Showing posts with label Dunia Buku. Show all posts
Showing posts with label Dunia Buku. Show all posts

Sunday, October 17, 2021

HOMESCHOOL : KOLEKSI BUKU BUKU SEMASA ANAK KECIL

Dalam draft (5.12.2014) 

Ini adalah antara koleksi buku yang saya belikan untuk anak anak masa mereka kecil . Kebanyakkan buku Bahasa Inggeris saya belikan semasa di pameran Big Bad Wolf. 
last note
Pemilhan buku yang baik untuk kanak kanak adalah terletak kepada ILLUSTRASINYA. 
Pastikan masa anda bercerita itu, hubung kaitkan dengan gambar. Daripada gambar, boleh minta anak ekspresikan apa pendapat mereka. 


Ini adalah cloth book 

Semasa membaca bersama anak anak, kita digalakkan untuk mengajak mereka berfikir. Sebagai contoh dalam cloth book di atas. Antara soalan- soalan boleh ditanya

1. Macam mana rama-rama terbang?
2. Kenapa ada payung?
3. Payung ni warna apa?
4. Kenapa ada tiga payung?
5. Hujan turun macam mana. Minta anak buat gaya. 
6. Rama-rama basah ni sebab hujan. Rama rama nak pilih payung mana.

Sebenarnya, saya pernah mengikuti satu kursus bersama dengan Dr Suraya di Kanak Kanak House satu masa dahulu. Selalu, beliau berpesan untuk menggunakan teknik penyoalan bila membaca bersama anak. Jawapan anak tidak ada salah atau betul. Ia lebih kepada kita memberikan ruang kepada anak anak untuk meluahkan perasaan dan fikiran mereka. 



Wednesday, December 12, 2012

Diari Mat Despatch, namanya Randy (Bukan nama sebenar)


Saya baru selesai membaca PELIT (Personal Literature) daripada Bahruddin Bekri bertajuk Diari Mat Despatch. Kalau anda tidak tahu bukunya yang mana satu, cuba anda tengok gambar di bawah.
Buku yang warna coklat.(oh tak nampak sangat la)
last note!
Semasa membaca buku ini, saya ada tergelak dua kali dan tersenyum beberapa kali.Jangan salah faham, ia bukan buku lawak. Tetapi, kamu kena baca sendiri. Ada juga saya termenguap satu kali, mungkin sebab saya agak keletihan. 

Jelas tak? Tapi ditutup pulak :p


Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai mat despatch bernama Randy (bukan nama sebenar). Walaupun dia mempunyai ijazah, tetapi lebih rela menjadi mat despatch. Mengapa?Kamu kena baca sendiri bukunya lah. He he he 

Membaca buku ini adalah seperti membaca diari/blog peribadi seseorang kerana buku ini adalah diari Randy. Namun, bahasanya amat bagus kerana tujuan randy ini menulis diari adalah untuk mengingkatkan penguasaan bahasa melayu tingginya. Mengapa Randy ingin mengingkatkan penguasaan Bahasa Melayu Tingginya? Kamu kena baca sendiri jugak.He he he. 
aaaa yang dekat tangga tuh
Oh ya, on the way kamu membaca kamu akan terjumpa beberapa watak-watak penting dan tidak penting dalam hidup Randy seperi Melissa, Sang Optimis, Ah Seng,Wan Syarmilla dan ramai lagi .

Yang pasti, cerita ini ada sambungannya. 

Buku ini nampak seperti untuk kanak-kanak, tetapi saya rasa pengisiannya   agak berat. Jadi bolehla diklasifikikasikan untuk remaja /orang dewasa.Harganya murah RM9.90 sahaja tetapi saya bayar rm 8.80 sahaja sebab dapat diskaun.He he he

Sekian, terima kasih..

"Selepas baca buku ini, baru aku tahu perbezaan kerana dan sebab? Nampak sama tapi lain!"

 

Thursday, October 18, 2012

Biarlah rumah kita berbau buku

NOTA ATAS :Saya suka pada buku sehinggakan saya kerapkali membeli buku tapi jarang pula menghabiskan membaca buku..Kini, saya menyimmpan azam untuk mengumpul buku buku yang saya beli untuk dihabiskan sempena cuti sekolah ini..Besar sungguh cita cita saya ini, semoga tercapai..:)

ANAK-ANAK, MARI KITA BACA BUKU nak..

Saya sebagai seorang ibu sangat risau dengan gadget2 yang sedia ada ini. Namun, saya tidak boleh menidakkan kepentingan dan kewujudan gadget-gadget canggih ini. Anak-anak diberi juga peluang memegang smartphone.Oh, bijak sungguh budak budak sekarang. Jari jemari sudah pandai menekan-nekan. Uminya tidak pernah bermain angry bird di handphone tetapi anaknya pula yang tahu main,..

Sebagai seorang ibu, sedaya upaya saya cuba untuk mengawal penggunaanya.Ada masa anak boleh dijamu dengan gadget-gadget yang canggih ini. Ada masanya, biarlah anak anak kembali kepada "gadget" yang klasik iaitu BUKU....

ANAK-ANAK, BUKU ITU BEST TAU...

Pada pandangan saya, secanggih mana pun gadget itu ia takkan dapat menandingi keistimewaan buku. Menurut  Barb Kissick, seorang children's librarian di Confederation Centre Public Library in Charlottetown mengatakan " Reading takes our children into places where their imaginations can soar, where they can problem-solve, empathize and gain insight into other times, places and cultures"

Pada mulanya, saya agak gusar sekiranya anak-anak saya sudah hilang "mood" dengan buku apabila dihidangkan dengan gadget2 yang canggih ini. Oh, sebenarnya tidak kerana  mereka sudah dilatih dari awal untuk mencintai buku dan membaca buku.

anak saya, balqis (1tahun) meminta umi memberitahu apa itu?

Setiap bulan saya peruntukkan sedikit perbelanjaan buku untuk anak-anak.Ini di popular.Tetapi, saya kira jika ingin mencari buku kanak-kanak yang best, mph is better.

pilih buku
BILA DIRENUNG KEMBALI
Semua daripada kita akan tau betapa manfaatnya membaca buku (dengan syarat buku itu baik isinya)..Bila kita renung kembali, benarlah seperti yang tertulis dalam kitab suci al-quran,

A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 

dan ditekankan lagi 

A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 



small library...
Ayuh,kita galakkan anak anak kita membaca dan mencintai buku kerana dalam buku ada ilmu..:)dan bIARLAH RUMAh kita berbau buku...

last note!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015