Monday, December 31, 2012

Back to school

Esok,kita sudah mula ke sekolah.Selamat kembali ke.sekolah untuk.semua guru.semoga kita dapat melaksanakan tugas kita dengan sebaiknya.Kepada ibu bapa selamat menghantar anak ke sekolah.Kepada,yang masih bujang selamat menempuh jalan.yang akan jem sebab sekolah dah mula..hehehe

Buah cempedak kelihatan seperti embrio..adakah ini penemuan terbaru ?

Selamat tahun.baru 2013.Pada masa saya menulis ini,kedengaran bunyi pong pang pang pang..MAaf,bukan bunyi kuali pecah tetapi bunyi bunga api.KAlau dulu saya menunggu untuk menyaksikan bunga api,tapi kini tidak lagi ini sebab bunga api boleh jumpa bila bila sahaja.orang kawin pun ada bunga api.Jadi,tak perlula saya bersengkang mata menunggu bunga api di tahun baru ini..SEmpena masuk tahun baru ini,saya nak tunjuk satu gambar kat korang.Tapi bukan gambar bunga api  .hehehe..ini gambarnya....jeng jeng








Saya percaya musim cempedak masih ada walaupun kita dah masuk tahun baru..heheeh..Apa yang kamu nampak pada buah cempedak ini..subhanallah

Thursday, December 27, 2012

awan itu tinggi sangat...

Sudah beberapa hari saya tidak update blog..ishh tak berdisplin sungguh. Bolehkah saya memberi alasan yang saya sibuk?:p 

Sekiranya anda mempunyai tiga orang anak yang antaranya adalah anak kembar, tentu sekali anda tahu kesibukan saya..he he he..

Namun, saya sayang blog saya. saya suka menulis di blog saya. 

Kepada kamu semua yang suka memberi comment pada post saya, saya ucapkan sangat SANGAT terima kasih. Setiap kali saya membuka inbox blogspot saya, pastisaya akan tengok, eh ada orang comment la..bestnya..you really make my day..

Kkamu tahu saya sangat suka dan sangat gembira. Mungkin itulah perasaan seorang penulis apabila bukunya dibaca orang. Begitu la juga saya, seorang blogger yang suka post nya dibaca blogger lain....

Panjang sungguh melalut...Hari ini saya melihat kembali kenangan blog lama saya..ingin sekali berkongsi kisah kapal merah dengan kawan kawan semua...ini kisahnya...


Dulu, masa saya kecil-kecil...teringin betul saya nak naik atas awan. Tapi awan tinggi sangat..

Masih ingat dragon ball dengan awan terbangnya..ohh itulah idaman saya.Walaupun masa tu, saya sudah pun bergelar remaja..Seronoknya saya kalau saya dapat awan terbang tu.Saya teringin nak naik atas awan. bILA Saya dapat naik atas awan, saya nak bina rumah atas awan.Pastu, saya boleh lompat lompat dari satu awan ke satu awan.Tingginya saya masa tuuu..(serious memang pernah berangan begini, mungkin gara gara dragon ball)

Sekarang, impian saya nak naik atas awan dah tercapai walaupun sy tak mampu nak bina rumah atas awan(mimpi je la mek!).Masa kecil dulu, saya teringin naik atas awan tapi tak mampu.BIla umur dah 26 tahun ni, barulah saya dpt naik atas awan. Nasib baiklah ada kapal merah yang boleh bawak saya naik atas awan. Kalau tak,tak mampu rasanya....

Sekarang, kapal merah la yang bawak saya dari bangi ke miri, dari miri ke bangi..Manala boleh saya naik tongkang nak bawak saya dari bangi ke miri..Terimakasih kapal merah..
Cuba teka..apa itu kapal merah??????
last note!
*Untuk pengetahuan semua, miri adalah daerah pertama tempat saya posting mengajar

Tuesday, December 25, 2012

Wordless wednesday

So pure and serene...

Thursday, December 20, 2012

Sumbangan Untuk Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam.Mari kita gembirakan hati mereka

Pada suiatu hari, saya dan suami sedang bersembang-sembang.

