Sunday, January 27, 2013

dilema seorang blogger yang tidakla sefamous fatin liyana,maria elena, ataupun cik epal apa lagi hanis zalikha he he

Sudah tiga puluh tahun aku hidup..Entah kenapa, boleh pulak tadi tiba tiba sahaja aku terfikir apa benda ye yang aku suka buat sekarang. Aku rasa macam tak ada je. Eh aku lupa pulak, aku suka blogging lah!Sebab itu aku ada blog ni! Jadi, sebab itula lahirnya blog aku yang tidakla seberapa ini. 

Aku pernah berangan untuk menjadi blogger sefamous fatin liyana,cik epal, maria elena mahupun hanis zalikha…Ish bohongla kalau tak berangan begitu…Takpe, mereka itu aku jadikan inspirasi untuk aku menulis di blog ini. Sebenarnya,aku tahu dalam penulisan blog ini perlu ada satu “aura” ataupun “identity” yang tersendiri supaya orang boleh jatuh hati dengan blog kita.

 Sebenarnya aura dan identity tu belum aku temui lagi. Masih tercari cari lagi walaupun aku dah kenal blogspot ini daripada tahun 2006 lagi.. Aku Tanya lagi dalam diri aku sendiri kenapa aku nak tulis blog. Satu, sebab aku memang suka menulis. Kedua, aku suka bila orang baca apa aku tulis. Kalau kat sekolah dulu, bila aku tulis karangan cikgu aku akan baca. Lepas tu dia bagi remark. Sekarang aku dah tka sekolah, jadi kalau aku tulis siapa yang nak baca. Makanya..aku buat blog supaya kalau aku ada karangan nak ditulis, bolehla korang baca.. Ehh..melalut plak aku ni.. 

Ini maskot aku. Maksudnya aku la tu. Aku buat ini pakai powerpoint je. Lepastu aku printscreen di paint.Sungguh konvensional...
Sempena post ini, aku kongsikan dilemma aku dalam dunia blog ini… 

Dilema 1 seorang blogger 0Penggunaan perkataan ganti nama diri iaitu aku ataupun saya. Itu dilemma pertama aku. Kadang kala aku rasa sungguh kurang ajar bila membahasakan diriku “aku” .Tetapi bila aku guna perkataan “saya” aku rasa macam idea penulisan aku disekat sekat. Aku bingung juga. Jadi, kalau korang baca entry post aku memang sekejap sekejap aku bahasakan “aku”, kadang kadang “saya”..

 Dilema 2 seorang blogger Blog aku ini nak tulis pasal apa. Pasal apa??Pasal apa?????Itu yang aku kata seorang blogger perlu ada identity. Itu yang aku masih mencari. Aku nak tulis pasal apa ni?Pasal benda yang kamu suka la nunu. Masalahnya, banyak benda yang aku suka…he he he 

Dilema 3 seorang blogger Sebuah blog mesti ada tagline. Contonya blog aku ini tagline dia dari rumah ke syurga. Pada pendapat aku, tagline blog aku ni memang ok dah. Cuma, aku rasa intipati blog aku ini seperti tidak terarah kea rah tagline aku. Sebenarnya, ini juga berbalik kepada masalah identity blog.. 

Jadi, kalau kamu Tanya aku blog aku tentang apa… Atau kamu klik tentang blog, jawapannya.. Blog aku adalah tentang apa yang aku suka…Boleh gitu???
last note!

4 comments:

  1. tulislah apa saja yang boleh memberi manfaat kepada pembaca.

    jangan rasa jemu untuk terus menulis ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak banyak cik laili..insyaallah saya akan tulis sesuatu yang memberi manfaat kepada orang yang membaca..chayok nunu chayok nunu

      Delete
  2. Delima 1 dgn 2 adalah sama dgn apa yg sy pikirkan. Dilema 3 sy xde pun tagline.cane ni?heee....xde idea nk bt tagline ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh azian , dilema kita serupa rupanya ye...cecari idea tagline ..mesti jumpa nanti hehehe

      Delete

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015