a) secara lisan. menasihati dengan lembut bukan dengan kasar dan jangan menghukumi anak

(b) role model. ibu bapa sendiri adalah role model atau teladan yang baik untuk anak anak contohi

Mudah mudahan kita akan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak anak. nilai murni anak anak datang dari kita sendiri, iaitu ibu bapa :) 


image from google

last note!

Wednesday, June 4, 2014

Bolehkah anak kecil membuat kerja rumah?

Setiap kali saya buat kerja.rumah seperti masak, sidai kain, lipat baju , basuh baju anak anak mesti nak buat sama.
Pada mulanya, saya malas betul nak melayan permintaan mereka. Yelah  kalau kita,masak kita nak cepat. Kalau diorg.ada habis dapur kita.
Tqpi, itu dulu. Sehinggalah pada suatu hari anak kambar saya mencebik muka lalu berkata "umi ni , ira suka masak tapi umi tak bagi tolong."
Bila difikirkan semula, apa la sangat yang saya nak berkirakan . Saya lupa yang anak anak saya akan gembira bila mereka.dapat bantu saya memasak di.dapur.
Bagaimana dengan anak anda? Syabas saya ucapkan jika anda seorang ibu yang memberi peluang untuk anak kecil anda membuat kerja rumah.
Gambar gambar di bawah diambil semasa sesi melipat kain. Mengambil inspirasi  mesin melipat kain dari internet. Seronok juga.

Friday, October 18, 2013

Aktiviti yang meningkatkan semangat kerjasama anak antara sepupu/rakan

Bila pulang ke kampung halaman, anak-anak saya mesti seronok.Sebabnya, mereka akan berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Macam saya kecil kecil dulu, kalau balik ke baling (kampung ayah saya) mesti rasa happy sangat walaupun perjalanan jauh sampai 6 jam. Antara sebabnya adalah dapat jumpa sepupu-sepupu.

 Antara aktiviti yang kitaorang buat berjalan jalan p kedai runcit, main mercun dan bunga api ( time raya), makan mangga cicah dengan jeruk,main baling selipar, main kejar - kejar, main polis entri . Kalau dah penat main,duduk aja kat buaian sambil gosip gosip. Tu zaman kita la. Zaman anak anak kita ni sibuk dengan gadget je kan.

Satu hari , saya perhatikan sahaja anak anak bermain dengna sepupu sepupu mereka. Lucu pun ada. Nak gelak. Tapi, saya dapat find out yang mereka belajar something daripada aktviti yang diorang buat.

Nak tahu tak apa mereka buat?













perhati je dari jauh. Apala diorang buat?

bagi arahan, ada yang duduk ada yang berdiri

mereka bermain dengan  tudung saji...!!!

Walaupun hanya dengan tudung saji, semangat "wonderpets " dapat ditonjolkan..hihi.Lepas ni mari cari tudung saji di rumah anda..he he he he


last note!

Thursday, October 17, 2013

Positive parenting : Gaya bahasa mak kepada anak anak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini nunu nak kongsi sedikit tentang positive parenting.

Percaya atau tidak gaya bahasa dan cara kita bercakap boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak kita.Ok, cuba lihat situasi begini.

Situasi : Seorang anak sedang leka bermain-main di ruang tamu. Mainannya bersepah-sepah. Si ibu baru sahaja pulang dari kerja dan rasa sangat penat. Mungkin, ibu tadi akan mengeluarkan gaya bahasa berbentuk arahan iaitu "Lepas ni, ibu nak kamu kemas semua mainan ni"


pic from google
Ya, saya sebagai ibu itulah yang selalu keluar dari mulut saya. Kita cenderung menggunakan autoriti kita sebagai seorang ibu dalam memberikan arahan. Apa kesannya pada anak bila besar nanti agaknya?

Baiklah, mari kita cuba ubah bahasa kita supaya menjadi lebih baik dan indah. Apa kata kita cuba gaya bahasa begini 

"Seronok ye main. Nanti dah lepas main, kita kemas sama sama ye. Barula rumah kita kemas dan cantik"

Apa pendapat anda?Ada gaya bahasa yang lain tak. Jom kongsi dengan nunu.
last note!

Wednesday, October 16, 2013

aktiviti homeschool "saya masak cokodok pisang"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers,
Apa khabar hari ini. Alhamdulillah, nunu di sini sihat sihat..Bila dah nak mula cuti sekolah, memang agak sibuk. Macam- macam perlu dibuat. Siji koko pelajar, buku rekod pelajar, sijil berhenti dan macam macam lagi la.:)

Hari ini nunu nak kongi tentang aktiviti yang boleh kita buat dengan anak anak kita. Percayalah, kadang kala kita tidak memerlukan toys yang mahal mahal.Pada nunu, tak kiralah toys itu murah ke mahal ke yang penting kita kena ada sekali bersama dengan anak anak.

