Semasa saya di sekolah dulu,ayat yang paling famous untuk desscribe seorang guru adalah "guru itu ibarat lilin yang menerangi insan".Memang betul, tanpa guru tiadalah sekolah. Siapa yang berani menafikan peranan guru di sekolah hatta peranan guru pada masyarakat sama sekali.
Saya dibesarkan bersama sama dengan orang yang bergelar "GURU".Nenek saya adalah guru kemas. Tok su (nenek saudara) saya merupakan guru di sekolah rendah. Arwah suaminya juga seorang guru. Makcik saya seorang guru.Maksu saya juga seorang guru. Dan yang paling penting orang yang paling rapat dengan saya juga merupakan seorang GURU...iaitu IBU saya sendiri..
MELIHAT IBU BEKERJA
MELIHAT IBU BEKERJA
Setiap hari saya melihat bagaimana ibu saya bekerja.Saya cukup teruja melihat ibu menanda buku murid muridnya dengan pen merah. Apa lagi melihat ibu menulis kertas soalan pada satu kertas yang dilapik dengan kertas karbon.Pernah juga sesekali mencuba tapi dimarahi ibu.Saya selalu melihat ibu menulis pada sebuah buku yang sangat besar dan tebal.Tulisan ibu sebutir butir, bulat dan kemas.Apabila ibu selesai menulis, ibu akan melukis corak corak di tepinya dan mewarnakannya.Sungguh cantik buku tebal ibu itu..Bila saya jadi cikgu, barulah saya tahu yang buku tebal itu adalah buku rekod mengajar.
IBU CIKGU YANG KOMITED
IBU CIKGU YANG KOMITED
Pada suatu hari, jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi. Saya lihat ibu tidak tidur lagi. Rupanya ibu sedang menanda kertas murid muridnya. Kasihan ibu.
"Dah la tu ibu, kan dah malam. Esok la sambung"saya cuba memberi nasihat.
"Ibu nak siapkan tanda kertas ni. Kenapala ramai tak boleh jawab soalan kira kira ni" keluh ibu saya..
Oh, ibu saya komited dengan kerjanya
IBU SUGUL..
IBU SUGUL..
Namun sejak beberapa tahun yang lepas, saya lihat ibu sugul. Katanya semua benda kena komputer. Ibu tak pandai. Ibu suka mengajar dalam kelas. Tapi bila semua benda kena guna komputer (seperti contoh masukkan markah pelajar) ibu jadi lemah. Mungkin ibu agak "tradisional" sedikit. Saya pernah lihat ibu sedaya upaya belajar menggunakan power point. Saya lihat usaha ibu di situ.Namun, tangannya masih teragak-agak dan takut untuk menekan keyboard. Sesekali ibu bertannya"Boleh ke tekan yang ini?" "Nak kena tekan yang ini ke"/Bagi ibu menekan keyboard komputer umpama menekan M-16 kepada orang baik..Ahahahaha..Kasihan ibu...Kini, ibu sudah tidak akan melalui semua itu. Mungkin juga tidak akan merasai pengalaman bekerja seperti office hours. (Oh sebebnarnya ibu saya kerja lebih daripada jam office hours. Betul ke?Betul la..Separuh hari kerja di sekolah, separuh hari lagi kerjanya dihabiskan di rumah.Fikirlah sendiri!!!)Ibu sudah pencen.Sudah lebih 30 tahun ibu berkhidmat sebagai guru. Kini, ibu akan tinggalkan dunia perguruan yang disayanginya. Selamat bersara ibu..
Nunu:lambat lagi nak bersara
No comments:
Post a Comment
thanks you for the comment :)