Namanya Pian (Bukan nama sebenar)..
Pian adalah anak murid saya. Orangnya sangat kecil, kira
kira 153 cm, berat nya 45 kg. Orangnya manis, sentiasa bersongkok di sekolah .
Seorang yang sangat pendiam, senyum dan tidak pernah membantah cakap guru.
Dua tahun mengenalinya. Rupanya dia ini sangat istimewa.
Hatinya itu.Kental!
Setelah ayahnya sakit, Pian mengambil alih perniagaan pasar
malam ayahnya. Lalu, bermulalah episode ketidakhadiran ke sekolah. Susah untuk
mencungkil kisah peribadinya. Pian terlalu berahsia. Lama kelamaan, barulah
Pian mula menceritakan kisahnya sedikit demi sedikit.
Ya, sebagai seorang guru, saya cuba memahami perasaannya.
Saya cuba juga meletakkan diri saya dalam dirinya namun saya tahu saya tidak
mampu. Mungkin kehidupan saya waktu di sekolah dulu terlalu senang.
Sebulan lagi hendak spm, pian semakin kerap tidak hadir ke sekolah. Apabila saya menelefon Pian, dia kata “Cikgu, saya ada masalah sikit cikgu. Tapi, cikgu jangan risau esok saya akan ke sekolah”
Saya pernah bertanya kepada Pian.
“Pian, awak nak sambung belajar tak lepas spm nanti”
Pian senyum.Dia menjawab “Entahlah cikgu. Saya penat sangat
cikgu..Saya rasa nak rehat.”
Saya senyum kembali .Ya, saya faham. Dia penat..
Spm bermula dan saya mendoakan yang terbaik untuk Pian.
Hari ketiga spm adalah peperiksaan matapelajaran matematik. Saya dikejutkan dengan berita bahawa bapa pian meninggal dunia malamnya dan akan dikebumikan pagi ini. Saya terus meluru ke tapak perhimpunan dan melihat Pian. Dia tenang..Seolah tiada apa yang berlaku. Saya memanggil pian di satu sudut bangunan sekolah.
“Pian, awak macam mana sekarang?”
Itu sahaja yang mampu saya Tanya. Lalu pian menjawab “Cikgu,
saya rasa tak sedap hati la cikgu”
Seriously,saya tidak tahu apa yang perlu saya jawab untuk
menenagkan hatinya.
“Pian, awak habiskan dulu kertas satu ni. Nanti 9.15, kita
tengok jenazah ayah awak. Cikgu bawak awak balik rumah ye”
Dia menjawab “Takpe, cikgu jangan risau,Saya akan cuba focus.Terima
kasih cikgu”
Dan dia kembali tenang..
9.15 selesai kertas 1. Saya dan beberapa orang guru menemani pian balik ke rumah .Sebelum itu dia agak keberatan untuk balik kerana takut menyusahkan cikgu. Dengna nada agak tegas saya berkata kepada pian
“Pian, ini tanggungjawab cikgu. Jangan rasa awak menyusahkan
cikgu .Jomla kita balik sekejap .Tadi cikgu call mak awak katanya belum
mandikan lagi jenazahnya.Cikgu takut awak tekilan sahaja”
Sampai di rumah, pian terus berlari.Alhamdulillah, dia selamat mandi dan mengkapankan ayahnya.
Semasa pulang, pian tak henti henti mengucapkan terima kasih
kepada saya dan beberapa orang guru yang lain. Sebelum itu ada sesuatu yang dia
ingin katakan pada saya..
“Tapi, pian.pian”
“Apa pian, luahkan pian..Luahkan..cerita pada cikgu”
‘Pian sedih sebab tak dapat nak minta maaf pada ayah”
“Pian, kita yang hidup kena redha .Cikgu percaya awak adalah
anak yang sholeh. Dan cikgu percaya ayah sudah maafkan awak. Doakan ayah awak,
itu sebaik baiknya…”
Dan Pian kembali ke dewan peperiksaan untuk kertas kedua matematik…
Tiba tiba saya teringat. Saya ada mengirimkan satu keping nota kecil buat pian semasa hari terakhir persekolahan. Saya minta dia baca di rumah. Lebih kurang begini lah yang saya tulis.
"Pian, Allah tidak akan memberati sesiapa melainkan Allah percaya dia mampu menghadapinya.Cikgu tahu, apa yang awak alami ini adalah sebagai cabaran dalam hidup awak. Awak bertuah kerana diuji oleh Allah.Percayalah, yang pahit ada manisnya. Setiap kesabaran awak akan dibalas.."
Semoga pian kental menghadapi masa depan yang masih panjang...
last note!
Terbaik. Macam cerita drama tp itulah hakikat dan realiti. Mmg ada berlaku.
ReplyDeletememang pun.dah pun berlaku :)
Delete