"Kat sekolah ayang mesti ramai anak yatim kan. Boleh la sedekah."
Saya pun jawab "Memangla .Tapi anak yatim kat kelas ayang tu pun mewah juga tau. Pakai iphone lagi

Suami menghela nafas."Sayang, kegembiraan memiliki iphone tidak sama dengan kegembiraan memilik ibu atau ayah.Sebab itu Allah suka orang yang menggembirakan anak yatim"
Sampai kini, ingatan itu kekal dalam diri ...

Apa yang saya nak sampaikan ini adalah sedikit ilham yang Allah berikan untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Pertemuan saya dengan blog nadia juga adalah kebetulan dan saya kira Allah telah memberi perancangan yang baik untuk saya membantu nadia dalam usahanya terhadap Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam.



Mungkin ada orang berpendapat, mengapa harus dicanang canang segala kebaikan yangi mahu dibuat. Diam diam bersedekah sudahlah. Janganla begitu kawan. Fikirla positif. Anggapla sahabat kita nadia sedang mengajak kita untuk berbuat kebaikan. Bukankah itu perkara yang baik? Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada usaha dan sedekah kita ini.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar rumah anak yatim tersebut. Semoga usaha dan perkongsian rezeki kita akan memberikan mereka sedikit lagi keselesaan lalu menggembirakan hati mereka ini.




Kawan-kawan semua, jika ada rezeki yang lebih sudikan diri anda untuk menderma kepada Rumah Amal Kasih Bestari.Semoga ALLAH merahmati usaha kita dalam membantu menggembirakan hati insan insan yang terpilih ini.



Untuk blogger nadia dan rakan rakan yang akan bersama pada 24.2 nanti, semoga ALLAH merahmati dan memudahkan urusan kita. Amin.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di blog nadia. Sila klik sini.

Kredit gambar gambar di atas adalah daripada blog nadia.

"Bloglist Setahun Dari ciklaili.com".

Jom kawan kawan. Mari kita sertai bloglist setahun dari ciklaili.com 

Salam cik laili dan salam perkenalan. Saya seperti juga cik laili, merupakan seorang guru. Saya mula mengenali blog ciklaili semasa saya goggle "jadual gaji kakitangan awam 2012"(masa tu sibuk tentang skim gaji baru).

Blog cik laili sangat up to date terutama tentang hal hal pendidikan sehinggakan saya merasakan ciklaili ini merupakan seorang guru data di sekolah sebabnya guru data sekolah saya sangat efisyen dari segi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pendidikan. he he he.


Entry yang saya suka adalah kebanyakkannya adalah entry yang berkaitan dengan parenting. Saya percaya dalam menyelusuri dunia "parenting" ini kita perlu banyak membaca sebagai bekalan untuk mendidik anak-anak.Ini adalah entri yang saya paling suka.



Saya juga suka entri post pasal nuffnang. Tak sangka blogger part time pun dapat hasil lumayan. Banyak saya kena belajar ni...Kalau anda mahu baca sila klik pada label pendapatan blog. Semua post itu saya suka!!

Oklah,sampai sini dulu ye. Buat cik laili,

Cadangan saya untuk cik laili adalah
1= keep on blogging
2=teruskan memberi maklumat yang terbaik dan terkini terutama hal hal  pendidikan 
3= jemput la like blog saya..hi hi hi


Tuesday, December 18, 2012

Penyakit Asthma

Dua tiga hari ini saya agak keletihan. Anak kembar saya, zahrah terpaksa mengambil gas (nabulizer) kerana diserang asma. Kasihan. Bila difikirkan kembali, semua ini berlaku kerana kecuaian saya sendiri kerana membiarkan anak saya minum ais. Selepas ini, saya perlu lebih memantau keadaan anak saya dengan lebih teliti.

Penyakit asma penyakit keturunan
Saya juga menghidap asma sejak berusia 16 tahun. Adik saya juga penghidap asma sejak dari kecil lagi.Mungkin atas faktor itu juga, anak saya menghidap asma. Jadi, adalah kebenarannya yang penyakit asma ini adalah penyakit keturunan.

