Thursday, September 24, 2015

Kenangan anak anak menyertai pertandingan mewarna

Mengabadikan gambar gambar kenangan semasa pertandingan mewarna hari keluarga.










Balqis menang tempat kedua pertandingan mewarna bergambar bersama hadiah :)


last note!

Homeschool : mini buku melawat zoo guna sticker diy yang murah

Salam aidiladha untuk semua.

Di sini saya kongsikan aktiviti sticker dengan anak anak. Saya selalu beli sticker di kedai diy. Murah sahaja . Hari tu saya beli sticker binatang. Anak anak buat mini buku tentang binatang yang berada di zoo. Kebetulan, kakak kembar baru sahaja ikut rombongan ke zoo negara di tadika mereka. 






Add caption
 Saya tuliskan nama nama binatang dan mereka cuba tulis semula dalam mini buku mereka.



Add caption
 Masa buat aktiviti ini, anak anak masih belum pandai membaca. Anak anak hanya tahu sebutan abc secara phonics.  Saya minta mereka salin semula tulisan yang sayatulis di blackboard untuk tahu sejauh mana anak anak boleh ikut dengan betul.


Add caption
Tak sempat nak ambil gambar hasil mini buku mereka. Cuma yang menariknya, mereka boleh ambil buku itu dan ceritakan seolah olah pengalaman mereka pergi ke zoo. 

:) 
last note!

Sunday, September 13, 2015

4 TIP untuk ibu yang bekerjaya..

Siapa sini ibu bekerjaya macam aku? Sep!Give me five! Sama la kita.

Walupun kadang-kadang orang berkata : " hang tak apalah, hang kerja cikgu. Separuh hari" Aip, kekadang tak dapek separuh hari. Sepenuh hari pun ada. Bila di sekolah kita sibuk mengajar. Kadang kala kerja kerja seperti siapkan soalan, skema soalan, buat persediaan mengajar, tanda buku budak itu semua buat di rumah. Takpun, stay kat sekolah siapkan.

Pendek kata , kerja takkan selesai. Aku rasa kerja kerja lain pun macam tu jugak. Kerja mana pernah nak selesai. Siap satu, sampai yang lain. Kalau tak, tak ada la namanya kerja.

IMAGE : GOOGLE
Seharian, aku google tentang ibu bekerjaya. Tujuannya, aku nak cari tip dan panduan supaya hidup lebih teratur. Bukanla sekarang tak teratur tapi aku nak LAGI TERATUR.

Kalau korang ada maid, it is so lucky. Aku pun bila dah tak leh handle, aku panggil daily maid datang kemas. Since , daily maid aku dah pindah, semua kena buat sendirian berhad.

Kat sini, aku bagi list beberapa tip

1. http://siraplimau.com/tips-ibu-bekerja-tanpa-pembantu/
2. http://www.reenaonline.com/2013/03/tips-rutin-harian-ibu-bekerja.html
3.http://pama.karangkraf.com/famili/tip-pantas-ibu-berkerjaya-1.150702
4. http://anakbonda.blogspot.my/2015/02/tips-pantas-masak-untuk-ibu-berkerjaya.html

Itu antara web/blog yang aku buat sebagai panduan. Memandangkan hari ini hari ahad, aku kena mula merancang semuanya.

TIP 1 : MERANCANG. Segalanya PERLU PERANCANGAN yang rapi macam orang nak pergi berperang.

Setelah membaca, aku dapat rumuskan adalah semua mesti ada PERANCANGAN. Nak masak apa, nak buat apa lepas masak. Semua kena rancang. Bila dah rancang wajib follow yang di rancang. Aku pernah je rancang bagai nak rak tapi tak laksana. 

Jadi, sebelum kita nak rancang wajib bagi kita untuk terapkan DISPLIN dalam diri. 


Guna planner macam ni, tampal di peti ais dapur. Banyak free di internet. Tinggal print aje. Yang ni untuk sebelum. Jenuh mati kutu nak fikir menu untuk sebulan.
image from : http://ribbonwoodcottage.blogspot.my/2014/11/free-printable-christmas-organizer.html


Free Menu Planner with Grocery Shopping List
Macam ni ok sikit sebab plam untuk  seminggu sahaja. 

images from : http://www.fabnfree.com/2011/12/13/20-free-menu-planner-printables/



TIP 2 : KENAPA MESTI BERTANGGUH?


Pernah aku baca satu buku tajuknya Eat that frog. Yang paling aku ingat bila ditulis yang mengapa kita mesti tangguh kerja yang memang kita kena buat pun. Contohnya, basuh pinggan. Dah memang nanti kita kena buat juga kan. Dah tu, mengapa perlu tangguh. 

MULAI sekarang, mesti berusaha untuk tidak tangguh kerja. 
Faham dan hadamkan ayat tu betul betul.
Image : http://wardahilmu.blogspot.my/2012/06/jangan-suka-tangguh.html

TIP 3 : BUAT TO DO LIST


Oleh kerana kita ini manusia yang 

mudah lupa, 
kadang kadang buat lupa atau
memang lupa langsung, 

memang elokla sangat kita buat to do list. Benda ni kalau tulis berjeler jeler, Pastu kalau dah buat, kita tickkan rasa macam best sangat. 



image : google





TIP 4 : CARI MASA UNTUK ALLAH, ALLAH AKAN SEDIAKAN MASA UNTUK KITA.

