Wednesday, January 30, 2013

Aku sebagai guru pada tahun 2030?Ada robot k!

Pendidikan di Malaysia telah melalui revolusi.Kalau dahulu ada papan hitam(papan hijaukan sebenarnya, tapi kenapa kita panggil papan hitam?), sekarang diganti papan putih. 

Kalau dahulu hanya kapur menjadi alat bantu mengajar, diikuti kertas mahjong dan kertas manila,kemudian OHP dan sekarang banyak pembelajaran menggunakan komputer. Jadi bila guna komputer, LCD Projector sangat diperlukan. 

Cuma bagi sekolah sekolah biasa, banyak LCD Projector yang telah rosak. Hampa kerana tidak dapat menggunakan LCD Projector.Kalau mahu guna, kena berebut juga dengan cikgu lain. Terasa seperti mahu membeli LCD sendiri pulak. Oklah, lupakan aja tentang itu dahulu..

Sekarang, kami para guru mesti tahu penggunaan internet. Oh, itu tiada masalah...Guru guru baru yang lahir era 80 iaitu era den dang dan tora, pasti tahu menggunakan internet

Bagi guru era p-ramlee iaitu guru era 50 agak sulit bagi mereka. Sebagai contoh ibu saya. Ibu aku seorang guru yang kurang mahir menggunakan komputer. Namun, dia masih cekal mahu belajar komputer walaupun jari jemarinya terkial kial menaip. Semangat ibu aku sangat dipuji. Dek kerana kekurangan itu, ibu aku lebih rela memilih menjadi guru biasa walaupun dapat naik pangkat menjadi penolong kanan. Passion ibu adalah pada pengajaran bukan pentadbiran.. :)

Oh lupa nak bagitahu, ibu aku dah pencen tahun ini. Jadi, ibu aku sudah boleh berlapang dada tidak menggunakan komputer. Akaun facebooknya juga diselia oleh setiausahanya iaitu....abah aku. Ha ha ha....

Hari tu aku berkursus.Penceramah meminta kami melukiskan gambaran kami sebagai guru pada tahun 2030??
Ini lukisan aku:
aku seorang guru pada tahun 2030...masa tu berapa erk umur aku?


last notes: Kelas uolss, ada robot lagi. Boleh la robot ni tolong aku sebab kerja cikgu ni banyak tau..:P

4 comments:

  1. kt sekolah asya gna whiteboard interaktif.. siap leh touch2 screen.. betapa advancenyer skarang ni.. klo thn 2030, lg la advance kan... agaknyer time tu dh xde buku teks..smua silibius muat dlm ipad je..

    ReplyDelete
  2. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. semoga dgn kemajuan dan kemudahan moden mjadikan pelajar semakin pintar dan semakin hampir dgn Allah

    salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu...tumpang lalu ye bip bip bip

    ReplyDelete

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015