Sunday, January 27, 2013

surat love untuk anak kembar ku yang sudah tiga tahun

Sekiranya mengikut kalendar islam, anak kembar aku sudah pun menjangkau tiga tahun. Cepat betul masa berlalu. ...
dua bulan...

Buat anak anakku, zahirah dan zahrah...
Umi merasakan umi ini insan yang bertuah kerana dipilih ALLAH untuk mengandungkan kamu, sepasang kembar tidak seiras yang sama jantina. Banyak cabaran umi lalui sepanjang mengandungkan kamu. Pertamanya, umi berada jauh dari abah, mak tok, wan kerana umi terpaksa bekerja di sarawak. Namun, umi cukup bertuah kerana umi punya 4 orang sahabat baik di sana. Kelak, kamu jangan lupa aunty eny, cik yani, aunty rin dan aunty lina. Ketika umi bleeding semasa usia kamu dua bulan, mereka la yang menjaga umi....

ketika kamu berdua mula meniarap.
Anak-anak umi yang sholehah,
 Maafkan umi kerana hanya mampu menyusukan kalian sehingga 8 bulan sahaja. Ketika itu, umur mengandungkan adik kamu, Balqis. Pada masa yang sama, umi depressed dna menyebabkan susu juga merudum. If you only knows, the time i decided to let go breastfeed both of you., it is so touching. Umi masih ingat lagi moment itu. After pray magrib dengan abah, then umi told abah that i have to let go. Maafkan umi anak anakku. Umi halalkan susu umi untuk mu sayang...

Anak-anak umi yang sholehah,
Setiap masa bersama kalian adalah momen terindah. Kalau boleh semuanya nak umi rakamkan. Saat mula mula kamu duduk, saat umi paakaikan tudung kepada kamu, saat kamu mula mula berjalan, saat mula mula kamu memegang pen.......itu semua momen indah...

menemani antara satu sama lain
Maafkan umi kerana perhatian untuk kamu berdua teralih di saat kelahiran adikmu, Nur Balqis. Pertama kali umi terpaksa berpisah dengan kamu kerana umi berpantang di rumah mak tok. Kamu berdua pula di jaga nenek (Ibu suami saya).Runtun air mata umi ketika itu...Umi percaya itu hanya sementara. Umi cukup bertuah kerana nenek menjaga kamu. Sehingga kini, ketika umi pergi bekerja, nenekla yang menjaga. Tidak terucap betapa umi bersyukur kerana nenek sudi menjaga kamu. Ketika kawan kawan umi gelisah menghantar anak mereka ke nursery, umi berlapang dada kerana tahu kamu bersama nenek. Alhamdulillah, nenek banyak membantu umi. Kamu berdua jangan lupa pada nenek dan atuk  ye sayang.

membaca dari kecil...ingat pesan umi.jangan tinggal buku, jangan tinggal al-quran
Zahirah dan zahra yang umi sayang,
Semasa dalam pantang, mak tok la yang menjaga kita.43 hari kita di rumah mak tok. Mak tok berjaga siang malam menjaga kamu.Kasihan juga umi tengokkan mak tok. Pernah umi menangiis kat mak tok. Umi cakap "Maaf mama, sebab susahkan mama".Tapi mak tok jawab "Jangan cakap gitu, mama suka jaga cucu cucu mama".Setiap pagi, wan akan sediakan sarapan untuk umi dan pastikan umi makan ubat. Wan juga yang jaga umi pada waktu tengahhari bila mak tok ke sekolah untuk bekerja.Jangan kamu lupa mereka ya sayang


ingat anak anak umi, susah senang mesti bersama

Akhir sekali anak anakku, jangan lupa pada abah yang bersengkang mata menjaga kamu semasa keciL.Abah yang membuat susu, membasuh berak kamu dan sangat bersabar dengan karenah kamu.Apatah lagi abah jarang sekali memarahi kamu. Setiap kali balik dari kerja, abah mesti mencium kamu berdua. Abah sangat menyayangi kamu

berkongsi la kehidupan ini bersama-sama..

Anak-anakku sayang, 
Doa umi selalu padamu. Semoga kamu menjadi anak yang sholehah.Umi selalu mendoakan agar kamu memelihara auratmu, menjaga maruahmu,menjaga solatmu,melembutkan hati mu agar mudah kamu menerima  segala nasihat...

kerjasama ..macam wonderpet.yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Terima kasih Allah atas anugerah ini. Selagi hayat dikandung badan, amanah ini akan kupikul.Selagi nyawa masih di badan, doa ini takkan pernah berhenti..Selagi kudrat masih kuat, tanggungjawab ini akan ku galas...


pelukla..katakan kamu saling sayang menyayang...

last note:sebak menulis post ini...

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya Muhammad Fitri dari liquidthread, kami sedang menjalankan campaign Letterforthefuture. Campaign ini bertujuan untuk ibubapa menulis surat kepada anak-anak mereka untuk dibaca bila mereka besar nanti. Kami rasa artikel puan ini sesuai untuk campaign kami.

    Puan boleh click dekat link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang campaign ini http://lettersforthefuture.meltwaterrise.com atau puan boleh berikan contact details seperti email puan untuk saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai campaign ini.

    Kerajasama dari puan amat dihargai,
    Terima Kasih

    ReplyDelete

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015