Sunday, October 17, 2021

HOMESCHOOL : KOLEKSI BUKU BUKU SEMASA ANAK KECIL

Dalam draft (5.12.2014) 

Ini adalah antara koleksi buku yang saya belikan untuk anak anak masa mereka kecil . Kebanyakkan buku Bahasa Inggeris saya belikan semasa di pameran Big Bad Wolf. 
last note
Pemilhan buku yang baik untuk kanak kanak adalah terletak kepada ILLUSTRASINYA. 
Pastikan masa anda bercerita itu, hubung kaitkan dengan gambar. Daripada gambar, boleh minta anak ekspresikan apa pendapat mereka. 


Ini adalah cloth book 

Semasa membaca bersama anak anak, kita digalakkan untuk mengajak mereka berfikir. Sebagai contoh dalam cloth book di atas. Antara soalan- soalan boleh ditanya

1. Macam mana rama-rama terbang?
2. Kenapa ada payung?
3. Payung ni warna apa?
4. Kenapa ada tiga payung?
5. Hujan turun macam mana. Minta anak buat gaya. 
6. Rama-rama basah ni sebab hujan. Rama rama nak pilih payung mana.

Sebenarnya, saya pernah mengikuti satu kursus bersama dengan Dr Suraya di Kanak Kanak House satu masa dahulu. Selalu, beliau berpesan untuk menggunakan teknik penyoalan bila membaca bersama anak. Jawapan anak tidak ada salah atau betul. Ia lebih kepada kita memberikan ruang kepada anak anak untuk meluahkan perasaan dan fikiran mereka. 



HOMESCHOOL : MAIN JUAL BELI SAYUR DAN BUAH

Dalam draft (9.7.2015)

 Ini salah satu aktivit saya lakukan masa anak anak kecil. 

Kakak Ira jadi tukang jual 


Untuk aktiviti ini anak anak bermain jual beli. Kakak Ara jadi tukang beli. Kakak Ira jadi tukang jual. Saya ajar mereka bagaimana cara untuk membeli barang dan ucapkan terima kasih selepas mendapat barang .

Kakak Ara jadi tukang beli. Rupa - rupanya bila dah besar pun memang suka membeli barang. Heh ehehe

last no


Bungkus baik baik barangnya tu kak. 


NOTA KAKI : Cuma bila dah besar ni, macam malu malu pula nak pergi bayar . Ha ha ha ..

BAWAK ANAK ANAK KE PASAR MERU, KLANG

Dalam draft (Jun 2016)

Pertama kali saya dan suami bawa anak anak pergi ke Pasar.

Seawal pagi mereka bangun, kami bawa anak anak ke Pasar Meru Klang. 
Sekarang bila tengok balik gambar ni, rasa sebak pula. Bukan apa, tengok anak anak dah besar. Rindu masa mereka kecil 



Masa kecil begini, tengok ikan di pasar pun dah gembira 



Teruja tengok ikan ikan yang besar 

Tengok dan pegang ayam. 

HOTEL TH DI ALOR SETAR

Dalam draft (4.12.2016)

Masa ini kami masih lagi menggunakan MYVI. Kami menginap di hotel TH di Alor Setar kerana ada kenduri kawin saudara .


Kami travel dari Klang ke Alor Setar dengan MYVI. Ini kereta pertama saya beli. Selepas dua tahun berkhidmat di Sarawak saya kembali mengajar di Selangor. Inilah kereta pertama saya beli dengan duit sendiri. 

Masih ada lagi MYVI ini. Saya sayang  sungguh dengan kereta ini. 


last note!

Masa anak anak kecil, bawa satu beg sahaja 

Buku tak tinggal ..he he he 


MAKAN CENDOL DURIAN DI MERU KLANG

16.2.2018, Catatan ini ada dalam draft blog saya. Rugi pula tak publish. Bukan apa, kenangan bersama dnegan anak anak ketika mereka masih kecil .

Masa ni, kakak kembar berusia 8 tahun. Si adik pula 7 tahun.