Atas kesedaran itu, saya mula mencari dan membaca bahan bahan yang berkaitan dengan pengurusan asma.  Seriously, walaupun saya ni dah lama menghidap asma, saya sendiri tidak pandai menguruskan asma saya. TAK apalah kalau kena asma pun, saya akan ambil inhaler saya.
ini lah rupa inhaler.Tidak cantik tetapi sangat penting untuk penghidap asmara!

Saya jumpa website yang agak bagus untuk bahan pembacaan penyakit asma.Mari sini kita tengok..


(2) Global Initiative for asthma


(3) http://www.asthma.com/


Nanti saya akan share dengan kawan kawan lagi tentang penyakit ini. TILL THEN, jumpa lagi. Saya nak terus membaca ...:)


last note!

Monday, December 17, 2012

Semoga cepat sembuh anakku...

Hiba hati...tapi umi.tahu kamu kuat..

Friday, December 14, 2012

ara bersuara "eh, lupa laa makan nasi"

Semalam lepas magrib, saya tanyakan kepada anak kembar saya, nak nasi tak.

mereka jawab tak nak.

Pukul 9 malam tanya lagi, sebab saya sangat sure mereka memang lapar. tadi tengah hari mereka makan awal. Terus mereka jawab tak nak juga.

Saya pun simpankan sahaja la lauk di peti ais. Betul agaknya mereka sudah kenyang sebab petang tadi sudah makan muffin dan roti.

Tiba-tiba pukul 11 malam ara bersuara "eh, lupa laa makan nasi"

What??lupa..aduhaiiii..

sabar aja la..layan...hehe hehe

mengimbau kenangan wajah ira semasa umurnya setahun

kalau senyum gini, orang kedah kata senyum kerising..:p
last note!

Wednesday, December 12, 2012

Diari Mat Despatch, namanya Randy (Bukan nama sebenar)


Saya baru selesai membaca PELIT (Personal Literature) daripada Bahruddin Bekri bertajuk Diari Mat Despatch. Kalau anda tidak tahu bukunya yang mana satu, cuba anda tengok gambar di bawah.
Buku yang warna coklat.(oh tak nampak sangat la)
last note!
Semasa membaca buku ini, saya ada tergelak dua kali dan tersenyum beberapa kali.Jangan salah faham, ia bukan buku lawak. Tetapi, kamu kena baca sendiri. Ada juga saya termenguap satu kali, mungkin sebab saya agak keletihan. 

Jelas tak? Tapi ditutup pulak :p


Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai mat despatch bernama Randy (bukan nama sebenar). Walaupun dia mempunyai ijazah, tetapi lebih rela menjadi mat despatch. Mengapa?Kamu kena baca sendiri bukunya lah. He he he 

Membaca buku ini adalah seperti membaca diari/blog peribadi seseorang kerana buku ini adalah diari Randy. Namun, bahasanya amat bagus kerana tujuan randy ini menulis diari adalah untuk mengingkatkan penguasaan bahasa melayu tingginya. Mengapa Randy ingin mengingkatkan penguasaan Bahasa Melayu Tingginya? Kamu kena baca sendiri jugak.He he he. 
aaaa yang dekat tangga tuh
Oh ya, on the way kamu membaca kamu akan terjumpa beberapa watak-watak penting dan tidak penting dalam hidup Randy seperi Melissa, Sang Optimis, Ah Seng,Wan Syarmilla dan ramai lagi .

Yang pasti, cerita ini ada sambungannya. 

Buku ini nampak seperti untuk kanak-kanak, tetapi saya rasa pengisiannya   agak berat. Jadi bolehla diklasifikikasikan untuk remaja /orang dewasa.Harganya murah RM9.90 sahaja tetapi saya bayar rm 8.80 sahaja sebab dapat diskaun.He he he

Sekian, terima kasih..

"Selepas baca buku ini, baru aku tahu perbezaan kerana dan sebab? Nampak sama tapi lain!"

 

Sunday, December 9, 2012

Kurus!Big Issue untuk orang perempuan!

Losing weight is a BIG issue for women!Pada pendapat nunu, orang perempuan ni ada dua BIG issue mereka.

