Saturday, August 17, 2013

MESIR KINI .Mesti ambil peduli

Sebagai seorang yang beragama islam, sewajarnya kita mengambil peduli tentang saudara-saudara kita di Mesir kini. Sebenarnya, hati saya ini terlalu lemah untuk mengetahui dan ambil peduli kerana saya tidak sanggup melihat segala pembunuhan,mayat yang berdarah,gambar-gambar tangisan ibu dan raungan anak.Oleh itu, saya mengambil sikap "tahu-tahu sikit sudahlah".

Kini, Sudah sampai masanya untuk saya memberanikan diri mengambil peduli tentang saudara kita di Mesir. Hati saya perlu kuat untuk melihat jenazah para syuhada dan menyaksikan perjuangan-perjuangan mereka di sana.

Suami saya pernah bercerita. Dalam dunia ini ada dua pemimpin yang hafiz, Pertama, Presiden Gaza dan kedua adalah Presiden Mesir, Morsi. Jadi, apabila Dr Morsi digulingkan, dunia hanya ada satu presiden yang hafiz.


Hati perempuan seperti saya adalah terlalu lemah untuk melihat segala kezaliman tentera Mesir. Namun, saya mesti tengok. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah. Hati menjadi lebih tersentuh dan bersemangat apabila melihat gambar-gambar kezaliman tentera jahanam Mesir. Barulah saya tahu, apabila kita melihat sendiri , kita tidak akan lupa menitipkan doa untuk mereka. Ini ternyata berbeza, jika kita hanya mendengar.


Sebagai seorang ibu, saya harus dan wajib menceritakan ini semua kepada anak saya. Jadi , saya mesti ambil peduli tentang semua ini. Biarpun anak anak saya masih kecil, saya nak mereka tahu inilah nilai sebuah perjuangan.

muslihat tentera

Jenazah syuhada' yang diletakkan bongkah ais dan wangi-wangian dibakar untuk menyejukkan dan memelihara keadaan jenazah. Rumah mayat Zinhoum penuh sehingga memaksa jenazah diletakkan di kawasan tepi jalan.

tentera yang berbangga. Jahanam! Kamu bunuh saudara mu sendiri. Apakah hak kamu mengambil nyawa saudara kamu sendiri. Tidakkah kamu tahu bahawa nyawa itu adalah hak ALLAH.






Kredit gambar - gambar ini semua adalah daripada FACEBOOK MESIR KINI. Anda boleh LIKE dan segala updates ada di sana.  Tepat dan cepat. 

Mari sahabat, mari bersama doakan saudara kita di Mesir.



Last note : Saya cemburu melihat semangat mereka yang berjuang demi mempertahankan agama dan negara. Sungguh, saya tidak ada semangat yang sebegitu. Aduh, kecilnya nilai iman saya.

last note

S

Friday, August 16, 2013

Ini lah rasanya sejuk perut mak mengandung

Malam ini si ibu sedang batuk teruk. Sambil menidurkan anaknya, si ibu menutup mulut terbatuk batuk. Perbuatan menutup mulut semasa batuk perlu diamalkan supaya virus tidak tersebar. Tambahan pula,perbuatan itu boleh dikira SOPAN :)

Berlakula dialog antara ibu dan anak sulungnya.

Anak sulung : Umi, nanti umi pergi klinik ye
Umi : kenapa umi kena pergi klinik
Anak sulung : Yela, umi kan batuk.

Rasa nak bercucuran air mata ni.Tersentuh hati umi nak.OOh begini agaknya rasa yang orang selalu cakap "sejuk perut mak mengandung" 

Memang betul, rasa sejuk perut ni :)

Inilah gambar anak sulung, Hanis Zahirah @ ira





last note!Nak sejuk perut letakla ais :p

LEGO hobi baru cikgu dan anak anak

Hobi baru cikgu nunu dan anak anak,



cikgununu:siapa sini suka kumpul lego. jom angkat tangan

Thursday, August 15, 2013

Cubaan buat watermark yang mudah tanpa photoshop

Sekiranya anda seorang blogger, korang tentu sekali tahu betapa pentingnya untuk meletakkan watermark dalam photo yang akan dipublish. Sebenarnya, saya ingatkan buat watermark ni susah sebab kena guna adobe photoshop. Saya ni kalau bab photoshop tak berapa mahir. Pening kepala nak kena duduk mengadap.

Cara tradisional yang saya buat.

Sebenarnya, saya pernah cuba buat watermark menggunakan Microsoft power point. Ha ha ha kuno kan. Lepas tu saya printscreen dan pastekan di PAINT. Kemudian, saya crop dan save image. Masa yang diperlukan agak lama.. Ini contoh hasil watermark yang saya buat guna versi tradisional.
 
 
 
 
Cara baru buat watermark. Mudah sahaja. Gunakan photoscape

Baiklah, kalau korang rasa photoshop tu sangat susah  (macam saya), korang boleh gunakan photoscape. Terima kasih banyak banyak buat ana felt box di atas tutorial cara buat watermark. Sangat mudah dan cepat.:)
Jadi, inilah hasilnya.
 
cubaan pertama




cubaan seterusnya.

 


Macam mana? Saya rasa okla kalau nak dibandingkan guna cara lama .Sekiranya korang nak tahu bagaimana cara buat watermark guna korang boleh klik di sini. Lastly, terima kasih asma felt box. :)

Tip yang sangat mudah dan senang :)

Nunu : watermark cik nunu biasa aje..Korang punya mesti lagi cantik kan.

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya 2013

Tahun ini kami beraya di rumah keluarga saya di Bangi. Hari Raya kedua pula di rumah keluarga suami di Klang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015