Thursday, November 29, 2012

2012 tahunku yang cantik


Sebenarnya, saya malu nak “join” contest ni.Saya hanyalah blogger kerdil saje.Apalagi bila nak cerita tentang  SEO ini. Kiranya saya ini masih bertateh lagi. Tapi kata orang, belum cuba belum tahu.Tidak belajar mana nak tahu. Tidak bertanya mana nak cukup ilmu.

Terima kasih kepada penganjur contest ini iaitu http://www.spudinpunya.com yang kacak :p Beliau adalah penganjur untuk contest ini.

 Ok, mari kita mulakan. 2012 TAHUNKU YANG CANTIK...kerana (sila refer gambar di bawah ini)

Kita mula dengan huruf "C":Cikgu dan celebriti

Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab tahun ini adalah tahun kelima saya bergelar cikgu.

 Pada tahun ini juga saya sudah meletakkan satu sasaran dalam karier saya. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Hujung tahun ini juga saya dapat berita gembira yang saya akan mengajar Fizik. Alhamdulillah, setelah lima tahun menunggu akhirnya dapat juga mengajar matapelajaran pengkhususan saya.


Dengan nora danish, jumpa di ikea
Berjumpa Prof.Dr Muhaya di Pesta Buku Selangor
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya dapat ambil gambar dengan celebriti. Ia bukanla benda yang sangat besar pun. Tapi, sepanjang hidup saya tidak pernah menegur celebriti untuk ambil gambar. Entah kenapa saya jadi berani untuk menegur “nora Danish” dan ambil gambar dengannya. Suami saya senyum aje..Berjumpa dengan Prof.Dr Muhaya adalah pengalaman paling cantik. Klik sini untuk ceritanya.


 Kita teruskan dengan huruf "A":Anak

Tiga orang "princess"
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab Anak-anak saya. Allah itu sungguh baik terhadap saya kerana memberikan tiga orang anak perempuan.Saya merupakan satu satunya anak perempuan dalam keluarga. 

Saya selalu rasa tak best sebab tak dapat kongsi barang, baju, rahsia dengan adik beradik perempuan.Baru saya perasan yang ALLAH itu maha adil. Saya tiada adik beradik perempuan, tapi diberinya saya TIGA ANAK PEREMPUAN.Alhamdulillah.amin.


 Kita teruskan dengan huruf "N": Nunu

Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya nak mula kembali berblogging. Saya dah lama kenal blog.Dengan memulakan blog saya nuuolcinderella.blogspot.com pada 2006, kini saya menukar kepada superdotnunu. 
Logo blog lama. Blog baru saya tiada logo .:)

Nunu itu panggilan “comel” seorang sahabat dari Sarawak ketika sama sama belajar diploma pendidikan dulu.katanya nama itu sangat sesuai untuk saya yang  badan besar comel..hi hi hi.Kalau boleh saya nak orang kenal BLOGGER NUNU.(Tunduk malu)

However, I know it takes time and need a lot of hard work. Sekarang saya mula memikirkan pengkhususan blog saya. Insyallah, blog saya iaitu superdotnunu.blogspot.com ni akan lebih kepada dunia parenting, teaching, ada resepi sikit sikit, tentang “creating toys from recycle” ( ehh, macam dah tak khusus pulak ..hi hi hi)  

Seterusnya, huruf T pula : Tiga

Tahun 2012  adalah tahun saya yang cantik sebab saya genap TIGA puluh tahun. Orang kata, men’s life start at 40 but women start at 30 (memandai aje kan)..Tahun ini saya sudah tiga puluh dan sudah ada tiga orang anak..:) Best nye:)
tiga kaki :)

Kita teruskan dengan huruf "I": Instigram


Gambar nampak awesome, rasa kek biasa saja
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya pandai edit gambar guna INSTAGRAM.HA HA HA.Bagi orang yang tiada kamera dslr, INSTAGRAM ni boleh buat gambar sangat cantik seakan akan gambar yang diambil pada dslr kamera.

