Pada 15/10/2021, saya dan keluarga telah pergi berjalan-jalan ke Kampung Bharu Kuala Lumpur. Sebenarnya, ada tujuan saya ke sana. Saya nak tengok rumah tempat saya membesar dahulu di Kampung Baru. Pada tahun 1980 an, ibu dan ayah saya telah menyewa sebuah rumah di Jalan Raja Uda di Kampung Bharu Kuala Lumpur. Kiranya, ini seperti mengembalikan nostalgia lama saya.
Kami bermalam di Hotel Tamu. Kebiasaanya, jika ke satu tempat saya dan suami akan mencari makanan yang sedap untuk dinikmati.
Jika dahulu, Kampung Bharu terkenal dengan nasi lemak antarabangsa. Kini, ramai juga yang membuat "review" kesedapan nasi lemak Wanjo.
Kami sampai di Hotel Tamu jam 4.00 petang. Selepas menunaikan solat Asar, kami berjalan ke Restoran Nasi Lemak Wanjo. Restoran itu terletak tidak jauh daripada Hotel Tamu. Di Kuala Lumpur ini, susah juga untuk mencari tempat letak kereta. Elokla, jika kita berjalan sahaja. Dapat juga sihatkan badan.
Berjalan dari hotel ke restoran
Saya memilih untuk makan nasi lemak ayam. Ada juga ambil begedil kentang sebagai tambahan. Kami tak pula memilih sotong,kerang ataupun lauk-lauk lain. Kebetulan, semuanya tengah teringin makan ayam agaknya. Jumlah semua yang kami makan kira-kira RM45++
Menu pilihan kami. Tengok ayamnya tu besar sungguh .Anda boleh pilih nak telur rebus atau telur goreng.
Saya sangat suka menikmati nasinya. Sangat sedap. Berderai elok. Rasa lemaknya cukup . Pendek kata, kalau makan nasi sahaja tanpa sambal pun sedap.Masyaallah, ketika saya menulis ni pun saya masih teringat lagi rasanya.
Restoran yang bersih. Ada kemudahan surau,tandas dan air coway. Ruang yang sangat besar .
Jika anda makan di sini, anda jangan lupa juga untuk mencuba airnya. Air buah-buahannya memang sangat sedap. Anak-anak saya order jus buah naga dan jus mangga. Memang sedap. Untuk dua minuman ini, harganya hanya RM 13.
Order air jus buah tu disini. Depan restoran tu aje. Harga air ikut jenis buah.
Harganya dalam Rm6-RM8
Yeayy, Perut kenyang .Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment
thanks you for the comment :)