Tuesday, December 20, 2011

Syafiqah

Friday, September 28, 2007

SYAFIQAH ;)

Memang betul kata kawan mualaf saya...Kita perlu berusaha menjadi orang yang baik , untuk dapat jodoh yang baik.Selamat Bakal menjadi Pengantin Baru buat Nurul syafiqah Abdullah @Yap Chia Yee.
Masa tahun satu di UTM
Semalam aku dapat berita gembira tentang kawan aku masa belajar di utm dulu. Kawan aku ni sahabat baru/mualaf.Aku teringat masa mula-mula dia memeluk islam. Masa tu kami tahun satu di UTM.Pada 8.11.2001, dia bagitahu kami yang dia sudah masuk islam.Namanya Nurul Syafiqah.(Aku sungguh hepi sebab dia guna nurul..Same ngan nama aku :). Masa mula-mula, tak ramai yang tahu.Tambahan masa tu, dia tak pakai tudung lagi. Aku ingat lagi, setiap kali masuk azan, kami akan ke masjid utm. Ramai gak yang tertanya mengapa amoi ni masuk masjid ni?Aku ingat lagi, masa mula-mula Syafiqah belajar solat, dia akan ikut aku dari belakang.
Aku ni bukan la waraq.Kadang-kala aku sendiri rasa malu nak bimbing syafiqah sebab ilmu agama aku yang memang kurang.Namun, aku rasa bersyukur sangat sebab mak ayah aku memang menitik beratkan soal agama, solat, puasa dan adab sopan dengan orang tua. Apa saja ilmu yang aku tahu, aku kongsi dengan syafiqah. Aku ingat lagi syafiqah kata ’Bila la dia nak lancar baca al-quran’...InsyaALLAH, lambat laun syafiqah akan lancar juga.Aku yakin, hari ini setelah hampir 6 tahun memeluk islam, bacaan syafiqah mesti lancar.
Sepanjang aku berkawan baik dengan Syafiqah, dia banyak membimbing aku.Walaupun dia saudara baru, dia lebih banyak dan dalam ilmunya. Masa tahun 2, kami kena pilih subjek kokurikulum. Syafiqah ajak aku masuk kelas IQRA di masjid utm.Di situlah, aku recall balik hukum-hukum tajwid, makhraj-makhraj dan macam-macam lagi. Kalau Syafiqah tak ajak, rasanya aku pun tak join.

Bila syafiqah mula pakai tudung, aku lagi malu. Aku hanya bertudung biasa. Tapi, dia menutup lebih dari tudung biasa. Hati aku tergerak nak seperti itu. Cuma hati aku belum cekal untuk melakukannya. Syafiqah selalu pesan kat aku, ”Kadang-kadang kita kena paksa diri kita untuk berubah.Apa salahnye, berubah untuk kebaikanDan.sampai sekarang.aku masih pegang kata-
kata Syafiqah ....
Bulan depan, Syafiqah akan berkahwin. Paling suprise bakal suaminya adalah kawan coursemate aku juga masa di UTM.Ikhwan namanya.Tapi, nama glamer Awe. Aku memang kenal dengan Awe.Aku pun percaya Awe memang terbaik buat Syafiqah.Aku pasti Awe dapat bimbing Syafiqah dengan lebih baik lagi. He deserved it.Moga adik Syafiqah bahagia di samping suami.Selamat melayari bahtera rumahtangga..:)
Kita kena berusaha menjadi orang yang baik, supaya mendapat jodoh yang baik..kan betul tuuu:)

Thursday, November 17, 2011

Selamat bersara ibuku."menekan keyboard komputer umpama menekan M-16 kepada orang baik"



Semasa saya di sekolah dulu,ayat yang paling famous untuk desscribe seorang guru adalah "guru itu ibarat lilin yang menerangi insan".Memang betul, tanpa guru tiadalah sekolah. Siapa yang berani menafikan peranan guru di sekolah hatta peranan guru pada masyarakat sama sekali.
Saya dibesarkan bersama sama dengan orang yang bergelar "GURU".Nenek saya adalah guru kemas. Tok su (nenek saudara) saya merupakan guru di sekolah rendah. Arwah suaminya juga seorang guru. Makcik saya seorang guru.Maksu saya juga seorang guru. Dan yang paling penting orang yang paling rapat dengan saya juga merupakan seorang GURU...iaitu IBU saya sendiri..

