Saturday, September 8, 2012

sabar atas musibah..eh ini bukan musibah laaa

penat..itulah gambarannya bagi aku yang sudah punya tiga orang anak yang masih kecil.bukan aku mahu mengeluh..apa lagi mengkufuri nikmat yang allah berikan.sekadar ingin berkongsi rasa dengan teman teman.sejak dua minggu ini,ketiga orang anakku tidak sihat.cirit birit,demam panas.sakit gigi.oh,inilah cabarannya.di tempat kerja juga aku hilang fokus.serabut rasa fikiran....aku merenung wajah anak...satu persatu.ini bukan musibah..tetapi aku menganggap ia sebagai hikmah dan teguran yang allah berikan untukku.aku merenung kembali..berapakalikah aku mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anakku.doaku selepas solat sungguh.ringkas.lupa untuk meminta pada allah.lupa yang diri ini lemah..aku beristigfar....

2 comments:

  1. anak sakit memang boleh buat ibu sedih. tambah pulak kalau yg kecik tak reti nak bgtau mana yg sakit. sabar yer ibu...

    ReplyDelete
  2. azian::ye betul tu..mudah mudahan kita menjadi ibu yang sabar kan:)

    ReplyDelete

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015