Kitaorang memang selalu lalu jalan ni especially masa balik ke kampung. Malangnya, setiap kali raya korang boleh agak la jalan nya. Jem yang amat. Jadi, memang tak ada rezeki nak try satay hut tanjung karang ni.
Aku bukan lah penggemar sate. Sate kajang boleh pergi pun dalam 3 atau 4 cucuk. Satu hari, suami cikgu ajak pergi makan di sate hut masa kami on the way ke lumut. Sebabkan bukan musim raya, jadi jalan agak lengang.
Kami sampai dah malam. Sekitar jam 8 malam. Masa tu, tempat dah banyak penuh. Parking pun susah nak cari sebab tempat parking kereta tak banyak. Mujurla ada kereta yang keluar, jadi kami tunggu dalam 5 minit sahaja.
dalam kedai makan |
Satay hut ni ada dua saiz, saiz besar dan kecil. Yang besar harganya rm 1.60 . Yang kecil pula rm 0.80. Satay hut ni hanya ada ayam sahaja. Masa kitaorang minta dia kata memang tak ada daging.
tersusun atas meja. |
ini perbezaan satay besar dan kecil. |
kuah kacang. Memula rasa macam masin sangat. Tapi bila dah makan dan sebati dalam mulut. wow sedap la.. |
it is juicy. Sangat sedap. |
No comments:
Post a Comment
thanks you for the comment :)