Thursday, June 20, 2013

Selamat berjaya anak rantau pasukan kawat Kadet Bomba

Esok, 22 Jun, pasukan kawat kadet bomba sekolah cikgu akan bertanding di peringkat negeri. Sekolah cikgu memang terkenal dengan kawat kadet bomba. Cikgu doakan mudah-mudahan mereka berjaya sehingga ke peringkat negeri dan peringat kebangsaan. Cikgu juga berharap, displin semasa kawat dikekalkan bila di dalam kelas nanti.

Selamat berjaya anak- anak rantau panjang :)

Wakil pelajar meminta maaf kepada para guru dan mengharap agar cikgu mendoakkan mereka.:)

Anak-anak murid cikgu.:)

last note!

Tentang cikgu nunu

Nama cikgu nunu. Semasa belajar pendidikan di ukm dahulu,ada seorang teman sekuliah memanggil nama cikgu nunu. Ini kerana nama cikgu bermula dengan nurul. Makin lama, nama ini semakin serasi di alam blogging ini. Terasa comel nama nunu itu. Maka, cikgu kekalkan ia hingga kini. Terima kasih lulu(nama teman cikgu) kerana memanggilku nunu.

Gambar di bawah adalah maskot cikgu nunu . Jangan kata cikgu pandai doodle. Cikgu buat ini menggunakan power point sahaja.Uwaaaa...terasa kono sangat. Dulu selalu explore adobe photoshop, tapi sekarang sudah tidak mampu. Oh, masa terlalu cemburu. :(
Ini maskot ciptaan cikgu sendiri. :)Guna power point aje. Then printscreen di PAINT. Oh, sungguh konvensional!

Cikgu sudah berkahwin dengan suami yang sangat penyayang dan sudah memiliki tiga orang anak. Semuanya puteri belaka dan anak pertama cikgu adalah sepasang kembar perempuan tidak seiras.Syukur nikmat Allah.


Hidup cikgu bermula dari rumah ke sekolah. Di rumah cikgu Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Di sekolah, cikgu menjalankan tanggungjawab cikgu mengajar, mendidik dan menyampaikan ilmu untuk anak anak murid.

Dari rumah ke sekolah. 
Begitula rutin harian. 
Tiada apa diharapkan . 
Mudahan mudahan perjalanan ini menuju ke syurga...


last note!
Salam sahabat,
Ada sebuah buku tulis " Buatla apa sahaja perkara yang menggembirakan anda..Buatla sekarang. Bila lagi? "

Ia membuatkan cikgu terfikir.Sebenarnya, apakah yang cikgu suka? Ye, cikgu suka menulis. Cikgu suka blogging. Cikgu suka bila ada orang baca blog cikgu. Cikgu suka bila ada aorang respon dan memberi comment apa yang cikgu tulis. Jadi, cikgu mula mengumpulkan tenaga, masa dan fikiran untuk blog ini.

Seakan bayi yang baru hendak mula melangkah, biarla cikgu mulakan langkah pertama...
Bertahtih dahulu..:)
last note : masih pikiq lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015