Saturday, August 4, 2012

SELAamat ulang tahun anakku nur balqis


Kenangan berpantang semasa bulan puasa masih segar dalam ingatan. (walau hakiatnya, aku tidak berpuasa).Pada ketika orang menikmati juadah berbuka yang sedap sedap, aku pula berlaukkan lauk pantang. Ihi Ihi..Itu semua kenangan pada tahun lepas ketika aku bersalinkan anak ketigaku, nur balqis iaitu pada 4 ogos 2011. Alhamdulillah, anakku kini sudah pun berusia setahun. Cepatkan masa berlalu. ...Kadang kadang aku rasa macam anakku nur balqis ni macam kecik je memanjang. Lupa dia dah nak setahun. Mungkin sebab dia paling kecil jadi sebab itula aku asyik menganggap begitu..Lepas ni saiz pampers dan susu kena tukar la sebab dah setahun. Namun, aku masih lagi berjiwa kental menyusukan nur balqis ketika tidak keluar bekerja...

balqis with iddine..her cousin yang handsome              





Selamat ulang tahun ke satu anakku nur balqis binti hanizan. Semoga hidupmu sentiada dalam keimanan dan di bawah lindungan Allah s.w.t.Umi sentiasa mendoakan mu anakku, menjadi anak yang sholehah, menutup aurat, menjaga maruah dirimu.,menjaga solatmu, menjaga adabmu.... Semoga ALLAH kuatkan imanmu menjadi muslimah yang sejati, menjadi manfaat kepada masyarakat..Amin...
last note!

1 comment:

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015