Friday, December 7, 2012

Yang kita cium ini ahli syurga...

Hari ini, seorang sahabat baik saya kehilangan seseorang di dalam keluarganya. Usianya baru sahaja dua bulan. Allah pinjamkannnya selama dua bulan. 

Pagi tadi, saya berkesempatan melihat jenazah anak adik kawan baik saya  di bangi. Itulah pertama kali saya melihat jenazah yang baru dua bulan. Sempat saya menguncup dahi nya. Oh, tenang sungguh..Sayu rasa di hati. Tiba tiba terdengar satu suara seorang nenek " Yang kita cium ini ahli syurga"

Untung ibunya kerana punya anak yang akan menunggunya di syurga. Berlinangan air mata melihat betapa pilu hati ibunya. Saya percaya, Allah ada agendanya tersendiri. Sebagai manusia kita redha dengan ketetapan Illahi kerana dia lebih MAHA MENGETAHUi. 

Teringat pada si kembar semasa kecil dahulu
Saya terkenang anak anak di rumah. Berasa sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk bersama anak anak. Rasa kesal kerana kadang kala memarahi anak anak. Rasa terkilan tidak daapat melayan anak anak. 

Lalu saya terfikir, anak-anak saya adalah ahli syurga..Bagaimankah layanan saya terhadap ahli syurga ini?


teringat juga pada adik kembar, balqis semasa baby
Saya doakan keluarga sahabat saya tenang dan kuat menghadapinya. Saya tidak sama sekali dapat meletakkan diri saya kerana saya tidak mengalaminya. Sebagaimana saya cuba memahaminya, beratnya tidak dapat untuk dipikul sama. Hanya doa saya inringi untuk sahabat saya , Nadratun Naim sekeluarga...
last note!

5 comments:

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015