1 ) losing weight
2 ) pimple 
Ye ke dua aje, rasa macam banyak lagi aje kan.
Adakah kamu nampak apa yang nunu tulis???

Hari ini nak cerita tentang Losing Weight. Bagi orang yang suka makan seperti nunu Losing weight memang susah.Tambahan pula faktor genetik yang juga menjadi penyumbang besar kepada permasalahan isu Losing Weight ini. Amboi, di salahkan genetik pulak!!

Semalam, nunu baru lepas tengok cerita katun Barbar The Adventures. Ait , apa kena mengena pulak kartun ni dengan losing weight ni!He he. Sebenarnya, ada sesuatu yang nunu belajar daripada kartun Barbar ni. 

"Jangan kelam kabut. Cuba tarik nafas dalam dalam. Releks"

Maksudnya, nak lose weight ni tak boleh la kelam kabut. Tak boleh nak cepat cepat. Contohnya hari ni diet, jangan la harap esok nak turun 10 kg. Losing weight is not about miracle! Jangan ko harap begitu ok!

Baiklah, sekarang mari kita tukar perkataan Losing Weight dengan KURUS. 
Bagi mereka yang masuk dalam kategori yang "comel ", perkataan KURUS itu sangat ALERGIK.

Bila orang lain dah start concern tentang weight ko, takkanlah kamu mahu duduk diam sahaja. Takkan kamu tak nak concern tentang diri kamu sendiri..
Itula kata hati nunu sejak dua tiga bulan yang lalu.

Jadi, nunu start on my diet.Sometimes i failed, sometimes success. Now, nunu dah tak nak failed lagi. I have to move on. 

Actually, posting tentang kurus kurus ni agak malu. Tapi, rasanya i need to share dengan kawan kawan. I need support. Maybe my blogger friends boleh bagi motivasi kepada saya. Last,let my blog keep my own story on losing weight.


Friday, December 7, 2012

Yang kita cium ini ahli syurga...

Hari ini, seorang sahabat baik saya kehilangan seseorang di dalam keluarganya. Usianya baru sahaja dua bulan. Allah pinjamkannnya selama dua bulan. 

Pagi tadi, saya berkesempatan melihat jenazah anak adik kawan baik saya  di bangi. Itulah pertama kali saya melihat jenazah yang baru dua bulan. Sempat saya menguncup dahi nya. Oh, tenang sungguh..Sayu rasa di hati. Tiba tiba terdengar satu suara seorang nenek " Yang kita cium ini ahli syurga"

Untung ibunya kerana punya anak yang akan menunggunya di syurga. Berlinangan air mata melihat betapa pilu hati ibunya. Saya percaya, Allah ada agendanya tersendiri. Sebagai manusia kita redha dengan ketetapan Illahi kerana dia lebih MAHA MENGETAHUi. 

Teringat pada si kembar semasa kecil dahulu
Saya terkenang anak anak di rumah. Berasa sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk bersama anak anak. Rasa kesal kerana kadang kala memarahi anak anak. Rasa terkilan tidak daapat melayan anak anak. 

Lalu saya terfikir, anak-anak saya adalah ahli syurga..Bagaimankah layanan saya terhadap ahli syurga ini?


teringat juga pada adik kembar, balqis semasa baby
Saya doakan keluarga sahabat saya tenang dan kuat menghadapinya. Saya tidak sama sekali dapat meletakkan diri saya kerana saya tidak mengalaminya. Sebagaimana saya cuba memahaminya, beratnya tidak dapat untuk dipikul sama. Hanya doa saya inringi untuk sahabat saya , Nadratun Naim sekeluarga...
last note!

Keputusan maharaja lawak mega minggu keempat

Seperti yang kita ketahui,minggu keempat maharaja lawak.mega memang ada penyingkiran.Siapakah yang tersingkir..  Kumpulan PI mai,BAlas dan Da di du..           Amboiiii sekali tiga daaaa. SAya setuju balas keluar kerana kurang suka lawaknya sering yang lucah lucah.MAnakala kumpulan da di.du dan pi mai pula ok ok sahaja.MUngkin faktor usia agaknye..