MELIHAT IBU BEKERJA
Setiap hari saya melihat bagaimana ibu saya bekerja.Saya cukup teruja melihat ibu menanda buku murid muridnya dengan pen merah. Apa lagi melihat ibu menulis kertas soalan pada satu kertas yang dilapik dengan kertas karbon.Pernah juga sesekali mencuba tapi dimarahi ibu.Saya selalu melihat ibu menulis pada sebuah buku yang sangat besar dan tebal.Tulisan ibu sebutir butir, bulat dan kemas.Apabila ibu selesai menulis, ibu akan melukis corak corak di tepinya dan mewarnakannya.Sungguh cantik buku tebal ibu itu..Bila saya jadi cikgu, barulah saya tahu yang buku tebal itu adalah buku rekod mengajar.

IBU CIKGU YANG KOMITED
Pada suatu hari, jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi. Saya lihat ibu tidak tidur lagi. Rupanya ibu sedang menanda kertas murid muridnya. Kasihan ibu.
"Dah la tu ibu, kan dah malam. Esok la sambung"saya cuba memberi nasihat.
"Ibu nak siapkan tanda kertas ni. Kenapala ramai tak boleh jawab soalan kira kira ni" keluh ibu saya..
Oh, ibu saya komited dengan kerjanya

IBU SUGUL..
Namun sejak beberapa tahun yang lepas, saya lihat ibu sugul. Katanya semua benda kena komputer. Ibu tak pandai. Ibu suka mengajar dalam kelas. Tapi bila semua benda kena guna komputer (seperti contoh masukkan markah pelajar) ibu jadi lemah. Mungkin ibu agak "tradisional" sedikit. Saya pernah lihat ibu sedaya upaya belajar menggunakan power point. Saya lihat usaha ibu di situ.Namun, tangannya masih teragak-agak dan takut untuk menekan keyboard. Sesekali ibu bertannya"Boleh ke tekan yang ini?" "Nak kena tekan yang ini ke"/Bagi ibu menekan keyboard komputer umpama menekan M-16 kepada orang baik..Ahahahaha..Kasihan ibu...Kini, ibu sudah tidak akan melalui semua itu. Mungkin juga tidak akan merasai pengalaman bekerja seperti office hours. (Oh sebebnarnya ibu saya kerja lebih daripada jam office hours. Betul ke?Betul la..Separuh hari kerja di sekolah, separuh hari lagi kerjanya dihabiskan di rumah.Fikirlah sendiri!!!)Ibu sudah pencen.Sudah lebih 30 tahun ibu berkhidmat sebagai guru. Kini, ibu akan tinggalkan dunia perguruan yang disayanginya. Selamat bersara ibu..


Nunu:lambat lagi nak bersara

Wednesday, September 7, 2011

Anakku..Anak Ramadhan

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya sudah selamat melahirkan puteri yang ketiga saya pada 4 august 2011. Supposed baby lahir pada 1st august.Tapi dia tak mahu keluar lagi. Baby bagi chance kat umi dia untuk puasa dahulu.Saya bersyukur kepada ALLAH kerana mempermudahkan urusan. Inilah dia, anakku..iaitu anak BULAN RAMADHAN.. :)

NUR BALQIS BT HANIZAN,
Lahir pada 9.25 pagi di Kajang Plaza Medical Centre.

The first day...

Second day

Hari keempat..




Nunu : Anakku ..anak ramadhan

Friday, June 10, 2011

Bolehkah BIBIQ sabar?




To my dearest zahirah and zahrah...
 
Kakak berdua...You know that umi loves you so much..Umi felt guitly after scolded you.But i have to..Or should i?Both of you are still young..
(no no i don't use hand..just use my voice..apa orang kata throw a trantum to your kids..)
 
Kakak berdua, Umi tak dapat nak teman kamu all the times. You need to be independent. Kalau asyik nak berpaut kat kedua kaki umi susah la sayang...I cannot do anything :(
 
Yesterday, I give a good suggestion to my husband.
"abg, jom kumpul duit .Kita hire bibiq nak"
He just listened..
After half an hour..He holded my hand and asked me
"PERNah tak terfikir, bila anak kita buat perangai kita masih lagi sabar. Kenapa kita sabar?Sebab kita ni parents dia. Cuba bayangkan kalau bibiq yang jaga anak kita tu..Bolehkah dia sabar macam kita?"
 
 
Nunu:sO WHAT DO YOU THINK?bOLEHKAH bibiq sabar??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015