Sebagai seorang yang beragama islam, sewajarnya kita mengambil peduli tentang saudara-saudara kita di Mesir kini. Sebenarnya, hati saya ini terlalu lemah untuk mengetahui dan ambil peduli kerana saya tidak sanggup melihat segala pembunuhan,mayat yang berdarah,gambar-gambar tangisan ibu dan raungan anak.Oleh itu, saya mengambil sikap "tahu-tahu sikit sudahlah".
Kini, Sudah sampai masanya untuk saya memberanikan diri mengambil peduli tentang saudara kita di Mesir. Hati saya perlu kuat untuk melihat jenazah para syuhada dan menyaksikan perjuangan-perjuangan mereka di sana.
Suami saya pernah bercerita. Dalam dunia ini ada dua pemimpin yang hafiz, Pertama, Presiden Gaza dan kedua adalah Presiden Mesir, Morsi. Jadi, apabila Dr Morsi digulingkan, dunia hanya ada satu presiden yang hafiz.
Hati perempuan seperti saya adalah terlalu lemah untuk melihat segala kezaliman tentera Mesir. Namun, saya mesti tengok. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah. Hati menjadi lebih tersentuh dan bersemangat apabila melihat gambar-gambar kezaliman tentera jahanam Mesir. Barulah saya tahu, apabila kita melihat sendiri , kita tidak akan lupa menitipkan doa untuk mereka. Ini ternyata berbeza, jika kita hanya mendengar.
Sebagai seorang ibu, saya harus dan wajib menceritakan ini semua kepada anak saya. Jadi , saya mesti ambil peduli tentang semua ini. Biarpun anak anak saya masih kecil, saya nak mereka tahu inilah nilai sebuah perjuangan.
muslihat tentera |
tentera yang berbangga. Jahanam! Kamu bunuh saudara mu sendiri. Apakah hak kamu mengambil nyawa saudara kamu sendiri. Tidakkah kamu tahu bahawa nyawa itu adalah hak ALLAH. |
Kredit gambar - gambar ini semua adalah daripada FACEBOOK MESIR KINI. Anda boleh LIKE dan segala updates ada di sana. Tepat dan cepat.
Mari sahabat, mari bersama doakan saudara kita di Mesir.
Last note : Saya cemburu melihat semangat mereka yang berjuang demi mempertahankan agama dan negara. Sungguh, saya tidak ada semangat yang sebegitu. Aduh, kecilnya nilai iman saya.
last note
S
sedih tgk keadaam kat sana..
ReplyDeletesama2 kt umat islam bergabung & berdoa