Saturday, August 4, 2012

dan kenapa aku ditempatkan di sekolah itu?

Sudah lima tahun aku genggam gelaran cikgu. Dua tahun aku di sarawak dan kini di selangor. Entahla mengapa seperti ada sesuatu yang terpendam...terfikir...ter"renung"....

Apakah layak gelaran cikgu yang aku ada itu dinaik taraf ke gelarna seorang pendidik. Bagiku, aku hanya mampu menjadi cikgu. Belum sampai lagi tahap ku untuk menjadi pendidik kerana kadang kala atas urusan "lain", terasa diri ini mengabaikan anak - anak muridku. Pada saat ini, aku mengagumi sifat ibu ku sendiri. Walau diri sesibuk mana dengan tugas "lain" di sekolah , ataupun tugasan di rumah, ibu tetap komited dalam kelas. Student diutamakan.!!! 

Seringkali juga terfikir, alahai bagusnya kalau anak anak murid ini mahu belajar. Yang datang sekolah ni pun tidak mahu belajar, jadi bagai mana mahu diajar. Now, that is the challenge. Dulu, semasa belajar di ukm, aku bersemangat untuk mengubah masa depan anak anak muridku. Bila masuk alam realiti, ohhh itu semua sangat sukar tapi tidak mustahil...

dan...kenapa aku ditempatkan di sekolah itu ? kerana aku adalah insan yang ALLAH pilih untuk mendidik mereka mencintai ilmu...Sabarlah wahai hatiku yang kering ini. Wahai hatiku, percayalah mereka perlukan mu walau hakikatnya mereka langsung tidak sudi mendengar. Ini jalan yang aku pilih,Semoga allah kuatkan hatiku...Dan aku perlu kembali ke pangkal jalan...benar benar perlu kembali...
slast note!

No comments:

Post a Comment

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015