Monday, October 29, 2012

Yang memberi teladan

Saya suka melihatgelagat anak kembarsaya,ira dan ara melayan adiknya balqis.bertuah balqis







Merah baldu red velvet, ,aku berjaya

Pernah suatu ketika dulu merah baldu menjadi sebutan dan rebutan.ramai menyatakan merah baldu itu sedap lagi mengancam..tentu sekali rasanya tidak seperti kek span.harganya saja jauh lebih besar dari kek span. gambar itu adalah merah baldu buatan sendiri.terima kasih kakjah kerana berkongsi resepi.tidak sangka mampu lakukannya..ishhh sungguh benar tak sangka mcm dalam mimpi pula...........'merah baldu itu adalah red velvet

Semoga dapat dihadam

Sudah lama meninggalkan tabiat membaca ini dengan alasan sibuk kerja.aduh benar,benar sebuah alasan.kalau mahu jadi pengembara ilmu,hadamkanlah yang sedia ada ini..


Saturday, October 20, 2012

ISTIKHARAH CINTA...

Semalam, suami meminta saya mendengar lagu ini. Sekali sahaja dengar, terus saya jatuh cinta..Terus terang, saya sangat suka kan lagu nasyid. Lirik penuh hikmah yang mengingatkan ktia tentang hubungan dengan ALLAH S.W.T, RASUL  dan hubungan sesama manusia..Ditambah pula dengan melodi yang menarik...

Pernah anda dengar lagu ini. Tajuknya istikharah cinta. mari saya bawakan anda menghayati bait bait liriknya..

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

 
Pada hemat saya, lagu ini adalah tentang seseorang yang sedang mahu memilih. Sebagai orang islam, apabila kita buntu untuk memilih, kita akan laksanakan solat istikharah. Tujuan solat istikharah ini adalah supaya allah dapat memberi petunjuk kepada kita pilihan yang baik dan tepat dalam hidup kita...

Oh, saya tidak pasti mengapa suami meminta saya mendengar lagu ini. barangkali suami tahu selera lagu yang saya suka. Ataupun, lagu ini ingin dituju kepada saya. saya tidak pasti.tetapi saya suka lagu ini.

Pertama kali mendengar lagu ini, saya menyatakan yang ini lagu orang malaysia ..oh, saya silap..ini lagu dari kumpulan sigma iaitu kumpulan nasyid dari riau, indonisea.


last note!

Thursday, October 18, 2012

Biarlah rumah kita berbau buku

NOTA ATAS :Saya suka pada buku sehinggakan saya kerapkali membeli buku tapi jarang pula menghabiskan membaca buku..Kini, saya menyimmpan azam untuk mengumpul buku buku yang saya beli untuk dihabiskan sempena cuti sekolah ini..Besar sungguh cita cita saya ini, semoga tercapai..:)

ANAK-ANAK, MARI KITA BACA BUKU nak..

Saya sebagai seorang ibu sangat risau dengan gadget2 yang sedia ada ini. Namun, saya tidak boleh menidakkan kepentingan dan kewujudan gadget-gadget canggih ini. Anak-anak diberi juga peluang memegang smartphone.Oh, bijak sungguh budak budak sekarang. Jari jemari sudah pandai menekan-nekan. Uminya tidak pernah bermain angry bird di handphone tetapi anaknya pula yang tahu main,..

Sebagai seorang ibu, sedaya upaya saya cuba untuk mengawal penggunaanya.Ada masa anak boleh dijamu dengan gadget-gadget yang canggih ini. Ada masanya, biarlah anak anak kembali kepada "gadget" yang klasik iaitu BUKU....

ANAK-ANAK, BUKU ITU BEST TAU...

Pada pandangan saya, secanggih mana pun gadget itu ia takkan dapat menandingi keistimewaan buku. Menurut  Barb Kissick, seorang children's librarian di Confederation Centre Public Library in Charlottetown mengatakan " Reading takes our children into places where their imaginations can soar, where they can problem-solve, empathize and gain insight into other times, places and cultures"

Pada mulanya, saya agak gusar sekiranya anak-anak saya sudah hilang "mood" dengan buku apabila dihidangkan dengan gadget2 yang canggih ini. Oh, sebenarnya tidak kerana  mereka sudah dilatih dari awal untuk mencintai buku dan membaca buku.

anak saya, balqis (1tahun) meminta umi memberitahu apa itu?