Thursday, December 6, 2012

Tanda halal yang betul.betul halal

Sebagai seorang yang beragama islam,adalah wajar untuk kita memberi perhatian terhadap brnda yang kita makan atau minum atau pakai.semuanya mestilah halal.oleh itu,pastikan tanda halal itu yang betul betul ye.

Sunday, December 2, 2012

Mirfabulous Services..It is not just about cake.Specially dedicated to Mirfat and Syaja

I think this post is not just about cakes.But it is more than that. It is about friendship!





Mirfat made this on Diyana's (five of us) wedding

All of the pictures above is solely own by Mirfabulous Services and can only be used with strict permission from the Mirfabulous Services
Me and Mirfat  known each other since we were in form 3.Ops.It is not just both of us.It's about five of us.:)

When Mirfat started published her services which called Mirfabulous Service through facebook, i got too excited. I know that she has put a lot of effort towards her business.

Now, she not just even make the cake but it is more than that.

Popia jepun,,seriously, memang sedap.Even ira and ara loves it!


event service

so cute
All of the pictures above is solely own by Mirfabulous Services and can only be used with strict permission from the Mirfabulous Services

Last but not least, to mirfat do you remember this picture?Thanks for the lovely pinky cupcake.You made it on my engagement day. You just not even bake the cupcake, plus you decorate my hantaran. It is totally perfect to me as you know how i love pink.:)


To my readers and friends, visit and taste the cake,popia jepun, cupcake,choc,cookies and others at Mirfabulous Service, (Dont't forget to like yaa)


Yesterday, mirfat told me that syaja (one of the five of us) joined her in this business. Wow, the collaboration between you guys will make something different and creative. (altho sometimes korang mesti ada argue argue jugak he he he )...And yes again..it is still about friendship kan..

last note!To both of you, mirfat and syaja i wish you all the best, may the force be with you (ingat tak lagi quotes ni, masa time kita sekolah dulu) 

*kalau aku nak join jadi sleeping partner je boleh? ha ha ha"
 

Dari pena guru

PENA GURU

Pena guru,
Tidak pernah berhenti menulis,
Merah,Biru,Hitam,
Mahupun Putih

Dari pena guru,
Mata mereka celik,
Telinga mereka dengar,
Mulut berkata tahu,
Hati bernada mahu,
Belajar tentang ilmu

Dari pena guru,
Melangkah keluar seorang pemimpin,
Maju menapak seorang wira,
Gagah bergaya seorang ternama,
Siapa saja mereka,
Ada sesuatu,
dari pena seorang guru..

Selamat maju jaya,anak-anak didikku

Sajak ini ditulis oleh saya, nunu
pada 2/12/2012,1.23 am, Bangi
last note!

Saturday, December 1, 2012

Final Master Chef 2.Siapa juara???

Anda peminat MasterChef2?

,Saya peminat MasterChef 2?

Jangan lupa saksikan #MasterChefMY2 Citarasa Juara, 10.30 malam ini, secara langsung di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134). --->kena tengok bola dulu :)


Siapa pilihan juara anda?
 Etiqa?Ah Hong?Izyan?Along?

Pilihan saya? Izyan dan along  

<gambar dari facebook master chef>
last note!

Thursday, November 29, 2012

2012 tahunku yang cantik


Sebenarnya, saya malu nak “join” contest ni.Saya hanyalah blogger kerdil saje.Apalagi bila nak cerita tentang  SEO ini. Kiranya saya ini masih bertateh lagi. Tapi kata orang, belum cuba belum tahu.Tidak belajar mana nak tahu. Tidak bertanya mana nak cukup ilmu.

Terima kasih kepada penganjur contest ini iaitu http://www.spudinpunya.com yang kacak :p Beliau adalah penganjur untuk contest ini.

 Ok, mari kita mulakan. 2012 TAHUNKU YANG CANTIK...kerana (sila refer gambar di bawah ini)

Kita mula dengan huruf "C":Cikgu dan celebriti

Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab tahun ini adalah tahun kelima saya bergelar cikgu.

