Saturday, July 7, 2012

umisibuk, abah sibuk..bagaimana hari minggu anak anak

Sabtu ni, umi ada seminar.Ahad ini abah ada meeting. Kalau difikirkan, kesian anak anak aku..Tuntutan kerja tidak boleh diabaikan. Itu amanah. Anak anak juga tiak boleh dibiarkan. Itu juga amanah. Aku dan suami cuba berfikiran positif. Cuba membayangkan kesibukan ...kalaulah aku dan suami ini bekerja sebagai seorang doktor.Aku hanya seorang gurru.Suami hanyalah seorang juruteknik. Namun, kami tetap ada hal di hari minggu...Oh..kesian anak..

aKU POSITIF..Suami pun positif. Sambil berdiskusi tentang hari minggu kami, teringat pada cerita ustas Hasrizal @ saifulislam.Beliau menceritakan bukan kuantiti masa bersama anak tetapi kualiti masa bersama anak. Maksudnya, ada orang boleh 24 jam duduk dengan anak anak, tetapi tak bercakap langsung dengna anak. Masing masing sibuk tengok i pad.Masing masing berkurung di dalam bilik. Anda boleh fahamkan. Itu maksunya kuantiti masa bersama anak banyak tetapi tiada kualiti masa..

Jadi apa itu kualiti masa yang terbaik bersama anak. Biar hanya 2 jam hatta sejam sahaja dengan anak, tetapi masa yang ada itu digunakan secara berkualiti. Buatlah apa sahaja aktiviti pada masa yang singkat itu. Lupakan tentnag kerja, lupakan melihat ipad, lupakan melihat facebook or what so ever!Itu yang aku dna suami cuba lakukan. Semoga anak-anak kami tidak terabai.
yang penting kualiti :)

Tuesday, July 3, 2012

Aku perkenalkan diri, korang baca la

 AKU BERNAMA NUNU...
Nama aku nunu.Umur aku nak masuk 30 tahun.Aku ada tiga orang anak perempuan dan masih belum mempunyai anak lelaki. Aku bertuah sebab anak sulung aku kembar. Aku panggil ira dan ara. Setahun anak kembar aku lahir, aku mengandung lagi. Berita aku mengandung lagi umpama berita sensasi di kalangan keluarga aku. Mereka tidak menyangka aku tidak mengambil apa apa pil ataupun suntikan untuk mengelak dari mengandung lagi. Sebenarnya, aku redha. Alhamdulillah, aku Berjaya melaluinya.

AKU DAN ANAK KEMBAR
 Aku mengandung dan pada masa yang sama masih mampu menjaga anak kembarku. Amin. Oh ya, lupa aku nak beri tahu korang. Anak kembar aku ni tidak seiras.Dalam bahasa inggeris non-identical twin. Tapi kalau korang nak saintifik lagi, kembar anak aku ini dipanggil Twin-to-twin transfusion syndrome.Apakah itu twin to twin transfusion syndrome. Nanti aku cerita lebih lanjut. Memandangkan aku ni cikgu sains, boleh la aku kongsikan dengan korang nanti,(Bukan sekarang ye.)

AKU DAN ANAK NO.3
 Anak ketiga aku, dipanggil qis. Nama betulnya Nur Balqis. Dia memang sukaduduk dalam perut aku. 40 minggu duduk alam perut aku, baru la dia nak keluar jenguk dunia. Anak aku ni sungguh bertuah sebab lahir aje dah dapat dua kakak. Untung untung, Baju kakak dia ambil, kasut kakak dia ambil, seluar kakak dia ambil….:)

AKU DAN DUNIA BLOGKU

Dunia blog dah lama aku kenal. Sejak aku di university dulu, aku mula berjinak jinak dengan blog.Menulis apa yang aku rasa, Nampak dan fikirkan. Kadangkala tulisan aku entah apa apa je. Blog lama aku masih ada. Sungguh tak sampai hatiaku nak delete. Banyak kenangan.Biarla ia di situ. Sebagai seorang yang sudah dewasa dan sudah pun menjadi ibu, aku harus melakukan anjakan paradigma. Jadi, penulisan blogku perlula lebih baik. Semoga penulisan ku menjadi manfaat untuk orang lain dan diriku sendiri…

