Sunday, March 27, 2016

Aktiviti Homeschool : Anak anak melukis.


Aku tiada bakat melukis. Tetapi aku memang suka melukis. Oleh kerana aku suka melukis, maka aku ambil subjek lukisan sebagai matapelajaran tambahan masa SPM. Aku dapat C+ je. Tapi aku enjoy . Banyak juga benda aku belajar.

Dalam tiga orang anak aku ni, aku tak pasti siapa yang ada bakat melukis. Mungkin terlalu kecil untuk aku nilai mereka. 

Bila kita sebagai mak tak tahu lukis, aku rasa satu kekesalan juga. Anak aku selalu minta dilukis itu ini. Tapi aku tak tahu dan kurang kemahiran melukis. Kekesalan aku tak lama la juga. Sebab dekat youtube ada tunjuk cara-cara nak lukis. Pergghh memang senang la kan. 

Bayangkanlah kalau zaman dulu, mesti berderet buku aku nak kena beli. He he he

Semalam hari anak anak melukis. Mula mula aku bagi diorang tengok youtube, macam mana cara nak lukis rumah. Lepas tu, aku lukis dahulu.

Anak aku, Ara dia suka nak follow macam mana aku lukis. So, inilah hasil lukisan rumah anak aku.

Yang tepi tu aku yang lukis. 

Ara lukis atuk dan nenek kat luar rumah nak naik kereta

Nampak ada dua orang dalam gambar tu. Ara lukis guna pensil.



Lepas ni, aku nak cuba lukis objek lain pula. :)

1 comment:

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015