Bulan empat 2012, ,saya dapat membeli smartphone, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk edit gambar di instagram supaya gambar saya cantik

Percayalah...tidak sedap sangat..he he he

 Kita akhiri dengan huruf "K": Kurus

 -----------------------------------------> 65 kg

                                    
Tahun 2012 adalah tahun saya yang cantik sebab saya dah nak kurus.Selepas melahirkan anak ketiga, saya “gain weight” seteruknya.Harap sangat saya dapat kuruskan badan tahun ini . Cumanya saya baru start bulan 11 ni.:P Semoga saya dapat beristiqamah..:)

Selamat tinggal 2012 yang cantik, semoga 2013 lebih cantik lagi :)
Alhamdulillah..Selesai. Entri ini mengambil masa selama 4 hari untuk siap. Ha ha.When you have three kids around you, then you know why .:)

Akhir sekali, nak bagi tahu penaja-penaja contest yang awesome dan bermurah hati iaitu....










last note:TERIMA KASIH kerana sudi membaca kisah tahunku 2012 yang cantik.

Wednesday, November 28, 2012

Pian (bukan nama sebenar)yang hatinya kental.

Namanya Pian (Bukan nama sebenar)..
Pian adalah anak murid saya. Orangnya sangat kecil, kira kira 153 cm, berat nya 45 kg. Orangnya manis, sentiasa bersongkok di sekolah . Seorang yang sangat pendiam, senyum dan tidak pernah membantah cakap guru.
Dua tahun mengenalinya. Rupanya dia ini sangat istimewa. Hatinya itu.Kental!
Setelah ayahnya sakit, Pian mengambil alih perniagaan pasar malam ayahnya. Lalu, bermulalah episode ketidakhadiran ke sekolah. Susah untuk mencungkil kisah peribadinya. Pian terlalu berahsia. Lama kelamaan, barulah Pian mula menceritakan kisahnya sedikit demi sedikit.
Ya, sebagai seorang guru, saya cuba memahami perasaannya. Saya cuba juga meletakkan diri saya dalam dirinya namun saya tahu saya tidak mampu. Mungkin kehidupan saya waktu di sekolah dulu terlalu senang.

Sebulan lagi hendak spm, pian semakin kerap tidak hadir ke sekolah. Apabila saya menelefon Pian, dia kata “Cikgu, saya ada masalah sikit cikgu. Tapi, cikgu jangan risau esok saya akan ke sekolah”

Saya pernah bertanya kepada Pian.
Pian, awak nak sambung belajar tak lepas spm nanti”
Pian senyum.Dia menjawab “Entahlah cikgu. Saya penat sangat cikgu..Saya rasa nak rehat.”
Saya senyum kembali .Ya, saya faham. Dia penat..

Spm bermula dan saya mendoakan yang terbaik untuk Pian.

Hari ketiga spm adalah peperiksaan matapelajaran matematik. Saya dikejutkan dengan berita bahawa bapa pian meninggal dunia malamnya dan akan dikebumikan pagi ini. Saya terus meluru ke tapak perhimpunan dan melihat Pian. Dia tenang..Seolah tiada apa yang berlaku. Saya memanggil pian di satu sudut bangunan sekolah.
“Pian, awak macam mana sekarang?”
Itu sahaja yang mampu saya Tanya. Lalu pian menjawab “Cikgu, saya rasa tak sedap hati la cikgu”
Seriously,saya tidak tahu apa yang perlu saya jawab untuk menenagkan hatinya.
“Pian, awak habiskan dulu kertas satu ni. Nanti 9.15, kita tengok jenazah ayah awak. Cikgu bawak awak balik rumah ye”
Dia menjawab “Takpe, cikgu jangan risau,Saya akan cuba focus.Terima kasih cikgu”
Dan dia kembali tenang..

9.15 selesai kertas 1. Saya dan beberapa orang guru menemani pian balik ke rumah .Sebelum itu dia agak keberatan untuk balik kerana takut menyusahkan cikgu. Dengna nada agak tegas saya berkata kepada pian
“Pian, ini tanggungjawab cikgu. Jangan rasa awak menyusahkan cikgu .Jomla kita balik sekejap .Tadi cikgu call mak awak katanya belum mandikan lagi jenazahnya.Cikgu takut awak tekilan sahaja”

