Hasil dapatan daripada kursus, barulah saya tahu bahawa membaca buku kepada anak juga ada tekniknya. Kalau boleh kita mahu anak kita bukan setakat tahu membaca tapi faham apa mereka baca. Bila dah faham, anak anak boleh berfikir .
Di sini , saya kongsikan bagaimana saya mengaplikasikan apa yang saya belajar daripada kursus tersebut. Mudah mudahan ia dapat memberi manfaat.
Petikan di bawah ini merupakan soal jawab saya bersama anak saya, zahrah. Zahrah tunjukkan kepada saya apa yang dilukis dan saya cuba bersoal jawab dengannya untuk tahu apa yang Zahrah lukis.
Umi : ini gambar apa
Ara: ini bear umi. Dia main layang layang
Umi: kenapa bear main sorang sorang. Mana kawan bear?
Ara: kawan bear ada tiga je. Tapi semua demam.
Umi:oo bear tak demam ke
Ara: tak
Umi:woww bear ni ada antibodi badan yg kuatkan. tapi, bear tak.sedih ke main sorang sorang?
(Jika anda perhatikan, di sini ada perkataan antibodi. You introduced new vocab to them. Cuba bandingkan jika anda hanya setakat puji sahaja lukisan anak anda. Ia habis di situ sahajakan. Sebab itu, digalakkan kita bertanya kepada anak kita apa yang mereka lukis)
Ara:tak. Umi : bear main layang layang dekat mana
Ara: kat padang
Umi:pagi ke.petang ni
Ara: ni pagi.Tapi hujan turunkan, bear pun balik.
Begitula proses melatih anak anak untuk bercerita dan berfikir. Bawa khayalan anak anak anda. Ia menyeronokkan.