Saturday, July 21, 2012

kisah mimbar, 3 amin, jangan jadi 3 orang celaka!

Assalamualaikum. Apa kabar ibu, umi dan mama sekalian. Alhamdulillah, kita sudah memasuki ramadhan yang kedua. Semoga puasa hari ini diberkati. Amin...

Teringin sekali saya ingin berkongsi satu kisah yang sangat menarik. Saya beri tajuk kisah mimbar, 3 amin dan.....3 celaka. Cerita ini saya dengar dari seorang ustaz di dalam cd. Begini kisahnya...

Satu ketika Rasulullah s.a.w, sedang menuruni anak tangga dari mimbar. Ada tiga anak tangga. Sahabat mendengar baginda menyebut amin ketika menuruni anak tangga pertama. Kemudian, baginda menyebut amin lagi ketika menuruni anak tangga kedua Akhir sekali, baginda menyebut amin lagi ketika menuruni tangga ketiga...

Sahabat bertanya.
"Ya, Rasulullah, mengapa kau menyebut amin sedangkan tidak ada doa dibaca"
Rasulullah s.a.w menjawab
"ketika aku menuruni tangga pertama, aku dengar Jibril berdoa. Jibril berkata "Celakalah orang yang ramadhannya berlalu dengan sia - sia.Lalu aku mengaminkannya"
"ketika aku menuruni tangga kedua, aku dengar Jibril berdoa. Jbril berdoa 'Celakah orang yang masih punyai ibu bapa, tetapi mereka tidak berlaku baik dan tidak berdoa untuk ibu bapa mereka"
"ketika aku menuruni tangga ketiga, aku dengar jibril berdoa "Celakah orang yang mendengar nama rasulullah tetapi tidak berselawat kepada baginda" Lalu aku mengaminkannya...

wahai umi semua, wahai ibu semua, jangnalah kita jadi tiga orang yang celaka ini. Mari kita renung-renungkan bersama yee



last note!

Aduh tersentuh hati umi.

Pagi tadi anak kembarku.ira dan ara bermain bersama.Ttiba tiba aku dengar bunyi air dari sinki.rumah.ya,allah mereka berdua main air dan hampir basah bajunya.mulut aku pun membebel la.tiba tiba aku terdiam.ara cakap umi.iya aya amik dhuk{ira dan ara ambil.wudhuk).lantas mereka berdua berdiri tegak dan solat.terus sujud

hati ibu mana tak tersentuh.rasa menyesal marah marah dan membebel tadi..selepas ini,aku tak boleh nak marah sesuka hati anakku.mungkin di sebalik perbuatan mereka ada yang dapat membahagiakan hati seorang ibu...

wahai ibu-ibu semua, janganlah dengan cepat kita menghukum anak kita.Barangkali di setiap perbuatan mereka ada sebab-sebabnya.Itu pengajaran yang saya belajar dari anak-anak saya..

Friday, July 13, 2012

Anak,ilmu dan iqra

Iqra itu maksudnya bacalah.mari kita sama sama manfaatkan buku.dalam buku ada ilmu.carilah buku yg baik untuk anak anak kita.jgn manjakan mereka dengan gadget gadget.ye,kaddang kala boleh tp kalau boleh jgn selalu.percayalah yg  buku itu lagi interesting



Saturday, July 7, 2012

umisibuk, abah sibuk..bagaimana hari minggu anak anak

Sabtu ni, umi ada seminar.Ahad ini abah ada meeting. Kalau difikirkan, kesian anak anak aku..Tuntutan kerja tidak boleh diabaikan. Itu amanah. Anak anak juga tiak boleh dibiarkan. Itu juga amanah. Aku dan suami cuba berfikiran positif. Cuba membayangkan kesibukan ...kalaulah aku dan suami ini bekerja sebagai seorang doktor.Aku hanya seorang gurru.Suami hanyalah seorang juruteknik. Namun, kami tetap ada hal di hari minggu...Oh..kesian anak..

aKU POSITIF..Suami pun positif. Sambil berdiskusi tentang hari minggu kami, teringat pada cerita ustas Hasrizal @ saifulislam.Beliau menceritakan bukan kuantiti masa bersama anak tetapi kualiti masa bersama anak. Maksudnya, ada orang boleh 24 jam duduk dengan anak anak, tetapi tak bercakap langsung dengna anak. Masing masing sibuk tengok i pad.Masing masing berkurung di dalam bilik. Anda boleh fahamkan. Itu maksunya kuantiti masa bersama anak banyak tetapi tiada kualiti masa..

Jadi apa itu kualiti masa yang terbaik bersama anak. Biar hanya 2 jam hatta sejam sahaja dengan anak, tetapi masa yang ada itu digunakan secara berkualiti. Buatlah apa sahaja aktiviti pada masa yang singkat itu. Lupakan tentnag kerja, lupakan melihat ipad, lupakan melihat facebook or what so ever!Itu yang aku dna suami cuba lakukan. Semoga anak-anak kami tidak terabai.
yang penting kualiti :)

Tuesday, July 3, 2012

Aku perkenalkan diri, korang baca la

 AKU BERNAMA NUNU...
Nama aku nunu.Umur aku nak masuk 30 tahun.Aku ada tiga orang anak perempuan dan masih belum mempunyai anak lelaki. Aku bertuah sebab anak sulung aku kembar. Aku panggil ira dan ara. Setahun anak kembar aku lahir, aku mengandung lagi. Berita aku mengandung lagi umpama berita sensasi di kalangan keluarga aku. Mereka tidak menyangka aku tidak mengambil apa apa pil ataupun suntikan untuk mengelak dari mengandung lagi. Sebenarnya, aku redha. Alhamdulillah, aku Berjaya melaluinya.

AKU DAN ANAK KEMBAR
 Aku mengandung dan pada masa yang sama masih mampu menjaga anak kembarku. Amin. Oh ya, lupa aku nak beri tahu korang. Anak kembar aku ni tidak seiras.Dalam bahasa inggeris non-identical twin. Tapi kalau korang nak saintifik lagi, kembar anak aku ini dipanggil Twin-to-twin transfusion syndrome.Apakah itu twin to twin transfusion syndrome. Nanti aku cerita lebih lanjut. Memandangkan aku ni cikgu sains, boleh la aku kongsikan dengan korang nanti,(Bukan sekarang ye.)

AKU DAN ANAK NO.3
 Anak ketiga aku, dipanggil qis. Nama betulnya Nur Balqis. Dia memang sukaduduk dalam perut aku. 40 minggu duduk alam perut aku, baru la dia nak keluar jenguk dunia. Anak aku ni sungguh bertuah sebab lahir aje dah dapat dua kakak. Untung untung, Baju kakak dia ambil, kasut kakak dia ambil, seluar kakak dia ambil….:)

AKU DAN DUNIA BLOGKU

Dunia blog dah lama aku kenal. Sejak aku di university dulu, aku mula berjinak jinak dengan blog.Menulis apa yang aku rasa, Nampak dan fikirkan. Kadangkala tulisan aku entah apa apa je. Blog lama aku masih ada. Sungguh tak sampai hatiaku nak delete. Banyak kenangan.Biarla ia di situ. Sebagai seorang yang sudah dewasa dan sudah pun menjadi ibu, aku harus melakukan anjakan paradigma. Jadi, penulisan blogku perlula lebih baik. Semoga penulisan ku menjadi manfaat untuk orang lain dan diriku sendiri…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015