Tuesday, June 10, 2014

Roti Canai Transfer Road, Penang

Cuti sekolah baru baru ni kami sekeluarga bercadang nak round penang. Kebetulan, ada kenduri sepupu d parit buntar. Alang alang dah ke sana, kami nak p ronda ronda penang. Lama dah tak mai penang. Rasa dah sepuluh tahun kot. 

Orang kata kalau nak makan best, p la penang. P pekena pasemboq dan nasi kandar. Jangna lupa jeruk pa ali sama. Tapi kami suami isteri ada sedikit kerisauan memikirkan apala anak anak nak makan. Depa bukan makan nasi kandaq. Takapala, roti canai kan ada. 

Sebut pasai roti canai, ada satu roti canai yang sedap kat penang. Camne nunu tahu? Nunu dan suami ada google kat internet. Ramai bagi best review kat tempat ni. So, hari kedua sebelum naik penang hill, kami p pekena roti canai transfer road. 

 Sejarah jalan transfer road 

Menurut cerita bapa nunu ( yang masabujang memang tinggai di penang ), dulu dulu kat George town ni ada satu je kedai melayu. Yang lain semua kedai mamak. Satu satunya kedai melayu ni kat jalan transfer road la..aaaa tu je la . he he he

 Lokasi roti canai transfer road 

Sebenarnya nak cari roti canai transfer road ni senang aja. yang susah adalah nak cari parking nya. Kami round dekat tiga kali juga baru jumpa parking. Dah jumpa parking jangan lupa letak kuponnya ye. Takut nanti hangpa kena saman pulak. Kupon boleh beli kat stesen minyak caltex yang comel, dekat je dengan kedai ni.

inila dia kedainya

senang nak cari sebab kat tepi bangunan aje.

ni kedai yang di sebelah roti canai transfer road


Kami order teh tarik, roti bakar atasnya telur separuh masak dan roti canai kuah kari ayam. Ayamnya besar bet.ul. Saya suka teh tariknya sebab rasa teh dan susunya balance. ermm sedap. Harga teh tarik ni 1.10 satu. Makan kat sini, dah sampai je minuman/makanan, terus kena bayar



TEH tarik

inilah roti bakar dengan telur separuh masak atasnya. Kata suami nunu memang sedap sebab memang favorite dia telur separuh masak. Nunu tak makan sebab tok leh telan..Harga roti bakar ni rm 3.00 satu.


"abang mau ka roti bakar kasi telur separuh masak atas." explain mamak tu.

memang sedap la. ara makan telur nya je. rotinya ditinggalkan.
Yang ini memang  favorite nunu. Roti canai dengan kuah kari ayamnya. ermmm memang sedap. Seketul ayamnya memang besar. Kalau nak share dua orang makan pun boleh. Harga untuk dua roti canai dengan dua kuah kari ayam rm 13/

tu diaaaa habaq hang seketul ayam bukan main besaq lagi tuh. .

penuh meja

ermm sedapnya
ara ikut abanya suka makan ni.




lepas dah habis makan, ada sorang mamak dengan basikal datang dan jual karipap. Pekerja kat kedai ni pun beli so kami pun beli jugak.  Seketul harganya rm 1.20/



besaq sungguh. 

last note!
Jadi, kalau singgah penang, jangan lupa pekena ROTI CANAI TRANSFER ROAD. :) 

ini alamat kedai ni


                                   Transfer Road Roti Canai
                                      no.56 Jalan Transfer,
                                             Georgetown,  

                                                            10050 Penang



Wednesday, June 4, 2014

Bolehkah anak kecil membuat kerja rumah?

Setiap kali saya buat kerja.rumah seperti masak, sidai kain, lipat baju , basuh baju anak anak mesti nak buat sama.
Pada mulanya, saya malas betul nak melayan permintaan mereka. Yelah  kalau kita,masak kita nak cepat. Kalau diorg.ada habis dapur kita.
Tqpi, itu dulu. Sehinggalah pada suatu hari anak kambar saya mencebik muka lalu berkata "umi ni , ira suka masak tapi umi tak bagi tolong."
Bila difikirkan semula, apa la sangat yang saya nak berkirakan . Saya lupa yang anak anak saya akan gembira bila mereka.dapat bantu saya memasak di.dapur.
Bagaimana dengan anak anda? Syabas saya ucapkan jika anda seorang ibu yang memberi peluang untuk anak kecil anda membuat kerja rumah.
Gambar gambar di bawah diambil semasa sesi melipat kain. Mengambil inspirasi  mesin melipat kain dari internet. Seronok juga.

Sunday, June 1, 2014

Kanak Kanak House, Reko Central

Sudah lama saya impikan untuk menghantar anak-anak saya ke playschool. Tujuannya adalah untuk melihat bagaimana reaction anak anak bila dengan orang luar dan kawan- kawan baru. Memandangkan saya bukanlah sepenuhnya "homeschool" kan anak anak saya(memandangkan saya bekerja), jadi saya ingin cuba hantar anak anak ke playschool. 

Puas mencari akhirnya saya telah jumpa satu playschool yang terletak dekat dengan rumah ibu bapa saya di Bangi. Namnya kanak kanak house.

Pencetusnya ialah Pn. Surayah Zaidon seorang pensyarah dalam Bidang pendidikan awal kanak - kanak. Bersama dengan beliau, terdapat beberapa orang guru yang komited seperti cikgu ibtihaj

Saya suka melihat bagaimana cikgu ibtihaj melayan anak anak kecil ini. Cuba untuk mempraktikkan di rumah bila bersama dengan anak dari segi gaya bahasa yang mudah. Memandangkan saya ni cikgu menengah, selalunya bahasa saya guna untuk anak anak agak meleret dan kurang sesuai.

Alhamdulillah, anak anak saya sudah menjalani tiga aktiviti bersama kanak kanak house. Anak anak berasa sangat gembira. Tahniah team Kanak kanak house.

Saya salute dengan team kanak kanak house sebab jarang kita jumpa playschool begini yang dipelopori oleh bumiputera/ bangsa melayu. Tahniah untuk team Kanak Kanak House and teruskan usaha murni ini untuk anak anak kecil ini. :)

Saya selitkan di sini beberapa keping gambar anak anak saya semasa menjalani aktiviti di Kanak Kanak House.

balqis cuba decorate cupcake sendiri guna piping bag. Aktiviti ini bersama dengan chef anis. 


Demontrasi menghias cupcake 
aktiviti origami ikan

ara pula yang guna piping bag



First activity : Junior scientist dengan tajuk Volcano.
Sumber facebook kanak kanak house.

Anak saya, zahrah berimaginasi kawasan volcano..Sungguh sungguh pejam mata.
Sumber : Facebook kanak kanak house

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Kanak kanak house di sini :

Kanak kanak house 
  • No. 17A-1 Jalan Reko Sentral 1 Reko Sentral Kajang Selangor
  • 43000 Kajang, Malaysia

atau boleh like facebook kanak kanak house di sini 

https://www.facebook.com/kanakkanak.house/about




##Aktiviti di kanak kanak house bukan untuk anak anak sahaja. Ada juga kursus untuk ibu bapa :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015