Tuesday, December 10, 2013

A fish

My youngest,balqis draw this.she said this is a fish.hehe.what do u think?

Friday, October 18, 2013

Aktiviti yang meningkatkan semangat kerjasama anak antara sepupu/rakan

Bila pulang ke kampung halaman, anak-anak saya mesti seronok.Sebabnya, mereka akan berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Macam saya kecil kecil dulu, kalau balik ke baling (kampung ayah saya) mesti rasa happy sangat walaupun perjalanan jauh sampai 6 jam. Antara sebabnya adalah dapat jumpa sepupu-sepupu.

 Antara aktiviti yang kitaorang buat berjalan jalan p kedai runcit, main mercun dan bunga api ( time raya), makan mangga cicah dengan jeruk,main baling selipar, main kejar - kejar, main polis entri . Kalau dah penat main,duduk aja kat buaian sambil gosip gosip. Tu zaman kita la. Zaman anak anak kita ni sibuk dengan gadget je kan.

Satu hari , saya perhatikan sahaja anak anak bermain dengna sepupu sepupu mereka. Lucu pun ada. Nak gelak. Tapi, saya dapat find out yang mereka belajar something daripada aktviti yang diorang buat.

Nak tahu tak apa mereka buat?













perhati je dari jauh. Apala diorang buat?

bagi arahan, ada yang duduk ada yang berdiri

mereka bermain dengan  tudung saji...!!!

Walaupun hanya dengan tudung saji, semangat "wonderpets " dapat ditonjolkan..hihi.Lepas ni mari cari tudung saji di rumah anda..he he he he


last note!

Thursday, October 17, 2013

Positive parenting : Gaya bahasa mak kepada anak anak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini nunu nak kongsi sedikit tentang positive parenting.

Percaya atau tidak gaya bahasa dan cara kita bercakap boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak kita.Ok, cuba lihat situasi begini.

Situasi : Seorang anak sedang leka bermain-main di ruang tamu. Mainannya bersepah-sepah. Si ibu baru sahaja pulang dari kerja dan rasa sangat penat. Mungkin, ibu tadi akan mengeluarkan gaya bahasa berbentuk arahan iaitu "Lepas ni, ibu nak kamu kemas semua mainan ni"


pic from google
Ya, saya sebagai ibu itulah yang selalu keluar dari mulut saya. Kita cenderung menggunakan autoriti kita sebagai seorang ibu dalam memberikan arahan. Apa kesannya pada anak bila besar nanti agaknya?

Baiklah, mari kita cuba ubah bahasa kita supaya menjadi lebih baik dan indah. Apa kata kita cuba gaya bahasa begini 

"Seronok ye main. Nanti dah lepas main, kita kemas sama sama ye. Barula rumah kita kemas dan cantik"

Apa pendapat anda?Ada gaya bahasa yang lain tak. Jom kongsi dengan nunu.
last note!

Wednesday, October 16, 2013

aktiviti homeschool "saya masak cokodok pisang"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers,
Apa khabar hari ini. Alhamdulillah, nunu di sini sihat sihat..Bila dah nak mula cuti sekolah, memang agak sibuk. Macam- macam perlu dibuat. Siji koko pelajar, buku rekod pelajar, sijil berhenti dan macam macam lagi la.:)

Hari ini nunu nak kongi tentang aktiviti yang boleh kita buat dengan anak anak kita. Percayalah, kadang kala kita tidak memerlukan toys yang mahal mahal.Pada nunu, tak kiralah toys itu murah ke mahal ke yang penting kita kena ada sekali bersama dengan anak anak.

Pernah tak dengan quotes ini " now, parents buy toys to their kids, but they don't play with them". Jadi, as a parents, kita kena take part semasa bermain dengan anak anak. Tiada masa? Jangan risau. It only take around 30 minutes aje.Biasala kan, budak budak ni fokus dia tidak lama. Jadi, mari kita manfaatkan 30 minit masa bersama.)

Ok, so untuk kali ini nunu nak share satu aktiviti yang "fun". Aktiviti ini boleh diaplikasikan lebih lebih lagi untuk anak perempuan. Tetapi, kalau nak anak lelaki buat aktiviti ini pun tak salah tau.

Aktiviti ini nunu panggil : "saya masak cokodok pisang "

Bahan- bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah
(a) sesikat pisang emas
(b) chopping board
(c) bekas
(d) pisau (bukan pisau yang tajam tau, Ini pisau yang kita guna buat sapu butter pada roti. Saya guna pisau ikea aja.")