 Pada tahun ini juga saya sudah meletakkan satu sasaran dalam karier saya. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Hujung tahun ini juga saya dapat berita gembira yang saya akan mengajar Fizik. Alhamdulillah, setelah lima tahun menunggu akhirnya dapat juga mengajar matapelajaran pengkhususan saya.


Dengan nora danish, jumpa di ikea
Berjumpa Prof.Dr Muhaya di Pesta Buku Selangor
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya dapat ambil gambar dengan celebriti. Ia bukanla benda yang sangat besar pun. Tapi, sepanjang hidup saya tidak pernah menegur celebriti untuk ambil gambar. Entah kenapa saya jadi berani untuk menegur “nora Danish” dan ambil gambar dengannya. Suami saya senyum aje..Berjumpa dengan Prof.Dr Muhaya adalah pengalaman paling cantik. Klik sini untuk ceritanya.


 Kita teruskan dengan huruf "A":Anak

Tiga orang "princess"
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab Anak-anak saya. Allah itu sungguh baik terhadap saya kerana memberikan tiga orang anak perempuan.Saya merupakan satu satunya anak perempuan dalam keluarga. 

Saya selalu rasa tak best sebab tak dapat kongsi barang, baju, rahsia dengan adik beradik perempuan.Baru saya perasan yang ALLAH itu maha adil. Saya tiada adik beradik perempuan, tapi diberinya saya TIGA ANAK PEREMPUAN.Alhamdulillah.amin.


 Kita teruskan dengan huruf "N": Nunu

Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya nak mula kembali berblogging. Saya dah lama kenal blog.Dengan memulakan blog saya nuuolcinderella.blogspot.com pada 2006, kini saya menukar kepada superdotnunu. 
Logo blog lama. Blog baru saya tiada logo .:)

Nunu itu panggilan “comel” seorang sahabat dari Sarawak ketika sama sama belajar diploma pendidikan dulu.katanya nama itu sangat sesuai untuk saya yang  badan besar comel..hi hi hi.Kalau boleh saya nak orang kenal BLOGGER NUNU.(Tunduk malu)

However, I know it takes time and need a lot of hard work. Sekarang saya mula memikirkan pengkhususan blog saya. Insyallah, blog saya iaitu superdotnunu.blogspot.com ni akan lebih kepada dunia parenting, teaching, ada resepi sikit sikit, tentang “creating toys from recycle” ( ehh, macam dah tak khusus pulak ..hi hi hi)  

Seterusnya, huruf T pula : Tiga

Tahun 2012  adalah tahun saya yang cantik sebab saya genap TIGA puluh tahun. Orang kata, men’s life start at 40 but women start at 30 (memandai aje kan)..Tahun ini saya sudah tiga puluh dan sudah ada tiga orang anak..:) Best nye:)
tiga kaki :)

Kita teruskan dengan huruf "I": Instigram


Gambar nampak awesome, rasa kek biasa saja
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya pandai edit gambar guna INSTAGRAM.HA HA HA.Bagi orang yang tiada kamera dslr, INSTAGRAM ni boleh buat gambar sangat cantik seakan akan gambar yang diambil pada dslr kamera.

Bulan empat 2012, ,saya dapat membeli smartphone, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk edit gambar di instagram supaya gambar saya cantik

Percayalah...tidak sedap sangat..he he he

 Kita akhiri dengan huruf "K": Kurus

 -----------------------------------------> 65 kg

                                    
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya dah nak kurus.Selepas melahirkan anak ketiga, saya “gain weight” seteruknya.Harap sangat saya dapat kuruskan badan tahun ini . Cumanya saya baru start bulan 11 ni.:P Semoga saya dapat beristiqamah..:)

Selamat tinggal 2012 yang cantik, semoga 2013 lebih cantik lagi :)
Alhamdulillah..Selesai. Entri ini mengambil masa selama 4 hari untuk siap. Ha ha.When you have three kids around you, then you know why .:)

Akhir sekali, nak bagi tahu penaja-penaja contest yang awesome dan bermurah hati iaitu....










last note:TERIMA KASIH kerana sudi membaca kisah tahunku 2012 yang cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015