Sunday, October 17, 2021

DOA IBU KAN PALING MUSTAJAB

Saya masih ingat ketika, the tiga beradik (panggilan untuk anak anak saya) masih kecil saya sering membawa mereka membeli buku. Seingat saya, saya tidak memberikan mereka handphone ketika mereka kecil lagi. 

Apabila di dalam kereta, saya tunjukkan buku yang ada gambar-gambar yang besar.

Apabila makan di restoran, saya akan sediakan buku/kertas . Saya juga akan membawa bersama pen/pensil. Mereka akan menulis sementara menuggu makanan tiba. 

Saya teringat pesanan seorang kawan saya semasa menjaga peperiksaan SPM. Kurang pasti bila tahunnya. Kawan saya berpesan, belikanlah pen atau pensel yang cantik cantik buat anak. Kurangkan beri mereka handphone dan menonton tv. 

Sekarang anak anak saya sudah pun berusia 11 (kakak kembar) dan 10 tahun. 

Saya memang percaya, bila dari kecil anak anak tidak diajar gadget saya lebih mudah untuk mendisplinkan mereka. Sekarang mereka tahu hanya Jumaat dan Sabtu boleh gunakan handphone. Saya bukanlah tidak berikan langsung mereka handphone. Seingat saya mereka mula gunakan handphone pada usia hujung 9 tahun sahaja(utk kakak kembar). Itu pun dengan limit saya . Tambahan sejak tahun lepas dah mula belajar online, memang tak nafikan la mereka terpaksa gunakan handphone. Itupun sekejap sahaja kerana saya berpendapat untuk belajar lebih baik menggunakan laptop. 

Antara syarat-syarat yang saya letakkan kepada anak bila nak gunakan handphone ialah
(a) handphone tidak boleh langsung di bawa masuk ke bilik tidur

(b) penggunaan handpohne hanya di bilik belajar

(c) dibenarkan hari Jumaat dan Sabtu

(d) Denda akan dikenakan jika ada salah laku. Contoh denda ialah menarik masa penggunaaan handphone

(e) Nak download apa apa apps atau game perlulah dengan kebenaran

(f) Kerja rumah mesti selesai dahulu. Contoh :sidai kain, basuh kain, kemas meja

(g) Tepati masa. Jika habis jam 11pagi . Perlu patuh.

Itula antara yang saya lakukan. Saya pun ibu yang terus belajar untuk mendidik anak anak. Kita tidak pasti apakah betul caradidikan kita pada anak sehinggalah kita melihat kemenjadian mereka bila mereka besar kelak.

Jadi, nasihat saya kepada semua ibu-ibu. Kita teruskanlah kuat untuk mendidik anak anak kita. Doa jangan tinggal. Saya berpegang kepada satu nasihat dari seorang sahabat saya. 

"Kito ni bilo risau hal anak. Doa la. Doa ibu tu kan paling mustajab"

Lama masa berlalu, saya letakkan kenangan gambar anak anak membaca di halaman ini....

last note!

No comments:

Post a Comment

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015