Beberapa kemahiran yang saya aplikasikan dalam aktiviti ini adalah

(a) kemahiran mengupas kulit pisang.


cuba buat aktiviti ini dengan anak anak , mesti diaorang akan enjoy




Pada mulanya saya kurang yakin adik kembar iaitu balqis boleh mengupas kulit pisang. Oh rupanya boleh.Mungkin balqis belajar melalui pemerhatian daripada kakaknya,

  (b) kemahiran memotong

Cuba tengok gambar di bawah, itulah pisau ikea yang saya maksudkan. Pisau tu tak tajam.Selamat untuk digunakan. Walaupun pisau tu tak tajam, me as a mother really encouraged korang untuk bersama-sama dengan anak semasa aktiviti ini dibuat. Kita kena pantau anak anak kita juga ye.

saya suka buat aktviti begini sebab saya boleh baca sikit sikit perangai anak saya. Daripada pemerhatian saya, anak saya ira akan potong halus halus dan kecil kecil. Mungkinkah anak saya ini teliti orangnya?

macam rewang pulak..hahaha  

 *rewang = gotong royong untuk kenduri

(c) kemahiran mengira 

in addition daripada aktiviti ini, cuba selitkan kemahiran mengira setelah habis pisang dikupas. Kita sebagai ibu boleh guide anak anak kita untuk kira dengan betul

zahrah sedang mengira bilangan pisang yang dikopek.
 Tip-tip yang lain :
1. Setelah selesai mengupas, memotong dan mengira pisang, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada anak anak kerana telah membantu ibu .

2.  Bila dah siap jadi cokodok, ceritakan pada abahnya yang cokodok ni anak anak yang tolong kupaskan kulit. Mesti anak anak akan rasa bangga dan rasa dihargai.

Bagaimana? Rasa - rasa seronok tak aktiviti ini? Kalau kawan-kawan ada aktiviti lain bolehla kongsi dengan nunu. Lastly, nunu selitkan two more photos on this activity.

fokus semasa mengupas kulit pisang..he he he

tekun.
P/S :jOOM KOngsi dengan nunu aktiviti yang korang buat dengan anak anak :)

last note!

Tuesday, October 15, 2013

Cara Nunu Storage Mainan dan Buku Anak Anak


salam semua.nunu masih lagi di hospital.Anak masih belum boleh keluar wad.Mudah mudahan esok dah sihat dan boleh pulang ke rumah.Bulan ini nunu sahut cabaran mengemas bilik anak.Cabaran bulan lepas tak dapat join sebab kesuntukan masa.hehehe.

ok,kita tgk gambar dulu..jeng jeng...jeng


 
Cara stor barang mainan anak


Saya memang suka beli mainan especially educational toys.Bila benda dah banyak,mulala pening nak menyimpannya.Dulu,saya letakkan semua mainan dalam dua kotak besar.Saya rasa itu tidak efisen dan sgt memenatkan bila time kemas.

Jadi,saya buat another solution iaitu menyimpan mainan dalam box kecil kecil.So,kalau nak main ambil saja box kecil tu.Bila dah buat macam ni,saya noticed bila time kemas ia kurang meletihkan. Storage box tu saya separatekan ikut kategori seperti mainan masak masak dan soft books.

Ada beberapa storage box yang belum dikekaskini.Projek saya seterusnya dalah melabel dengan cantik pada storagebox tu.

cara susunan storage box mainan anak - anak

Cara simpan buku anak anak
 
Untuk buku buku,saya susun pada almari.Memandangkan almari ni kecil,buku tu saya susun secara berbaring.

sudut buku buku.
pada satu sudut lain,saya letakkan basket kecil untuk simpan barang seperti bedak,minyak rambut,lotion dan sikat.Nak guna,ambil sahaja basket tu.Saya beli di daiso sahaja.Basket ini dipanggil "straw basket" sebab dibuat daripada straw. Macam tak percaya aje kan. Harganya rm10.

