Sabtu ni, umi ada seminar.Ahad ini abah ada meeting. Kalau difikirkan, kesian anak anak aku..Tuntutan kerja tidak boleh diabaikan. Itu amanah. Anak anak juga tiak boleh dibiarkan. Itu juga amanah. Aku dan suami cuba berfikiran positif. Cuba membayangkan kesibukan ...kalaulah aku dan suami ini bekerja sebagai seorang doktor.Aku hanya seorang gurru.Suami hanyalah seorang juruteknik. Namun, kami tetap ada hal di hari minggu...Oh..kesian anak..
aKU POSITIF..Suami pun positif. Sambil berdiskusi tentang hari minggu kami, teringat pada cerita ustas Hasrizal @ saifulislam.Beliau menceritakan bukan kuantiti masa bersama anak tetapi kualiti masa bersama anak. Maksudnya, ada orang boleh 24 jam duduk dengan anak anak, tetapi tak bercakap langsung dengna anak. Masing masing sibuk tengok i pad.Masing masing berkurung di dalam bilik. Anda boleh fahamkan. Itu maksunya kuantiti masa bersama anak banyak tetapi tiada kualiti masa..
Jadi apa itu kualiti masa yang terbaik bersama anak. Biar hanya 2 jam hatta sejam sahaja dengan anak, tetapi masa yang ada itu digunakan secara berkualiti. Buatlah apa sahaja aktiviti pada masa yang singkat itu. Lupakan tentnag kerja, lupakan melihat ipad, lupakan melihat facebook or what so ever!Itu yang aku dna suami cuba lakukan. Semoga anak-anak kami tidak terabai.
yang penting kualiti :)
setuju la..yg penting kualiti..bukan kuantiti kan.. :)
ReplyDeleteBETUL TU IKa..bagi ibu bapa yang bekerja , itulah yang penting..kualiti masa bersama anak
ReplyDelete