Sunday, May 27, 2012

anak kembar tidak seirasku, yang istimewa...(bahagian1)

Selalunya, kalau kita dengar kembar kita membayangkan muka dan bentuk fizikal mereka mesti sama dan serupa. berlainan sekali dengan anak kembar saya..Ya, mereka pasangan kembar tetapi mereka tidak seiras..
Jarang berlaku kembar tidak seiras yang sama jantina. lazimnya, kembar tidak seiras ini berbeza jantina. Namun, ini semua kerja Allah kan..:)

Apabila usia kenadungan saya dua bulan, saya mengalami bleeding. pada waktu itulah, dr mengesahkan yang kandungan saya adalah kembar...gambar pertama itulah gambar mereka semasa usianya masih 2 bulan,masih segumpal darah.
Teringat saya pada proses penciptaan manusia, yang bermula daripada nutfah, alaqah dan mudghah..subhanallah, suatu hari nanti saya akan tunjukkan gambar ini kepada anak-anak saya..semoga mereka tahu kebesaran allah..

Gambar kedua dan ketiga adalah apabila usia mereka sudah pun 7 bulan..lucu juga bila saat-saat nak scan semasa pemeriksaan doktor. lama jugak la.:)
Sepanjang mengandung, saya mengalami alahan yang teruk pada 1st trimester. tambahan pula, saya duduk berjauhan dengan suami iaitu di sarawak. ketika kandungan 6 bulan, baru saya dapat pindah ke selangor. saymasih ingat lagi saat-saat mencemaskan apabila kapal terbang mendarat..oh, masa itu saya bertawakal agarkandungan saya tidak apa apa..

bersambung..............

last note!

Sunday, May 20, 2012

sabarlah abah

Pagi tadi saya terlihat seorang bapa .Kelihatan bapa itu sedang marah. Mukanya masam. Saya lihat bapa itu mencampak anak lelakinya ke dalam kereta.(Seolah mencampak bola)Saya terkejut  dan tergamam. Semasa melintasi kejadian itu, saya terlihat anak lelaki itu menangis.Saya kira usia anak lelaki itu lebih kurang 4 tahun.  Saya pandang wajah bapa itu.Bapa itu tercungap cungap menahan marah.Mukanya masih masam dan tangannya mencengkak pinggang. Saya sedih melihat anak lelaki itu sambil berdoa moga ALLAH melembutkan hati bapanya utk memujuknya.

Apa moralnya dari cerita ini?
Sabar.Ye memang betul. Sabar. Wahai ibu, umi,mama, mummy, abah, daddy, papa...kita semua kena sabar. Sabar dengan anak-anak. Bukan lah cerita ini untuk membuka pekung sesiapa. Saya menulis ini agar kita sama sama melayan karenah anak kita dengan sabar. Saya juga seperti orang lain. Ada MASAnya kita boleh menahan sabar dengan anak kita, lalu tangan ini ringan saja melayang. 

Pernah kah kita dengar anak-- anak yang selalu dipukul, diherdik akan terganggu emoosinya.Kita melayani mrereka seolah mereka tiada perasaan.Ye, betullah kata orang .We should treat anak-anak as a human. ...Anak itu ada perasaan. Kerana itu mereka menangis.Kerana itu mereka ketawa.Kerana itu mereka gembira. Kerana itu juga mereka marah..

We as a parent@ adults, sepatutnya bertindak mengikut fikiran bukan perasaan. Fikirkan emosi anak-anak itu nanti. Anak anak kita perlu dibelai,dinasihati..Memang penat, tapi ia berbaloi, Mungkin bukan sekarang kita akan nampak hasilnya, insyallah di kemudian hari nanti..


last note!sAYA

Monday, May 7, 2012

nukilan dari umi

anak-anak umi semakin membesar..
tugas umi semakin mencabar..
umi mesti selalu sabar..
moga sayang sentiasa mekar...

 hidup kita ada tujuan
mengejar cinta kepada tuhan
semoga umi dapat berikan
segala apa yang kalian mahukan


sungguh indah hidup ini
rasa gembira dalam hati
terima kasih ALLAH ya rabbi
moga cinta terus abadi.

nukilan hati,
nunu
8.5.2012
5.48 am
klang

last note!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015