Penggunaan straw basket dan wooden box hello kitty  
inilah straw basket.
Di  hadapan straw basket pula,saya letakkan hello kitty wooden box yang comel ni. Dalamnya saya letak getah rambut dan ketip kuku anak-anak.

hello kitty yang comel
ada cermin 

Oklah, itula yang saya boleh share dengan kawan-kawan. Banyak lagi perkara yang perlu saya buat untuk bilik anak-anak ini. Antaranya 
(a) labelling storage box anak
(b) storage baju anak-anak
(c) projek gantung frame kat bilik anak
(d) meja belajar anak anak

Lepas keluar wad ini, saya akan teruskan operasi mengemas bilik anak. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

p/s:perasan tak banyak warna pink.. Sebab anak anak saya semuanya perempuan :)

Monday, October 14, 2013

selamat hari.raya haji...beraya di hospital


selamat hari raya haji..bersiaran dari kpj shah alam..
Raya tahun ini beraya di hospital.Teringat masa dulu dulu pernah beraya di hospital sebab adik kena jangkitan kuman di mata.Sekarang aku sambut raya haji di hoapital..
Kelebihan beraya di hospital ialah tak perlu pwning kepala nak masak menu raya.Padahal, nunu dan well planned nak buat kuah lodeh.Tak apala,lepas raya boleh buatkan.hehehe.
penat rasanya  and sampai la ni tak tidoq lagi...so exhausted.Teringat juga anak anak lain di rumah.Mujur ada nenek,atok,dan adik adik ipar buat peneman mereka.
alhamdulillah dengan reEki yang allah berikan kepada nunu.nunu dikurniakan keluarga mertua yang baik.Mama dan abah nunu pun risau.
anak kbar saya,si adik selalu kena ambil nebulizer.Cuma,this time it getting worst.So,dr suruh refer pakar and dr kata anak saya maybe menghidap asma.Kalau ikut backgroud history
saya memang ada asma.Sebab itula.rumah saya tiada carpet and pets.
Sekarang,anak saya masih d rawat di kpj shah alam.Dr dah ambil xray,ambil darah dan.dah empat kali ambil nebulizer.mudah mudahan zahrah akan cepat se
mbuh..
buat semua kawan kawan,selamat hari ry haji maaf zahir batin..
p/s:sungguh besar,pengertian raya haji tahun ini

Wednesday, October 9, 2013

muatan lebih

salam semua.sikit hari lagi nak raya haji.mood raya biasa.biasa aja sebab tak cuti lama.tambah lagi kerja kerja di akhir tahun sangat banyak...

Entry kali ini pasal muatan lebih.Sebenarnya nunu dah penatla bawa muatan lebih.it is time to change it.untuk kebaikan nunu jugak.kalau dulu,stress mesti nak makan.so, after this mungkin kena tukar sikit.skrg tgh mencari idea mcm mana nak elakkan makan bila stress.Mungkin boleh ganti makan dengan jahit ke,jogging ke atau mengemas..fuhhh..
seriously,memang dah start penat bawa muatan lebih ni.i memang kena ubah cara dan apa yg i makan.i really need to do this.Tp benda gini bukan mudah.memang makan masa kalau nak.cepat ,buat operation sedut lemak (mesti mahal)takpun,pergi slim world(suami tak izinkan ),setiap hari jogging(mana ada masa,sibukla)....sigh...
starting from today,semuanya kena berubah.i nak sihat.i ada tiga anak plus one husband nak kena jaga...
oklah, sqmpqi sini.dulu

Tuesday, October 1, 2013

worldless wednesday:permata hati



last note!

Saturday, September 21, 2013

jadual waktu ibu bekerjaya

dulu,masa saya belajar saya mesti ada jadual.Jadual ini melatih saya berdisplin.Kini,saya terfikir untuk mengaplikasikan jadual hariab saya dalam pengurusan rumah tangga dan kerja saya.Umum sedia maklum,kerjaya sebagai seorang guru pada masa kini sangat challenging.Tambahan pula,pendidikan.sekarang sudah ada dasar baru iaitu pengenalan pada pbs.Ia bukan lagi exam oriented semata,mata.and of course,pbs gives a big impact for us as a teacher.i am trying to understand because i am going to implement it next year.Untuk pengetahuan,saya seorang guru men.atas which i am not dealing with pbs within this two years.ok,actually saya nak cerita tentang jadual melalut pulak pergi ke pbs.hehehe.Sekarang,nak cuba buat jadual.waktu sendiri..nanti kita cerita lagi ye

Thursday, September 12, 2013

sindrom home organising

sindrom HO telah melanda cikgu.Sekiranya cikgu memandang sindron ini secara positif,alhamdulillah sindrom ini membantu cikgu to manage my home efficienly.sekarang cikgy cuba buat time table utk pengurusan kerja kerja rumah.

