Kemahiran motor penting untuk anak anak dalam proses perkembangan minda mereka. Apa itu kemahiran motor?
Kemahiran motor adalah kemampuan seseorang anak untuk mengkoordinasikan gerakan otot -otot daripada anggota tubuh badan mereka.
Umumnya melibatkan koordinasi mata, tangan dan jari jemari.
Memegang pen bermula dengan kemahiran motor yang betul |
Kita sebagai ibu bapa boleh membantu anak anak kita untuk meningkatkan kemahiran motor mereka. Antara aktiviti yang mudah dilakukan adalah melukis.
Kemahiran motor sangat penting kerana ia digunakan seumur hidup kita. Anak anak yang mana dalam proses perkembangan fizikal dan minda, perlu memiliki kemahiran motor yang baik.
Kajian menyatakan jika kemahiran motor anak anak adalah baik, ia sangat membantu anak anak untuk dalam menjalani proses pendidikan di sekolah.
Melukis melatih anak anak memegang pensel dengan betul.
Melukis membina imaginasi anak anak . Mereka melukis dengan penuh ketelitian. Biarkan mereka selama beberapa minit, mereka khayal dalam dunia imaginasi mereka.
imaginasi princess elsa |
Contoh lukisan anak anak cikgu di sini
Selepas anak anak lukis. minta mereka ceritakan apa yang mereka lukis. Ada sahaja ceritanya. |
gambar pasangan pengantin lelaki dan perempuan |
Tingkatkan kemahiran motor dan imaginasi anak anak anda :)
No comments:
Post a Comment
thanks you for the comment :)