Pernah tak dengan quotes ini " now, parents buy toys to their kids, but they don't play with them". Jadi, as a parents, kita kena take part semasa bermain dengan anak anak. Tiada masa? Jangan risau. It only take around 30 minutes aje.Biasala kan, budak budak ni fokus dia tidak lama. Jadi, mari kita manfaatkan 30 minit masa bersama.)

Ok, so untuk kali ini nunu nak share satu aktiviti yang "fun". Aktiviti ini boleh diaplikasikan lebih lebih lagi untuk anak perempuan. Tetapi, kalau nak anak lelaki buat aktiviti ini pun tak salah tau.

Aktiviti ini nunu panggil : "saya masak cokodok pisang "

Bahan- bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah
(a) sesikat pisang emas
(b) chopping board
(c) bekas
(d) pisau (bukan pisau yang tajam tau, Ini pisau yang kita guna buat sapu butter pada roti. Saya guna pisau ikea aja.")

Beberapa kemahiran yang saya aplikasikan dalam aktiviti ini adalah

(a) kemahiran mengupas kulit pisang.


cuba buat aktiviti ini dengan anak anak , mesti diaorang akan enjoy




Pada mulanya saya kurang yakin adik kembar iaitu balqis boleh mengupas kulit pisang. Oh rupanya boleh.Mungkin balqis belajar melalui pemerhatian daripada kakaknya,

  (b) kemahiran memotong

Cuba tengok gambar di bawah, itulah pisau ikea yang saya maksudkan. Pisau tu tak tajam.Selamat untuk digunakan. Walaupun pisau tu tak tajam, me as a mother really encouraged korang untuk bersama-sama dengan anak semasa aktiviti ini dibuat. Kita kena pantau anak anak kita juga ye.

saya suka buat aktviti begini sebab saya boleh baca sikit sikit perangai anak saya. Daripada pemerhatian saya, anak saya ira akan potong halus halus dan kecil kecil. Mungkinkah anak saya ini teliti orangnya?

macam rewang pulak..hahaha  

 *rewang = gotong royong untuk kenduri

(c) kemahiran mengira 

in addition daripada aktiviti ini, cuba selitkan kemahiran mengira setelah habis pisang dikupas. Kita sebagai ibu boleh guide anak anak kita untuk kira dengan betul

zahrah sedang mengira bilangan pisang yang dikopek.
 Tip-tip yang lain :
1. Setelah selesai mengupas, memotong dan mengira pisang, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada anak anak kerana telah membantu ibu .

2.  Bila dah siap jadi cokodok, ceritakan pada abahnya yang cokodok ni anak anak yang tolong kupaskan kulit. Mesti anak anak akan rasa bangga dan rasa dihargai.

Bagaimana? Rasa - rasa seronok tak aktiviti ini? Kalau kawan-kawan ada aktiviti lain bolehla kongsi dengan nunu. Lastly, nunu selitkan two more photos on this activity.

fokus semasa mengupas kulit pisang..he he he

tekun.
P/S :jOOM KOngsi dengan nunu aktiviti yang korang buat dengan anak anak :)

last note!

Tuesday, July 23, 2013

kisah ibu, doa dan seekor lipas

Situasi …seorang ibu yang sedang mengajar anak kecilnya tentang kepentingan berdoa

 Satu hari, si ibu berjalan dengan anaknya di sebuah kedai untuk membeli barang. Kelihatan seorang nenek tua duduk di sebuah kerusi roda. 

Si anak bertanya, “ibu, kenapa nenek duduk di kerusi tu.?” 

Dengan lembut, si ibu menjawab pertanyaan anaknya yang berumur tiga tahun itu. “sayang, nenek tu sakit. Dia tak boleh jalan, kita doakan nenek cepat sihat ye

Si anak mengangguk sambil tangan berdoa “ya allah, sihatkanlah nenek. 
pic from google

Keesokannya, si anak melihat seorang kakak sedang menangis kerana sakit. 
Tangannya luka berdarah. 
Si ibu membisikkan kepada anaknya “sayang , kakak sakit. Tangan kaka luka. Sayang doakan kakak supaya cepat sembuh.” …..