fridge magnet yang tak tersusun..semak


lepas buat H0, rasa sangat tersusun..sejuk mata den memandang..:p

Pengurusan kain baju adalah subjek yang tidak pernah habis bagi ilmu rumah tangga. Setiap hari kena buat banyak proses iaitu basuh, sidai, lipat, gantung...huhhh berpeluh.. lately, Sejak ada sindrom HO, cikgu cuba menguruskan kain baju secepat mungkin sebab tak mahu nampak menimbun.

everyday,cikgu akan make sure baju diangkat dan terus dilipat.Masa lipat baju digunakan pada mlm hari selepas makan malam.Walau penat kena gagahkan diri untuk buat supaya kerja kerja rumah tak tertangguh.

baju anak...banyak sungguh.lipat, masuk bakul, pastu baru letak ke almari.
semakin bertambah..
berjaya memenuhi bakul..
untuk meringankan beban, minta anak anda tolong..walaupun cara melipat mungkin belum kemas, takpe biarkan aja. She will take this duty bila besar nanti. Let you child enjoy :)
Tapi hari ini  cikgu betul betul penat .cikgu kena berkursus pedagogi dan.tempat kursus agak jauh dari rumah.so,angkat tgn.i surrender ... esok la i basuh baju :p

Monday, September 9, 2013

benarlah ajal itu milik allah,moga ustaz taufid dan kelurga tabah

i was so shocked when i received this news.My brother send me an image showing me the accident that happen in bangi lama.My mother keep on cqlling me to shqre this news.i do not answer the call because i"m charging my handphone.besides,my handphone is in silent mode.
later, i called my mom.She is crying.She knows arwah ustazah rohaya very well.Rakan sekeja ibu saya di sk bandar baru bnagi fasa 2.my mother just retired two years ago.
"kak,kenal tak kak ustazah rohaya.isteri ustaz taufid.Satu sekolah mama.dia on the way nak p antaq anak dia p nurserynaccident kat bangi lama.meninggai kak.Ingat tak kak.baik orangnya .lembut orangnya."




Sunday, September 8, 2013

organising drawer di tempat kerja

saya seorang yang suka tengok benda kemas.tetapi setelah saya berkahwin dan dengan kesibukan menguruskan tiga orang anak yg dekat dekat umurnya,saya mengambil sikap takpela,biarla bersepah.nanti weekend aku kemas".Ditambah lula.dengan bebanan kerja seorang guru pada masa kini,rasanya rumah pun lintang pukang.Bila rumah lintang pukang,hati pun bertambah stress.Jiwa turut kacau.Masa pun jadi tak terurus. Saya suka tengok website orang putih yang sangat suka organise rumah mereka.Rasa kagum.terpukau mata,melihat.pandai betul mereka manage rumah.BErtitik tolak dari itu,saya sudah mula ada kesedaran untuk manage rumah saya dengan sebaiknya. So,where should i start?i start with ......my drawer.TApi,ni bukan drawerdi rumah tetapu drawer di tempat kerja.Saya cuba start di tempat kerja,kerana saya tak mahu fikiran saya berserabut di tempat kerja.

rupa rupanya kat malaysia ni.ada jugak orang yang suka.home organising.saya dah jumpa.dah few bloggers yang suka.share info ttg HO ni.I will let you know k. so,from now on,let srart organising.:)

Saturday, August 17, 2013

MESIR KINI .Mesti ambil peduli

Sebagai seorang yang beragama islam, sewajarnya kita mengambil peduli tentang saudara-saudara kita di Mesir kini. Sebenarnya, hati saya ini terlalu lemah untuk mengetahui dan ambil peduli kerana saya tidak sanggup melihat segala pembunuhan,mayat yang berdarah,gambar-gambar tangisan ibu dan raungan anak.Oleh itu, saya mengambil sikap "tahu-tahu sikit sudahlah".

Kini, Sudah sampai masanya untuk saya memberanikan diri mengambil peduli tentang saudara kita di Mesir. Hati saya perlu kuat untuk melihat jenazah para syuhada dan menyaksikan perjuangan-perjuangan mereka di sana.

Suami saya pernah bercerita. Dalam dunia ini ada dua pemimpin yang hafiz, Pertama, Presiden Gaza dan kedua adalah Presiden Mesir, Morsi. Jadi, apabila Dr Morsi digulingkan, dunia hanya ada satu presiden yang hafiz.