Sampai di rumah, pian terus berlari.Alhamdulillah, dia selamat mandi dan mengkapankan ayahnya.
Semasa pulang, pian tak henti henti mengucapkan terima kasih kepada saya dan beberapa orang guru yang lain. Sebelum itu ada sesuatu yang dia ingin katakan pada saya..
“Tapi, pian.pian”
“Apa pian, luahkan pian..Luahkan..cerita pada cikgu”
‘Pian sedih sebab tak dapat nak minta maaf pada ayah”
“Pian, kita yang hidup kena redha .Cikgu percaya awak adalah anak yang sholeh. Dan cikgu percaya ayah sudah maafkan awak. Doakan ayah awak, itu sebaik baiknya…”

Dan Pian kembali ke dewan peperiksaan untuk kertas kedua matematik…

Tiba tiba saya teringat. Saya ada mengirimkan satu keping nota kecil buat pian semasa hari terakhir persekolahan. Saya minta dia baca di rumah. Lebih kurang begini lah yang saya tulis.

"Pian, Allah tidak akan memberati sesiapa melainkan Allah percaya dia mampu menghadapinya.Cikgu tahu, apa yang awak alami ini adalah sebagai cabaran dalam hidup awak. Awak bertuah kerana diuji oleh Allah.Percayalah, yang pahit ada manisnya. Setiap kesabaran awak akan dibalas.."

Semoga pian kental menghadapi masa depan yang masih panjang...
last note!

Tuesday, November 27, 2012

dah bukan wordless wednesday dah!

Kadang kala, bila saya blog walking selalu saya nampak orang post "wordless wednesday".Seingat saya, dalam blog saya tak pernah ada post pasal wordless wednesday..Jadi, hari ni nak post jugak la pasal wordless wednesday ( tapi aku rasa dah tak wordless dah sebab dah banyak pula aku taip:p)





Ni Incik Mat Wiki cakap " On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.: 

last note!dah tak wordless dah :)

last note lagi !Napa wednesday aje.Napa tak sunday, monday, tuesday...banyakla ko!

Monday, November 26, 2012

Rekativiti Dengan Anak:Buat Teropong

Salam kawan kawan semua. Bagaimana hari anda hari ni.Sebagai seorang guru, saya cuba untuk manfaatkan masa cuti sekolah ini untuk bersama dengan anak-anak.

Aktiviti hari ini adalah membuat teropong daripada gelung tisu.Gelung tisu yang saya guna adalah gelung tisu tandas tu..Macam ni la rupanya...(saja nak tunjuk walaupun kita tahu korang mesti dah kenal gelung tisu ni :P)



Jangan buang gelung ni tau.

gelung tu dicantumkan guna solotape. Tapi kalau nak guna gam pun boleh. Kami malas nak guna gam.

Ini proses mencantikkan teropong. Saya minta anak anak tampal kain felt yang dah ada pelekat stiker.

Nama pun teropong, jadi ajak anak anak kkeluar rumah konon-knon nak teropong burung. Tapi burung tak dak pulak pagi pagi ni. Jadi suruh mereka teropong awan.Boleh gitu.Ha ha ha.


last note!Jangan guna teropong ni untuk skodeng orang duk mandi pula..Haipp

Sunday, November 25, 2012

Cikgu, tak kena la warna pink dengan biru tu

Sebagai seorang guru, adakah anda perasan yang kadang kala pelajar anda sangat concern dengan anda..Percaya atau tidak..

Situasi 1 :
"Eh cikgu, semalam cikgu dah pakai tudung ni kan.Hari ni cikgu pakai lagi ke?
 Errrr...cikgu ada dua tudung macam nilah...

Situasi 2: 
"Cikgu, tak kena la warna pink dengan biru tu. Tapi, kalau cikgu pakai warna hijau maybe nampak lagi stunning..."
 haaa????

Situasi 3 :
"La cikgu ni mesti banyak handbag. Asyik bertukor je handbag nye"
Handbag murah je ni.

Situasi4 :
One day, i left my name tag.Name tag kerja. Pada name tag tu ada tercatat my ic. Suddenly, my student cakap
"Eh teacher. Teacher lahir 82..Meaning that teaher baru 30 ye.."
"Yes" i replied
"Ooooo baru 30 ke.."
Ok ok..Paham sangat apa maksud nye..Waaa rasa nak menangis pun ada..
"Teacher kan tengah pregnant, thats why i like older than my age."Alasan baik punye...

Finally, situasi yang ini paling buat hati saya touching sekali..
"Cikgu, dah dua hari cikgu tak datang sekolah.Cikgu demam ke."

Last note : Best kan jadi cikgu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015