 Si anak mengangguk sambil tangan berdoa “ya allah, sihatkanlah kakak. tangan nye sakit"

Pada satu petang, si ibu sedang mengemaskan rumah. Dalam tidak sedar, si ibu telah terpijak seekor lipas. Lipas itu pun mati. 
Si ibu terkejut lalu berkata “ laaa, ibu terpijak lipas. Mati lipas ni.Kesian dia."
pic from google

  Tiba tiba anak kecil itu menghampiri ibunya “ ibu, takpe.nanti kita doakan lipas ye…” 

Oh anak kecil ini.. Hati mu terlalu suci. Mudah-mudahan doa menjadi penemanmu di kala duka dan suka. 

nukilan,
cikgu nunu
23.7.2013
4 petang

last note!

Tuesday, August 28, 2012

bagaimana rumah tanpa BIBIQ

Rumah saya tiada bibiq.Kadang kala terfkir kalaula rumah saya ada bibiq kan seronok..Wahh, besar sangat ke roles bibiq ni.. Ha ha ha...

At least, bila ada bibiq kat rumah, semua kerja rumah settle. Once balik dari kerja, rumah dah kemas, baju dah basuh dan lipat, makanan dah terhidang, lantai dah mop.. Waaaa best best bestkan...

Itu kalau dapat bibiq yang bagus... Cuba kalau dapat yang tak reti buat kerja. Ataupun yang banyak alasan tak nak buat kerja.. Erghh macam macam laaaa.

Saya cuba bermuhasabah diri.....Lately, rasa tertekan sebab tak dapat menguruskan kerja rumah dengan baik. Seolah olah ia menjadi suaut bebanan pulak bagi saya.Astagfirullahhalazim.. Saya cuba berfikiran positif. Saya cuba untuuk menjayakan kerja rumah dengan hati yang lapang. Namun, kadang kadang....hati saya rapuh juga..

Saya perlu lakukan sesuuatu. Saya tahu saya bukan superman (ada kene mengena ke.superman tahu ke buat kerja rumah..hahaha)

Saya rasa semua kerjar umah saya mesti dijadualkan.. ..Sekurangnya bila balik kerja, masih ada sisa sisa masa untuk dihabiskan bersama dengna anak.TIdakla anak hanya menonton tv sahaja, uminya pula mengemas rumah..

Baik, saya akan fikirkan bagaimana untuk menjadualkan kerja rumah saya...
last note!

Sunday, August 5, 2012

In the making of semperit

in the making of little chef :p
Inilah first time nunu buat samperit dengan sendirinya.selalunya nunu jadi pembantu mak nunu aje.kali ini'dari a sampai z nunu buat sendir.tapi,kali ini ada orang lain  yang bantu nunu.

hasil samperit..kurang menarik bunganya..ok la ye, first time

ara tolong letak ceri

Sunday, May 20, 2012

sabarlah abah

Pagi tadi saya terlihat seorang bapa .Kelihatan bapa itu sedang marah. Mukanya masam. Saya lihat bapa itu mencampak anak lelakinya ke dalam kereta.(Seolah mencampak bola)Saya terkejut  dan tergamam. Semasa melintasi kejadian itu, saya terlihat anak lelaki itu menangis.Saya kira usia anak lelaki itu lebih kurang 4 tahun.  Saya pandang wajah bapa itu.Bapa itu tercungap cungap menahan marah.Mukanya masih masam dan tangannya mencengkak pinggang. Saya sedih melihat anak lelaki itu sambil berdoa moga ALLAH melembutkan hati bapanya utk memujuknya.

Apa moralnya dari cerita ini?
Sabar.Ye memang betul. Sabar. Wahai ibu, umi,mama, mummy, abah, daddy, papa...kita semua kena sabar. Sabar dengan anak-anak. Bukan lah cerita ini untuk membuka pekung sesiapa. Saya menulis ini agar kita sama sama melayan karenah anak kita dengan sabar. Saya juga seperti orang lain. Ada MASAnya kita boleh menahan sabar dengan anak kita, lalu tangan ini ringan saja melayang. 

Pernah kah kita dengar anak-- anak yang selalu dipukul, diherdik akan terganggu emoosinya.Kita melayani mrereka seolah mereka tiada perasaan.Ye, betullah kata orang .We should treat anak-anak as a human. ...Anak itu ada perasaan. Kerana itu mereka menangis.Kerana itu mereka ketawa.Kerana itu mereka gembira. Kerana itu juga mereka marah..

We as a parent@ adults, sepatutnya bertindak mengikut fikiran bukan perasaan. Fikirkan emosi anak-anak itu nanti. Anak anak kita perlu dibelai,dinasihati..Memang penat, tapi ia berbaloi, Mungkin bukan sekarang kita akan nampak hasilnya, insyallah di kemudian hari nanti..


last note!sAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015