Bila anak anak mula membesar, baru terasa yang bergunanya kenangan kenangan dan gambar gambar lama. Alhamdulillah, masih ada blog ni. Simpan untuk kenangan mereka bila mereka besar nanti.. 



last note

Seketul durian bersama cendol..



Kakak Ira menikmati Durian 

Why so serious Kakak Ara?

Ammmm. Adik Qis makan cendol 

Adik Qis suka sangat.. 


Makan cendol pada hari panas...uhhhh nikmat...

DOA IBU KAN PALING MUSTAJAB

Saya masih ingat ketika, the tiga beradik (panggilan untuk anak anak saya) masih kecil saya sering membawa mereka membeli buku. Seingat saya, saya tidak memberikan mereka handphone ketika mereka kecil lagi. 

Apabila di dalam kereta, saya tunjukkan buku yang ada gambar-gambar yang besar.

Apabila makan di restoran, saya akan sediakan buku/kertas . Saya juga akan membawa bersama pen/pensil. Mereka akan menulis sementara menuggu makanan tiba. 

Saya teringat pesanan seorang kawan saya semasa menjaga peperiksaan SPM. Kurang pasti bila tahunnya. Kawan saya berpesan, belikanlah pen atau pensel yang cantik cantik buat anak. Kurangkan beri mereka handphone dan menonton tv. 

Sekarang anak anak saya sudah pun berusia 11 (kakak kembar) dan 10 tahun. 

Saya memang percaya, bila dari kecil anak anak tidak diajar gadget saya lebih mudah untuk mendisplinkan mereka. Sekarang mereka tahu hanya Jumaat dan Sabtu boleh gunakan handphone. Saya bukanlah tidak berikan langsung mereka handphone. Seingat saya mereka mula gunakan handphone pada usia hujung 9 tahun sahaja(utk kakak kembar). Itu pun dengan limit saya . Tambahan sejak tahun lepas dah mula belajar online, memang tak nafikan la mereka terpaksa gunakan handphone. Itupun sekejap sahaja kerana saya berpendapat untuk belajar lebih baik menggunakan laptop. 

Antara syarat-syarat yang saya letakkan kepada anak bila nak gunakan handphone ialah
(a) handphone tidak boleh langsung di bawa masuk ke bilik tidur

(b) penggunaan handpohne hanya di bilik belajar

(c) dibenarkan hari Jumaat dan Sabtu

(d) Denda akan dikenakan jika ada salah laku. Contoh denda ialah menarik masa penggunaaan handphone

(e) Nak download apa apa apps atau game perlulah dengan kebenaran

(f) Kerja rumah mesti selesai dahulu. Contoh :sidai kain, basuh kain, kemas meja

(g) Tepati masa. Jika habis jam 11pagi . Perlu patuh.

Itula antara yang saya lakukan. Saya pun ibu yang terus belajar untuk mendidik anak anak. Kita tidak pasti apakah betul caradidikan kita pada anak sehinggalah kita melihat kemenjadian mereka bila mereka besar kelak.

Jadi, nasihat saya kepada semua ibu-ibu. Kita teruskanlah kuat untuk mendidik anak anak kita. Doa jangan tinggal. Saya berpegang kepada satu nasihat dari seorang sahabat saya. 

"Kito ni bilo risau hal anak. Doa la. Doa ibu tu kan paling mustajab"

Lama masa berlalu, saya letakkan kenangan gambar anak anak membaca di halaman ini....

last note!

MAKAN DURIAN DI SHAH ALAM

Pada 4/7/2020(Cerita setahun yang lepas), masa tu Musim Durian. Bertuah betul saya ni sebab suami dan anak anak memang sangat suka makan durian. 

Ini pertama kali kami makan durian di luar. Selalunya kami beli makan di rumah sahaja.  Lokasinya berdekatan dengan UNISEL, Seksyen 7 Shah Alam. 


Posing bergambar dengan durian 


Posing bergambar dengan durian lagi 



Amboi khusyuknya makan durian 


Sedap duriannya. Harga pun sedap juga .Ha ha ahaa 


Puas hati dapat makan durian 


Abah cakap apa tu?


