malam ini dihimpit rasa bersalah terhadap anak-anak..macam biasa, anak anakku selalu tidur lewat . kadang kala pukul 11.paling worst is today.1.00am baru tidur. geram betul rasa hati...hairan aku.kenapala anak-anak aku tak tidur awal macam anak-anak orang lain. teringat kata kata suami. "manala anak anak kita nak tidur awal. dari kecil lagi dia dah ada kawan. adiknya balqis yang umur 6 bulan pun tahu nak main dengan kakak-kakaknya. anak orang lain sorang.bila tak ada kawan nak main, dia tidurla.." suami aku sangat positif...
HARI INI, NUNU JADI HARIMAU MALAYA
ye, hari ini aku seperti harimau.entah kenapa, aku memarahi anak anakku seolah olah mereka telah melakukan kesalahan yang besar. aku beristigfar ..."kenapa la korang ni tak nak tidur. tahu tak sekarang dah pukul berapa. geram umi.tahu tak umi banyak kerja sekolah nak buat. kalau korang tidur awal boleh umi buat kerja sekolah. ini umi tak boleh buat lansung. makin melambak kerja umi...."
grrrrrrr tak siap kerja sekolah diletakkan salah itu kepada anak anak yang tidak berdosa...pandang wajah anak...katakan ia amanah.katakan sekali lagi ..ia amanah...ohhhh mengapa aku begitu cepat menghukum anak anakku...aku beristigfar...
|
tiga hati yang perlu dijaga.ini amanah !ini amanah! | | | |
|
KEMBALI MERENUNG..MENGAPA KERJA JADI MELAMBAK LAMBAK..
aku rasa mungkin ini disebabkan aku menangguhkan kerja. kenapa aku tangguhkan kerja. konon=kononnya aku mahu menghasilkan yang terbaik dari ladang. sebagai contoh aku ditugaskan untuk menghiasan papan spbt sejak dari awal tahun. tapi memandangkan aku nak buat yang grand so aku tangguhkan. akhirnya, sampai bulan dua tak siap siap lagi..
SO, APA SOLUTION?
work smart..jangan delay kerja..dan buat la mengikut keupayaan diri kamu...
jangan la letakkan kesalahan kepada anak anak yang tidatahu apa apa.hatinya suci.mereka tak mengerti ibunya sibuk..yang mereka tahu...aku ratu mereka...
maafkan umi, umi akan baiki kesalahan umi...semoga hari esok bermula dengan kata-kata yang indah dan manis sahaja. kisah ini jadikan pengajaran...
last note!