Hati perempuan seperti saya adalah terlalu lemah untuk melihat segala kezaliman tentera Mesir. Namun, saya mesti tengok. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah. Hati menjadi lebih tersentuh dan bersemangat apabila melihat gambar-gambar kezaliman tentera jahanam Mesir. Barulah saya tahu, apabila kita melihat sendiri , kita tidak akan lupa menitipkan doa untuk mereka. Ini ternyata berbeza, jika kita hanya mendengar.


Sebagai seorang ibu, saya harus dan wajib menceritakan ini semua kepada anak saya. Jadi , saya mesti ambil peduli tentang semua ini. Biarpun anak anak saya masih kecil, saya nak mereka tahu inilah nilai sebuah perjuangan.

muslihat tentera

Jenazah syuhada' yang diletakkan bongkah ais dan wangi-wangian dibakar untuk menyejukkan dan memelihara keadaan jenazah. Rumah mayat Zinhoum penuh sehingga memaksa jenazah diletakkan di kawasan tepi jalan.

tentera yang berbangga. Jahanam! Kamu bunuh saudara mu sendiri. Apakah hak kamu mengambil nyawa saudara kamu sendiri. Tidakkah kamu tahu bahawa nyawa itu adalah hak ALLAH.






Kredit gambar - gambar ini semua adalah daripada FACEBOOK MESIR KINI. Anda boleh LIKE dan segala updates ada di sana.  Tepat dan cepat. 

Mari sahabat, mari bersama doakan saudara kita di Mesir.



Last note : Saya cemburu melihat semangat mereka yang berjuang demi mempertahankan agama dan negara. Sungguh, saya tidak ada semangat yang sebegitu. Aduh, kecilnya nilai iman saya.

last note

S

Friday, August 16, 2013

Ini lah rasanya sejuk perut mak mengandung

Malam ini si ibu sedang batuk teruk. Sambil menidurkan anaknya, si ibu menutup mulut terbatuk batuk. Perbuatan menutup mulut semasa batuk perlu diamalkan supaya virus tidak tersebar. Tambahan pula,perbuatan itu boleh dikira SOPAN :)

Berlakula dialog antara ibu dan anak sulungnya.

Anak sulung : Umi, nanti umi pergi klinik ye
Umi : kenapa umi kena pergi klinik
Anak sulung : Yela, umi kan batuk.

Rasa nak bercucuran air mata ni.Tersentuh hati umi nak.OOh begini agaknya rasa yang orang selalu cakap "sejuk perut mak mengandung" 

Memang betul, rasa sejuk perut ni :)

Inilah gambar anak sulung, Hanis Zahirah @ ira





last note!Nak sejuk perut letakla ais :p

LEGO hobi baru cikgu dan anak anak

Hobi baru cikgu nunu dan anak anak,



cikgununu:siapa sini suka kumpul lego. jom angkat tangan

Thursday, August 15, 2013

Cubaan buat watermark yang mudah tanpa photoshop

Sekiranya anda seorang blogger, korang tentu sekali tahu betapa pentingnya untuk meletakkan watermark dalam photo yang akan dipublish. Sebenarnya, saya ingatkan buat watermark ni susah sebab kena guna adobe photoshop. Saya ni kalau bab photoshop tak berapa mahir. Pening kepala nak kena duduk mengadap.

Cara tradisional yang saya buat.

Sebenarnya, saya pernah cuba buat watermark menggunakan Microsoft power point. Ha ha ha kuno kan. Lepas tu saya printscreen dan pastekan di PAINT. Kemudian, saya crop dan save image. Masa yang diperlukan agak lama.. Ini contoh hasil watermark yang saya buat guna versi tradisional.
 
 
 
 
Cara baru buat watermark. Mudah sahaja. Gunakan photoscape

Baiklah, kalau korang rasa photoshop tu sangat susah  (macam saya), korang boleh gunakan photoscape. Terima kasih banyak banyak buat ana felt box di atas tutorial cara buat watermark. Sangat mudah dan cepat.:)
Jadi, inilah hasilnya.
 
cubaan pertama




cubaan seterusnya.

 


Macam mana? Saya rasa okla kalau nak dibandingkan guna cara lama .Sekiranya korang nak tahu bagaimana cara buat watermark guna korang boleh klik di sini. Lastly, terima kasih asma felt box. :)

Tip yang sangat mudah dan senang :)

Nunu : watermark cik nunu biasa aje..Korang punya mesti lagi cantik kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015