Thursday, December 20, 2012

Sumbangan Untuk Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam.Mari kita gembirakan hati mereka

Pada suiatu hari, saya dan suami sedang bersembang-sembang.

"Kat sekolah ayang mesti ramai anak yatim kan. Boleh la sedekah."
Saya pun jawab "Memangla .Tapi anak yatim kat kelas ayang tu pun mewah juga tau. Pakai iphone lagi

Suami menghela nafas."Sayang, kegembiraan memiliki iphone tidak sama dengan kegembiraan memilik ibu atau ayah.Sebab itu Allah suka orang yang menggembirakan anak yatim"
Sampai kini, ingatan itu kekal dalam diri ...

Apa yang saya nak sampaikan ini adalah sedikit ilham yang Allah berikan untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Pertemuan saya dengan blog nadia juga adalah kebetulan dan saya kira Allah telah memberi perancangan yang baik untuk saya membantu nadia dalam usahanya terhadap Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam.



Mungkin ada orang berpendapat, mengapa harus dicanang canang segala kebaikan yangi mahu dibuat. Diam diam bersedekah sudahlah. Janganla begitu kawan. Fikirla positif. Anggapla sahabat kita nadia sedang mengajak kita untuk berbuat kebaikan. Bukankah itu perkara yang baik? Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada usaha dan sedekah kita ini.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar rumah anak yatim tersebut. Semoga usaha dan perkongsian rezeki kita akan memberikan mereka sedikit lagi keselesaan lalu menggembirakan hati mereka ini.




Kawan-kawan semua, jika ada rezeki yang lebih sudikan diri anda untuk menderma kepada Rumah Amal Kasih Bestari.Semoga ALLAH merahmati usaha kita dalam membantu menggembirakan hati insan insan yang terpilih ini.



Untuk blogger nadia dan rakan rakan yang akan bersama pada 24.2 nanti, semoga ALLAH merahmati dan memudahkan urusan kita. Amin.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di blog nadia. Sila klik sini.

Kredit gambar gambar di atas adalah daripada blog nadia.

6 comments:

  1. Salam dalink…terima kasih datang blog kiterrrr..:) kiter da follow dah huhu….
    Alhamdulilllah …semoga Allah merahmati usaha anda..ameen..:)

    ReplyDelete
  2. semoga ramai yg membantu lepas ni......
    tima kasih singgah blog saya..
    saya dh follow awk

    ReplyDelete
  3. Membantu anak yatim sangat besar pahalanya.. Insyaallah akan dapat keberkatannya.

    ReplyDelete
  4. kak nunu T__T
    speechlesssss lagi. hanya Allah mampu balas semuaaaa kebaikan kak nunu sekeluarga :')

    ReplyDelete

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015