Setiap bulan saya peruntukkan sedikit perbelanjaan buku untuk anak-anak.Ini di popular.Tetapi, saya kira jika ingin mencari buku kanak-kanak yang best, mph is better.

pilih buku
BILA DIRENUNG KEMBALI
Semua daripada kita akan tau betapa manfaatnya membaca buku (dengan syarat buku itu baik isinya)..Bila kita renung kembali, benarlah seperti yang tertulis dalam kitab suci al-quran,

A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 

dan ditekankan lagi 

A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 



small library...
Ayuh,kita galakkan anak anak kita membaca dan mencintai buku kerana dalam buku ada ilmu..:)dan bIARLAH RUMAh kita berbau buku...

last note!

Tuesday, October 2, 2012

aiyakk, kembar ka?napa tak sama muka?

Eh betul ke mereka ni kembar? Itu sering kedengaran.Ramai yang macam tidak percaya??benarkah ini???l?
haiyaa betul ka? tarak main main kan.kenapa tak sama muka ?"tanya kawan berbangsa cina saya..

hehehe saya tersenyum.. "ini kembar tidak seiras" jawab saya
"aiyaa ada ka itu macam?"jawabnya
"ada maaa..hahah you want me to explain it in science theory ke?"tanya saya
"ceritala."
"usually, apa perlu buat kalau nak dapat anak?"saya tanya kepada kawan saya
"aiyaa, kawin maaaa..lepas tu..haiyaaa malu laaa..
kami tergelak..
"ok, cuba you cerita secara sains yang you tahu..i know you know rite"
"itu sperma and ovum laa.kan kann"
"yes, kalau kembar seiras, satu ovum disenyawakan satu sperma,kalau kembar tidak  seiras, dua
 ovum disenyawakan oleh dua sperma"

inilah anak kembar tidak seiras saya, dua dua perempuan...

presenting, ira and ara 
ara (adik)sedang carry kakak(ira)

can you spot the diffrences between two of them?

different height but they are twin...:)

last note!
last note : syukur..alhamdulillah

Fenomena Halo...PELANGI membaluti matahari/bulan

"cikgu, cikgu...tengok matahari tu"jerit pelajar-pelajar. Jam sudah menunjukkan pukul 1.05petang,sudah masa pulang...

"Ada apa dengan matahari.?"saya menggaru-garukan kepala. Kenapa la budak budak ni.Tak pernah tengok matahari ke..Dalam hati mengatakan yang mesti ada apa apa ni.Apabila saya langutkan kepala ke atas...Subhanallah..

"Cikgu, kenapa cikgu.Gerhana ke cikgu...tanya para pelajar.Suddenly, everybody are so curious to know what happened."

"Cikgu, pelangi ke cikgu?"seorang lagi pelajar bertanya lalu menyebabkan cerebrum saya mula berfikir...What is it?Teacher also don't know.And, i going to figure out..

Subhanallah..Fenomena ini dipanggil Halo.Melalui pembacaan saya, ia selalu terjadi di negara seperti amerika,at least dua minggu sekali. Namun, fenomena ini pernah terjadi di kedah, tak silap pada tahun 2007.

Sedikit info tentang Fenomena halo
1. Ia adalah satu lingkaran cahaya yang seakan akan cahaya pelangi di tengah tengah matahari /bulan.

2.Orang sastera menggelar, pelangi dalam pelukan matahari ataupun pelangi membaluti bumi..ewah

3.Menurut orang sains pula 'Fenomena ini adalah pembiasan cahaya yang melalui kristal air pada awan jenis sirrus. Apa itu awan sirrus?Awan ini adalah awan yang berada pada kedudukan 5-13 km dari permukaan bumi, Awan ini kelihatan seperti gula-gula kapas. Anda boleh kllik di sini untuk melihat jenis jenis awan.

contoh awan sirrus (credit to google)


Bila kita sebut pembiasan cahaya, kita kena ingat tentang faktor sudut. Apabila kita nampak lingkaran itu bulat seperti cincin, ini bermaksud cahaya sudah dibiaskan pada sudut 22 darjah. Bentuk lingkaran cahaya itu adalah bergantung kepada bentuk dan orientasi kristal pada awan. Jangan terkejut, kerana ada juga bentuk lingkaran cahaya seperti heksagon...

4.Jangan tengok direct. It is dangerous. Be aware for those yang pakai dslr camera.Lagi kena hati hati.

Here, i would like to share with you the picture taken by my friends..

fenomena halo di tempat study adik kesayangan...kulim

this pic from my best friend,syaja di bangi

from kak ijat, rakan sekerja di rantau panjang, klang




last note!s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015