ARMMMmmm sedap sangat 


Tersenyum gembira makan durian..

NOTA KAKI : Dulu, durian ni buah buah biasa aje. Tapi sekarang level buah ni ...aduh kayangan sangat ...

NASI LEMAK WANJO KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR

Pada     15/10/2021, saya dan keluarga telah pergi berjalan-jalan ke Kampung Bharu Kuala Lumpur. Sebenarnya, ada tujuan saya ke sana. Saya nak tengok rumah tempat saya membesar dahulu di Kampung Baru. Pada tahun 1980 an, ibu dan ayah saya telah menyewa sebuah rumah di Jalan Raja Uda di Kampung Bharu Kuala Lumpur. Kiranya, ini seperti mengembalikan nostalgia lama saya. 

Kami bermalam di Hotel Tamu. Kebiasaanya, jika ke satu tempat saya dan suami akan mencari makanan yang sedap untuk dinikmati. 

Jika dahulu, Kampung Bharu terkenal dengan nasi lemak antarabangsa. Kini, ramai juga yang membuat "review" kesedapan nasi lemak Wanjo. 

Kami sampai di Hotel Tamu jam 4.00 petang. Selepas menunaikan solat Asar, kami berjalan ke Restoran Nasi Lemak Wanjo. Restoran itu terletak tidak jauh daripada Hotel Tamu. Di Kuala Lumpur ini, susah juga untuk mencari tempat letak kereta. Elokla, jika kita berjalan sahaja. Dapat juga sihatkan badan. 


Berjalan dari hotel ke restoran 

Menikmati nasi lemak Wanjo pada petang hari kira-kira jam 5 petang adalah pilihan yang baik. Ini kerana saya sekeluarga tidak perlu beratur panjang di sana. Ini terbukti kerana keesokan pagi bila saya berjalan di kawasan tersebut, panjang sungguh orang yang beratur.



Tak perlu beratur panjang sebab kami memilih makan pada jam 5 petang hari Jumaat.


Saya memilih untuk makan nasi lemak ayam. Ada juga ambil begedil kentang sebagai tambahan. Kami tak pula memilih sotong,kerang ataupun lauk-lauk lain. Kebetulan, semuanya tengah teringin makan ayam agaknya. Jumlah semua yang kami makan kira-kira RM45++


Menu pilihan kami. Tengok ayamnya tu besar sungguh .Anda boleh pilih nak telur rebus atau telur goreng.

Saya sangat suka menikmati nasinya. Sangat sedap. Berderai elok. Rasa lemaknya cukup . Pendek kata, kalau makan nasi sahaja tanpa sambal pun sedap.Masyaallah, ketika saya menulis ni pun saya masih teringat lagi rasanya. 


Restoran yang bersih. Ada kemudahan surau,tandas dan air coway. Ruang yang sangat besar .


Selain nasi yangsedap , saya sangat suka servis di restoran ini .Sangat cepat servisnya. Pekerja-pekerja juga sangat "friendly". Layanan yang sangat baik . 

Jika anda makan di sini, anda jangan lupa juga untuk mencuba airnya. Air buah-buahannya memang sangat sedap. Anak-anak saya order jus buah naga dan jus mangga. Memang sedap. Untuk dua minuman ini, harganya hanya RM 13. 


Order air jus buah tu disini. Depan restoran tu aje. Harga air ikut jenis buah. 
Harganya dalam Rm6-RM8


bagila saya sikit... 


sedapnya...cepatla, saya nak rasa ni.



uihhhh sedapppp .....




Yeayy, Perut kenyang .Alhamdulillah 


NOTA KAKI : Pagi esoknya, saya cuba juga makan nasi lemak Antarabangsa. Tetapi tak boleh dine in. Jadi kami beli dua bungkus dan makan di hotel. Kalau tanya mana satu saya suka, saya lebih suka memilih NASI Lemak Wanjo. Kalau tanya dari ciri nasinya, memang Wanjo sedap.. Untuk lauk pauk , tak dapat nak berikan mana lebih sedap sebab kami makan nasi lemak antarabangsa dengan lauk sotong. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015