ini lukisan anak kembar saya namanya zahrah. ini adalah salah satu lukisannya.cuma ada satu cerita lucu. satu hari saya lihat zahrah melukis sanbil mulutnya bercakap "ini abag,abah ada janggut". Kemudian,zahrah melukis satu lagi gambar sambil berkata "ini umi,umi ada pimples"..ha.ha ha..anakla hai anak...
Wednesday, July 31, 2013
Friday, July 26, 2013
Dunia Sains : LOGAMAYA
Assalamualaikum semua..kali ini cikgu nak memperkenalkan satu segmen khas dalam blog cikgu. segmen ini namanya "dunia sains bersama cikgu nunu"
sebenarnya, sudah lama cikgu nak buat blog teaching. cuma, cikgu rasa
masih belum berkesempatan lagi. I try to
create another blog which it is my blog teaching. Tapi, cikgu rasa cikgu tak
dapat nak manage two blogs at the same time. I still care bout this blog. Yes ,
it is personel sikit kan tapi my heart of blogging still kat sini. Jadi,
biarlah I jaga blog ini je …he he he
Ok, back to the topic..
Untuk segmen pertama dunia sains bersama cikgu nunu kali ini,
cikgu nak cerita tentang logamaya.Dalam bahasa inggeris dipanggil "mirage".Logamaya ye bukan lunamaya..he he he
Pernah tak masa korang bawak kereta, motor atau lori tengah
tengah panas dan kering. Pastu korang akan perasan macam ada kelopak air. Cuba korang
ingat.pernah tak?
Sebenarnya, ia
bukanlah kelopak air . it is a magic…he he he.It is a natural optical illusion. Ia dipanggil logamaya.
|
fenomena logamaya. gambar dari google |
Logamaya terjadi disebabkan oleh pembiasan cahaya. In English, we called light refraction.
Sebenarnya, cahaya adalah gelombang.
Sebenarnya, cahaya adalah gelombang.
Sifat gelombang
adalah ia mesti merambat(melalui) melalui satu medium.Medium di sini adalah "udara".
Cahaya akan bergerak lurus sahaja kalau suhu udara sama sahaja. Apa yang korang lihat dalam logamaya, suhu udaranya tidak sama iaitu melibatkan udara sejuk dan udara panas.
Jadi, apabila cahaya merambat (melalui) udara yang berlainan suhu (maksudnya ada udara panas dan udara sejuk), maka cahaya akan dibiaskan.
Jika dilihat dari aspek ketumpatan, udara sejuk lebih tumpat daripada udara panas.
*info tambahan : Cahaya akan bergerak laju dalam udara panas kerana ia kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk.
Jadi, apabila cahaya merambat (melalui) udara yang berlainan suhu (maksudnya ada udara panas dan udara sejuk), maka cahaya akan dibiaskan.
Jika dilihat dari aspek ketumpatan, udara sejuk lebih tumpat daripada udara panas.
*info tambahan : Cahaya akan bergerak laju dalam udara panas kerana ia kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk.
Jom kita kaitkan lagi fenomena logamaya atau mirage ini
dengan kitab suci al=quran.
Di dalam surah annur,
Yang bermaksud “Terjemahan: Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkakannya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkakannya) dan ia tetapi mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalas nya) dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Maksudnya ayat di atas ialah adapun usaha orang-orang kafir,meskipun kelihatannya baik, tetapi tidak ada pahalanya pada Allah, malahanusahanya itu seperti bayangan panas di padang pasir, kelihatan dari jauhseolah-olah air yang jauh nampaknya, tetapi apabila dihampiri tidakberjumpa air tersebut (Al-Quran dan terjemahan, 1971
(sumber daripada
Penggunaan Bahasa Kiasan Al-Quran Sebagai Kaedah BerdakwahDalamMenangani Masalah Gejala Sosial Remaja oleh Sapora Sipon (PhD) dari Fakulti Kepimpinan dan PengurusanUniversiti Sains Islam Malaysia
Bayangan panas di padang pasir, kelihatan dari jauh seperti air, tetapi bila dihampiri tidak berjumpa air tersebut ...Tidakkah dalam Al-Quran telah menggambarkan logamaya..
Beberapa websites yang mempunyai Info lebih lanjut tentang logamaya :
last note!insyallah, ada kelapangan cikgu akan cerita lagi tentang logamaya dengan details ye
Tuesday, July 23, 2013
kisah ibu, doa dan seekor lipas
Situasi …seorang ibu yang sedang mengajar anak kecilnya tentang kepentingan berdoa
Satu hari, si ibu berjalan dengan anaknya di sebuah kedai untuk membeli barang. Kelihatan seorang nenek tua duduk di sebuah kerusi roda.
Si anak bertanya,
“ibu, kenapa nenek duduk di kerusi tu.?”
Dengan lembut, si ibu menjawab pertanyaan anaknya yang berumur tiga tahun itu. “sayang, nenek tu sakit. Dia tak boleh jalan, kita doakan nenek cepat sihat ye.
Si anak mengangguk sambil tangan berdoa “ya allah, sihatkanlah nenek.
pic from google |
Keesokannya, si anak melihat seorang kakak sedang menangis kerana sakit.
Tangannya luka berdarah.
Si ibu membisikkan kepada anaknya “sayang , kakak sakit. Tangan kaka luka. Sayang doakan kakak supaya cepat sembuh.”
…..
Si anak mengangguk sambil tangan berdoa “ya allah, sihatkanlah kakak. tangan nye sakit"
Pada satu petang, si ibu sedang mengemaskan rumah. Dalam tidak sedar, si ibu telah terpijak seekor lipas. Lipas itu pun mati.
Si ibu terkejut lalu berkata “ laaa, ibu terpijak lipas. Mati lipas ni.Kesian dia."
pic from google |
Tiba tiba anak kecil itu menghampiri ibunya “ ibu, takpe.nanti kita doakan lipas ye…”
Oh anak kecil ini.. Hati mu terlalu suci. Mudah-mudahan doa menjadi penemanmu di kala duka dan suka.
nukilan,
cikgu nunu
23.7.2013
4 petang
last note!
Labels:
ada satu cerita,
Hasil Karyaku,
positive parenting
Saturday, July 20, 2013
nilai hati seorang wanita
kiranya kamu merasai,
lembutnya hati seorang wanita,
sungguh,
kamu tidak tegar melukainya
kiranya kamu mengetahui,
kasihnya hati seorang wanita,
sungguh,
kamu akan menjaganya
kiranya kamu memahami,
tenangnya hati seorang wanita,
sungguh,
kamu tidak bisa menggoncangkannya..
jagala hatinya..
kerana
dalam hatinya ada cinta ,
ada kasih,
ada sayang...
nukilan,
cikgu izza
21.7.2013
i seolast note!