Pernah aku dengar ceramah, ada ustaz pesan orang perempuna kalau nak solat memang payah. Sebab kena pakai telekung, kena pastikan tak nampak rambut, kain kena labuh supaya tak nampak kaki. Oleh itu, orang perempuan kena solat awal awal. 


Cari masa untuk dekatkan diri dengan Allah. Kejar dunia, dapat dunia. Kejar akhirat, dapat dunia dan akhirat.

So, aku nak siapkan to do list aku untuk minggu ni. Nanti kita tulis lagi. :)


Saturday, September 12, 2015

Butik Cala Qisya , Shah Alam

Dua minggu lepas, adik cikgu minta teman pergi butik Cala Qisya di Shah Alam. Biasala trend masa kini, beli baju di butik . He he. Kalau korang perasan, sekarang banyak butik butik muslimah yang jual shawl dan jubah. Sekarang ni nak pergi mana mana tak segan nak pakai jubah. Kalau zaman dulu, kita pakai jubah orang kata nak p masjid aje.

Ok, back to the story. Masa tu hari Jumaat. Kami ambil si kembar di tadika straight away ke shah alam. 

Butik Cala Qisya ni warna pink. Melompat gembira anak anak aku. Dia ingat ada mainan kot kat dalam tuh. Lepas aku explain, yang kita datang sini nak beli baju cik ika. aku nampak mereka redha. He he he.

Ambil gambar dulu 



suruh ambil gambar , tapi tak ready

warna warna pastel memang cantikkan. 


nampak tak. Kalau  dah nama anak perempuan. cermin tak dapat dipisahkan . :)


cantik beno baju ni umi, tak nak beli ke. Kata zahirah. 


SI KECIK, balqis ikut sama. Nampak tu cuba pilih baju yang bukan saiznya. Asal pegang aje baju dia cakap "umi. cantiknya baju ni. Nanti besar aqis nak la baju ni. " lambat lagi nak tunggu awak besar. Baju tu org lain dah beli dah. ha ha ha



selesaila hajat adik aku. Tertunai impiannya .. he he 

Disuruh duduk sebab penat mengejar tiga orang ni. 
Selepas 1 jam. kami pun pulang. Sambil anak anak aku tanya " umi tak nak beli baju ke "

Dengan sedih aku menjawab " tunggu umi kurus dulu ye nak"

Ha ha ha

Butik Cala Qisya

website : http://www.calaqisya.com/

address : 

7a Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

SATAY HUT, TANJUNG KARANG

Biasa dengan pizza hut. Aaaa yang ini ada hut juga, tapi bukan pizza . Yang ini satay hut tanjung karang.

Kitaorang memang selalu lalu jalan ni especially masa balik ke kampung. Malangnya, setiap kali raya korang boleh agak la jalan nya. Jem yang amat. Jadi, memang tak ada rezeki nak try satay hut tanjung karang ni.

Aku bukan lah penggemar sate. Sate kajang boleh pergi pun dalam 3 atau 4 cucuk. Satu hari, suami cikgu ajak pergi makan di sate hut masa kami on the way ke lumut. Sebabkan bukan musim raya, jadi jalan agak lengang.

Kami sampai dah malam. Sekitar jam 8 malam. Masa tu, tempat dah banyak penuh. Parking pun susah nak cari sebab tempat parking kereta tak banyak. Mujurla ada kereta yang keluar, jadi kami tunggu dalam 5 minit sahaja.


dalam kedai makan 
Satay hut ni dah ada sejak 1997 lagi. Lokasinya di tanjung karang ,selangor. Landmark nye ia dekat dengan hospital Tanjung Karang.

Satay hut ni ada dua saiz, saiz besar dan kecil. Yang besar harganya rm 1.60 . Yang kecil pula rm 0.80. Satay hut ni hanya ada ayam sahaja. Masa kitaorang minta dia kata memang tak ada daging.



tersusun atas meja. 

ini perbezaan satay besar dan kecil. 


kuah kacang. Memula rasa macam masin sangat. Tapi bila dah makan dan sebati dalam mulut. wow sedap la..

it is juicy. Sangat sedap. 


Time aku tulis, aku dah rasa terliur dah. Teringat rasanya..


Jadi, kalau korang ada lalu ke tanjung karang, jangan lupa singgah di satay hut. Memang tak rugi. Kalau tak suka satay pun takpe sebab ada menu makanan lain disediakan.

Contohnya hari tu, aku order juga bihun tom yam.




TAPI...Satay tu wajib korang try .. he he he .

Ni alamatnya, 

Lot 74, Jalan Besar, 
45500 Tanjung Karang, 
Selangor

no.tel : 017-3939169

waktu buka : 4.30petang hingga 2 pagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015