Sunday, June 1, 2014

Kanak Kanak House, Reko Central

Sudah lama saya impikan untuk menghantar anak-anak saya ke playschool. Tujuannya adalah untuk melihat bagaimana reaction anak anak bila dengan orang luar dan kawan- kawan baru. Memandangkan saya bukanlah sepenuhnya "homeschool" kan anak anak saya(memandangkan saya bekerja), jadi saya ingin cuba hantar anak anak ke playschool. 

Puas mencari akhirnya saya telah jumpa satu playschool yang terletak dekat dengan rumah ibu bapa saya di Bangi. Namnya kanak kanak house.

Pencetusnya ialah Pn. Surayah Zaidon seorang pensyarah dalam Bidang pendidikan awal kanak - kanak. Bersama dengan beliau, terdapat beberapa orang guru yang komited seperti cikgu ibtihaj

Saya suka melihat bagaimana cikgu ibtihaj melayan anak anak kecil ini. Cuba untuk mempraktikkan di rumah bila bersama dengan anak dari segi gaya bahasa yang mudah. Memandangkan saya ni cikgu menengah, selalunya bahasa saya guna untuk anak anak agak meleret dan kurang sesuai.

Alhamdulillah, anak anak saya sudah menjalani tiga aktiviti bersama kanak kanak house. Anak anak berasa sangat gembira. Tahniah team Kanak kanak house.

Saya salute dengan team kanak kanak house sebab jarang kita jumpa playschool begini yang dipelopori oleh bumiputera/ bangsa melayu. Tahniah untuk team Kanak Kanak House and teruskan usaha murni ini untuk anak anak kecil ini. :)

Saya selitkan di sini beberapa keping gambar anak anak saya semasa menjalani aktiviti di Kanak Kanak House.

balqis cuba decorate cupcake sendiri guna piping bag. Aktiviti ini bersama dengan chef anis. 


Demontrasi menghias cupcake 
aktiviti origami ikan

ara pula yang guna piping bag



First activity : Junior scientist dengan tajuk Volcano.
Sumber facebook kanak kanak house.

Anak saya, zahrah berimaginasi kawasan volcano..Sungguh sungguh pejam mata.
Sumber : Facebook kanak kanak house

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Kanak kanak house di sini :

Kanak kanak house 
  • No. 17A-1 Jalan Reko Sentral 1 Reko Sentral Kajang Selangor
  • 43000 Kajang, Malaysia

atau boleh like facebook kanak kanak house di sini 

https://www.facebook.com/kanakkanak.house/about




##Aktiviti di kanak kanak house bukan untuk anak anak sahaja. Ada juga kursus untuk ibu bapa :) 

No comments:

Post a Comment

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015