RASA
Biar ada rasa,
Supaya kau tidak terseksa.
Hati,
Biar ada jiwa,
Membahagiakan juga menggembirakan,
Sesiapa sahaja,
Yang bersama
Hati,
Jangan mati,
Boleh merana diri,
Simpan rasa simpati,
Jauhkan rasa dengki,
Pegang ia sampai tiada nadi.
Hati,
Penuhi dengan rasa,
rasa yang mulia,
rasa yang buat kau ketawa,
rasa yang buat kau bahagia,
nikmati nikmat dunia
tanpa kau lupa dunia sana
Rasa..
Penuh jiwa
Jangan ada noda
Supaya tak kecewa
-Nurul Izza Sohimi-
16/2/2018
klang